Jumaat, 30 September 2016

Peranan ulama di zaman ghaibnya Imam Mahdi (a.s)

Imam Ali al-Hadi (a.s) berkata:

عن الإمام الهادي عليه السلام: "لولا من يبقى بعد غيبة قائمنا عليه السلام من العلماء الداعين إليه، والدالين عليه، والذابين عن دينه بحجج الله، والمنقذين لضعفاء عباد الله من شباك إبليس ومردته، ومن فخاخ النواصب، لما بقي أحد إلا ارتد عن دين الله
ميزان الحكمة، جزء 3، صفحة 2087.

Setelah keghaiban al-Qa'im kami (a.s), sekiranya tidak tertinggal lagi para ulama yang menyeru kepada beliau, penunjuk kepada beliau, membela agamanya dengan hujjah-hujjah Allah, penyelamat hamba Allah yang dhaif dari jendela Iblis dan kemurtadannya, termasuk dari jerat-jerat Nawasib, nescaya tidak tertinggal lagi seorang pun kecuali murtad dari agama Allah.

Jumaat, 23 September 2016

Fatwa Ayatullah Ja'far Subhani tentang gerakan Yamani palsu

Berikut adalah fatwa daripada marja' taqlid Syiah, Ayatullah Ja'far Subhani:

Pertanyaan-pertanyaan lain ialah terdapat dakwaan-dakwaan seseorang yang tidak mempunyai sebarang dalil. Di sepanjang zaman terlalu banyak individu-individu yang mengeksploitasi konsep Mahdawiyyah. Kes ini juga adalah seperti demikian. Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.

23 Rabiul Awwal 1437

Pengikut Ahmed al-Hasan ingin mengangkat senjata lagi

Setelah bertahun-tahun lamanya tidak mengangkat senjata membunuh Syiah, kini pengikut kumpulan Dajjal Basrah ingin memiliki kem latihan militan. Jika ajarannya sudah mempunyai akidah memusuhi para ulama dan menghalalkan darah ulama, maka selama-lamanya tetap akan memiliki sifat militan. Berikut adalah pengakuan 'Alak Salim, salah seorang pemimpin gerakan Dajjal Basrah:


Khamis, 22 September 2016

Adam dan Hawa tidak tercipta dalam rahim

Imam Ali (a.s) menyatakan 5 ciptaan Allah yang tidak tercipta dalam rahim, iaitu tidak lahir melalui perantara ibu dan bapa:

1. Adam (a.s)
2. Hawa (a.s)
3. Tongkat Nabi Musa (a.s)
4. Unta Nabi Salih (a.s)
5. Kambin Nabi Ibrahim (a.s)


Oleh yang demikian, dakwaan Ahmed al-Hasan bahawa Nabi Adam mempunyai ayah serta ibu itu bertentangan dengan ajaran Ahlul Bait (a.s).

Baca lagi:
Ahmed al-Hasan: Nabi Adam ada bapa dan ibu!

Jumaat, 16 September 2016

Ahmed al-Hasan: Nabi Adam ada bapa dan ibu!

Sudah beberapa kali kami buktikan individu Ahmed al-Hasan ini seorang yang jahil tentang riwayat dan ayat-ayat al-Qur'an. Namun tidak diketahui apakah alasan para pengikutnya terus menunjukkan taat setia kepadanya sama seperti ketaatan terhadap Allah dan Rasulullah.

Kali ini kami mendedahkan lagi fakta bahawa individu ini mengaku Nabi Adam (a.s) mempunyai ibu dan bapa!

Barangsiapa yang ada berkecimpung dalam ilmu hadis, pasti akan menemukan kata-kata para imam yang berkali-kali menjelaskan betapa ajaibnya penciptaan Adam (a.s). Namun apabila Ahmed al-Hasan al-Basri cuba membuktikan kesahihan teori evolusi, maka dia terpaksa berkata Nabi Adam (a.s) mempunyai ibu dan bapa.

Sudah beberapa kali para pengikut Ahmed mengaku bahawa buku karya Ahmed iaitu Wahm Ilhad tidak bertentangan dengan al-Qur'an dan riwayat, maka kali ini kita dedahkan bahawa karyanya itu sebuah kekufuran yang besar.

Imbasan kitab Wahm Ilhad karya Ahmed al-Hasan dari bahasa Arab dan Parsi:



"Ini menunjukkan Nabi Adam (a.s) pasti mempunyai ibu dan bapa" - Wahm Ilhad, Ahmed al-Hasan, muka surat 124.

Sedangkan kitab Imam Ja'far menyatakan Nabi Adam tidak berbapa dan beribu!:
"Aku bertanya kepada Imam Ja'far al-Sadiq: Kenapa Allah mencipta Adam tidak berbapa dan tidak beribu? Jawab Imam: Agar manusia tahu betapa menyeluruhnya kuasa dan kesempurnaan Allah.

Oleh itu, pandangan Ahmed al-Hasan ini adalah bercanggah dengan riwayat Ahlul Bait (a.s) dan sekaligus karya ini mengungkap kedunguan orang yang masih mahu mengikuti Ahmed ini.

Khamis, 15 September 2016

Aku adalah wajah Allah! - Ahmed al-Hasan

Kekafiran Ahmed al-Hasan tidak berhujung lagi apabila mengaku sebagai wajah Allah S.w.t sebagai mana yang terdapat dalam pengakuannya dalam Kitab al-Tawhid muka surat 26:



"Agar aku menjadi wajah Allah di muka bumi, atau Allah di dalam ciptaan"

Namun ansar dajjal ini menjawab:

"Kami juga ada riwayat demikian itu daripada para maksumin, apakah kamu mengkafirkan mereka?"

امام جعفر صادق(ع): «نحن والله وجه الله نتقلب في الأرض بين أظهركم و نحن عين الله في خلقه ويده المبسوطه بالرحمه علي عباده؛

( الكافي1/111 كتاب التوحيد: باب جوامع التوحيد)

"Demi Allah, kami adalah wajah Allah di muka bumi yang berada di kalangan kamu, kami adalah mata Allah di kalangan ciptaan, dan tanganNya yang terbentang dengan rahmat ke atas hamba-hambaNya."

Jawapan:

1. Sanad riwayat ini dhaif dan tidak dapat diterima

2. Kami tidak menafsirkan riwayat ini seperti kamu, Ahlul Bait sendiri yang menafsirkan riwayat ini:

حدثنا أحمد بن محمد عن الحسين بن سعيد عن فضالة بن أيوب عن علي بن‏ أبي حمزة عن سيف بن عميرة عن أبي بصير عن الحرث بن المغيرة قال: كنا عند أبي عبد الله ع فسأله رجل عن قول الله تعالى‏ كل شي‏ء هالك إلا وجهه فقال ما يقولون قلت يقولون هلك‏ كل شي‏ء إلا وجهه فقال سبحان الله لقد قالوا عظيما إنما عنى كل شي‏ء هالك إلا وجهه الذي يؤتى منه و نحن وجهه الذي يؤتى منه.

"...Kami adalah wajahNya, iaitu jalan untuk menuju kepada Allah S.w.t"

Tidak hanya riwayat ini semata-mata, bahkan kitab Bashair al-Darajat juga membawa hadis-hadis ini.