Selasa, 26 Julai 2016

3 kesalahan imlak dalam satu lembar surat Ahmed al-Hasan

Tahukah anda? Ahmed al-Hasan ini juga telah menulis surat dengan bahasa Arab yang lintang pukang. Dalam satu lembaran surat kepada warga Iraq, Ahmed telah melakukan kesalahan imlak yang fatal sebanyak 3 kali. Sebab itu Ahmed al-Hasan mengajar pengikutnya agar tidak menitik beratkan pelajaran tatabahasa Arab kerana ini boleh menjadi kayu ukur kepalsuan dakyahnya.



Kesalahan pertama:
علكم sepatutnya عليكم

Kesalahan kedua:
Pengulangan dua kali dhamir kata ganti nama, dalam balaghah pengulangan menyebabkan karahah fi sam'i, iaitu tidak sedap didengar oleh telinga.

Kesalahan ketiga:
Perkataan Washi Rasul, sepatutnya Washi dan Rasul (utusan) Imam Mahdi, kalau tidak maknanya ialah washi kepada utusan Imam Mahdi.

Sebab itu Ayatullah Qazwini di Qom pernah menyindir, orang gila menulis surat lebih baik dari Ahmed al-Hasan:





Kalau ada yang pernah belajar di hawzah, nescaya markah imlak yang diperolehinya adalah 17/20 kerana melakukan kesalahan sebanyak tiga kali.

Kesimpulannya
Ahmed al-Hasan tidak pintar menulis surat dalam bahasa Arab dan pembongkaran ini memusnahkan kepalsuan dakwaan bahawa dirinya adalah maksum. Hanya orang yang tidak menggunakan akal yang waras kurniaan Allah sahaja yang mengikutinya demi material harta dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan