Menyorot kembali dalam naskah al-Mutashabihah
karya Yamani palsu, jilid ke-4 muka surat 44, Ahmed al-Hasan mendakwa
dirinya adalah Mahdi pertama dalam
golongan 313 individu dan ia berasal dari Basrah.
Padahal riwayat daripada Imam
Ali a.s. pernah menyebut nama pertama dari Basrah dalam golongan 313 orang itu,
iaitu Ali dan Maharib, bukan Ahmed sebagaimana dalam scan kitab Ilzam al-Nasib
fi isbat al-Hujjah al-Gha’ib tulisan Sheikh Ali al-Yazdi al-Ha’iri yang
dipaparkan di sebelah kiri.
Sampai bila percanggahan ini masih bersarang
dalam lubuk hati pengikutnya?
Kitab Ilzam al-Nasib: "Dengarkanlah, aku jelaskan kepada kamu nama-nama ansar al-Qa'im, pertamanya dari Basrah adalah dua orang laki-laki, nama salah seorangnya adalah Ali dan yang lain Muharib..."
Kitab Mutashabihah karya Ahmed al-Hasan: "Dan Mahdi pertama, ialah yang pertama dari 313, iaitu dari Basrah... (bermaksud tentang dirinya sendiri)"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan