Dengan memerhatikan segala tingkah dan pemikiran ajaran Ahmed, maka diketahuilah bahawa Ahmed al-Hasan adalah imam ke-13 bagi kumpulan ini. Perkara ini jelas dan nyata dengan melihat cara mereka bersyahadah dan berselawat.
Jadi apakah hukumnya menokok-nambah jumlah imam ini? Abi Abdillah a.s. berkata: Para Imam selepas nabi kita adalah 12 orang yang terpilih, barangsiapa yang mengurangi atau menambah jumlah mereka seorang, maka ia terkeluar dari agama Allah, dan bukan dari wilayah kami sedikitpun.
Demikianlah risiko yang diambil para pengikut Yamani palsu ini, terkeluar dari agama Allah dan wilayah Ahlul Bait a.s. Silakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan