Link: http://almahdyoon.org/shobohat/56-rad-shobohat/10144-echakal.html
(Link asal ialah Bayan 13 Rejab, boleh jadi kerana pembohongannya telah terbongkar, maka admin web ini telah menghapuskannya dari internet dari link asal http://almahdyoon.org/bayanat-sayed/221-albara2a .)
Tahniah! Ini adalah bukti al-Imam Sayyid Ahmed al-Hasan adalah pembohong. Hadis tersebut telah dinilai sebagai dhaif dan bertentangan dengan hadis masyhur.
Pertama beberapa perawi hadis ini adalah lemah, majhul, bukan Syiah Imamiyyah, dan kami akan menceritakannya secara panjang lebar suatu ketika nanti insyallah.
Kedua, terdapat pandangan ulama silam menyatakan hadis ini bertentangan dengan hadis mutawatir, yang sekaligus membuktikan al-Imam Ahmed al-Hasan adalah pendusta.
Allamah al-Majlisi menyatakan riwayat (yang dinamakan sebagai riwayat wasiat) ini bertentangan dengan akhbar yang masyhur dan kalau sahih sekalipun perlu ditakwil sebagai Raj'ahnya para imam selepas kewafatan al-Mahdi kerana bumi tidak akan kosong dari Hujjah.
Allamah al-Bayadhi al-'Amili juga berkata hadis ini pelik, bertentangan dengan hadis Sahih yang mutawatir lagi masyhur:
Sebab itu anasir al-Imam Ahmed beriya-iya sangat menolak perintah para Imam Syiah meneliti sanad para perawi riwayat atau ilmu rijal. Tetapi apa hukumnya hadis yang pelik/Shaz?
Bagaimana cara menangani hadis shaz?
Memang terdapat riwayat yang terpencil, pelik dan bertentangan dengan hadis masyhur. Berasaskan riwayat para imam, Syiah Imamiyyah ada kaedah dalam menghadapi hadis shaz. Dalam riwayat yang sahih, Imam al-Sadiq (a.s) telah memerintahkan kita meninggalkan hadis yang Shaz:
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Hanzalah, Abi Abdillah (a.s) yang berkata: ... maka imam berkata: ... Lihatlah kepada apa yang diriwayatkan daripada kami, perkara yang telah kami putuskan itu menjadi ijma dikalangan sahabatmu, maka hukum kami dapat diambil. Tinggalkan riwayat shaz yang tidak masyhur di sisi sahabatmu. Ini disebabkan riwayat yang menjadi ijma' tidak diragukan.
Kesimpulan
Oleh yang demikian itu, Syiah Imamiyyah mengikut perintah Imam dengan meninggalkan hadis 12 mahdi yang dicanangkan oleh Ahmed. Ini juga membuktikan bahawa Ahmed telah membohongi masyarakat bahawa hadis itu mempunyai sanad yang sahih, padahal bukan!
Selain itu, pengikut Ahmed al-Hasan juga telah bertindak melawan perintah imam maksum kerana beramal dengan hadis yang shaz.
Episod akan datang kami akan dedahkan kedhaifan riwayat yang menjadi asas fondasi kepercayaan songsang Ahmed al-Hasan ini.
Sijahteralah barangsiapa yang menuruti hidayat.
Syukran. Sangat bermanfaat.
BalasPadamSyukran. Sangat bermanfaat.
BalasPadamCara syiah menolak hujjah Al Yamani as sama persis cara sunni menolak hujjah syiah, intinya sama. nafsu menolak kebenaran
BalasPadam