Ahad, 24 Julai 2016

Ahmed al-Hasan memusuhi Imam Ali a.s.

Ahmed al-Hasan terus melakukan kesilapan, dan pendedahan kali ini membongkar permusuhannya terhadap Imam Ali a.s!

Di dalam kitab al-Mutashabihat, Ahmed al-Hasan mendakwa Ali bin Abi Talib maksud ayat "Sesungguhnya manusia di dalam kerugian"!.

Padahal riwayat menyatakan ayat tersebut dituju kepada musuh-musuh Ahlul Bait!

Dengan cara ini Ahmed akan menyemai kebencian terhadap Imam Ali a.s. jauh dalam lubuk hati para pemujanya.


Kitab Syubahat, Ahmed al-Hasan menjawab pertanyaan 109: Apa makna firman Allah: Demi Masa, sesugguhnya manusia berada dalam kerugian. Jawapan: Amirul Mukminin...!

Riwayat dalam Kitab Kamal al-Din (kanan): "Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, iaitu musuh-musuh kami"

Kesimpulan:
Ahmed al-Hasan adalah seorang Nasibi kerana memusuh Ali bin Abi Talib a.s.


Lihat juga percanggahan Ahmed dengan riwayat:
Solat wustha wilayah para mahdi setelah Imam Mahdi?

1 ulasan:

  1. Assalamua'laikum .. setelah ana membaca beberapa penulisan Antum, ana kagum dengan pendedahan Antum tetapi nasihat ana, biarlah objektif dan janganlah memetik kata-kata Ahmad Al-Hasan (La'natullah) hanya sebahagian sahaja sebagaimana dalam kebanyakan penulisan Antum .. sebagai contoh, dalam penulisan ini Antum menulis kembali kata-kata Ahmad (La'natullah) dalam Kitabnya Al-Mutasyabihat, Ahmed al-Hasan menjawab pertanyaan 109: Apa makna firman Allah: Demi Masa, sesugguhnya manusia berada dalam kerugian. Jawapan: Amirul Mukminin...!

    Sedangkan setelah perkataan Amirul Mukminin ada kata-kata lain yang mungkin menjelaskan apa yang dimaksudkannya .. walaupun kata-katanya menyeleweng dari makna sebenar tetapi tulislah dengan penuh supaya pembaca seperti kami tahu apa yang dimaksudkan Ahmad (La'natullah) tersebut ..

    Wallahul Alim ...

    BalasPadam