Sabtu, 16 Julai 2016

Imam Mahdi (a.j.f) bukan datuk ke-lima Ahmed al-Hasan seperti yang didakwa pengikutnya

Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (al-Nisa ayat 82).

Biasanya Ahmed al-Hasan tanpa segan silu menisbahkan nasabnya kepada Imam Mahdi (a.j.f), namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pepatah Parsi mengatakan, semakin tinggi ia jatuh, semakin kuat bunyi gedebuknya.

Sebuah blog pengikut kumpulan ini memperkenalkan Jad/datuk-datuk Ahmed al-Hasan dan Imam Mahdi adalah datuk neneknya yang ke-5.

Sayyid Ahmad bin [1] Sayyid Ismail bin [2] Sayyid Saleh bin [3] Sayyid Al Hussain bin [4] Sayyid Salman bin [5] Imam Muhammad (Imam Mahdi, Muhammad bin Hasan al-Askari)


Namun dalam satu karya Ahmed al-Hasan, pertanyaan nombor 9 diajukan: Apakah Imam Mahdi (a.j.f) adalah datuk anda yang ke-lima sebagaimana yang didakwa oleh para ansar anda?

Jawapan pertanyaan 8, 9, 10: Tidak.



Jawapan tersebut disediakan oleh Ahmed itu sendiri, sekaligus membuktikan percanggahan dalam dakwaan dan dia bukan anak cucu Imam Mahdi (a.j.f) seperti yang didakwa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan