Sebuah hadis daripada imam telah diperalat sebagai
hujjah demi mengukuhkan dakyah kononnya kes Ahmed al-Hasan dilaknat oleh
penghuni Timur dan Barat bukanlah sesuatu yang aneh. Besandarkan argument hak berbaur
batil, takwil peribadi, taqlid kepada penipu daya sudah cukup membuatkan
para pengikutnya terpesona dengan hujjah rapuh ini.
Hadis yang berasal dari kitab Ghaibah al-Nu’mani
itu ialah:
[ أخبرنا ] علي بن أحمد قال: أخبرنا عبيد الله بن موسى العلوي، عن محمد بن الحسين، عن محمد بن سنان، عن قتيبة الاعشى، عن أبان بن تغلب، قال: سمعت أبا عبد الله جعفر بن محمد (عليهما السلام) يقول إذا ظهرت راية الحق لعنها أهل المشرق وأهل المغرب، أتدرى لم ذاك ؟ قلت: لا، قال: للذي يلقى الناس من أهل بيته قبل خروجه
غیبت نعمانی باب17 حدیث4
Aku mendengar Aba Abdillah, Ja’far bin
Muhammad a.s. berkata: Apabila panji kebenaran muncul, penghuni Timur dan Barat
melaknatnya, tahukah engkau kenapa demikian itu? Beliau berkata: Manusia
mendapati sesuatu daripada Ahlul Baitnya sebelum ia muncul.
[Ghaybah al-Nu’mani, bab 17 hadis 4]
Kewujudan hadis berikut boleh membuatkan kita
memahami hadis tersebut. Menarik di sini kedua-dua hadis ini dinisbahkan kepada
tutur kata Imam Sadiq a.s. dan kedua-duanya berkenaan dengan laknat terhadap
panji kebenaran, kedua-duanya diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Husain,
daripada Muhammad bin Sinan, daripada Qutayubah al-A’yash. Atau lebih baik dikatakan
kedua-dua riwayat dapat mendekatkan kita kepada hakikat:
أخبرنا عبد الواحد بن عبد الله قال: حدثنا محمد بن جعفر القرشي، قال: حدثني محمد بن الحسين، عن محمد بن سنان، عن قتيبة الاعشى، عن منصور بن حازم عن أبي عبد الله (عليه السلام) أنه قال: إذا رفعت راية الحق لعنها أهل المشرق والمغرب قلت له: مم ذلك ؟ قال: مما يلقون من بني هاشم
Diriwayatkan Abi Abdillah a.s. berkata:
Apabila panji kebenaran diangkat, penghuni Timur dan Barat melaknatnya. Aku bertanya
kepadanya: Kenapakah demikian? Jawabnya: Dengan apa yang mereka dapati daripada
Bani Hashim.
Noktah penting yang perlu difahami
dari hadis ini:
1. Panji kebenaran itu adalah seruan
Imam Mahdi (a.s), bukannya Ahmed al-Hasan yang ajarannya sarat dengan
kepalsuan.
Sila rujuk beberapa contoh |Pembohongan| percanggahan| Pencurian| Penyelidikan| yang kita dapati dalam ajaran Ahmed ini. Siapakah dirinya nak dikaitkan dengan Imam Mahdi a.j.f?
2. Dari segi bahasa Arab, riwayat pertama
mempunyai perkataan al-lazi (الذی)
yang tidak semestinya menunjukkan kepada personaliti individu, bahkan ia
bermaksud “iaitu” atau “yang” dan ini lebih jelas dengan hadis kedua. Sebagai
contoh sila rujuk kepada al-Qur’an, surah Syura ayat 13:
شرع
لکم من الدین ما وصی به نوحا والذی اوحینا الیک و ما وصینا به ابراهیم و موسی و
عیسی ان اقیموالدین
....
Allah telah menerangkan kepada kamu apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi
Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga
yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa iaitu:
"Tegakkanlah ugama…
Berasaskan fakta ini, maksud sebenar
ialah apa yang mereka mendapati sesuatu daripada Bani Hashim atau Ahlul Bait a.s.
3. Pengikut tegar al-Yamani
sepatutnya merujuk tindakan laknat ke atas Ahmed al-Hasan kepada riwayat yang mempunyai
rantaian sanad yang baik seperti berikut:
عن محمد بن جعفر عن ابویوسف نجلی عن ابراهیم
بن یعقوب عن عن ابی سأکت عن ابیه عن محمدبن علی سلام الله علیه قال
:
من یدعی انه ولدٌ للامام
المهدی فالعنوه
Oleh itu pengikut Ahmed al-Hasan
juga harus melaknat tuan mereka kerana riwayat para imam menyuruh kita berbuat demikian.
Masyallah! Ulama sejak awal-awal lagi melaknat Ahmed al-Hasan! Sesungguhnya mereka amat peka dengan perintah imam.
Masyallah! Ulama sejak awal-awal lagi melaknat Ahmed al-Hasan! Sesungguhnya mereka amat peka dengan perintah imam.
Lihat juga kes saudari Sohaila yang bertindak meninggalkan kumpulan al-Yamani dan melaknat Ahmed al-Hasan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan