Sabtu, 16 Julai 2016

Seruan Ahmed al-Hasan untuk angkat senjata berperang

Pada bulan Disember 2003, bersamaan Shawwal 1424, Ahmed al-Hasan yang mengaku sebagai Yamani mendakwa kononnya dia mendapat arahan daripada Imam Mahdi a.s. untuk angkat senjata berperang, dalam rangka menghadapi golongan yang dituduh sebagai zalim dan anak lembu sebagaimana yang dicatat oleh Dhiya al-Anshari al-Zaidi dalam bukunya al-Mahdi wal Mahdiyyin Fil Qur'an Wa al-Sunnah.

Namun persoalannya di manakah Sufyani dan Khurasani yang seharusnya bangkit bersamaan pada tahun, bulan dan hari kebangkitan Yamani sebagaimana dalam riwayat imam?


Kononnya Imam Mahdi telah mengarahkan pengumuman pemberontakan melawan golongan zalim pada tahun 2003.


Riwayat daripada kitab Ghaybah al-Nu'mani menyatakan Sufyani, Yamani dan al-Khurasani akan keluar pada tahun, bulan dan hari yang sama. 

Hadis tersebut menjelaskan keluarnya Yamani, Sufyani dan al-Khurasani serentak pada hari, bulan dan tahun yang sama! Tapi Yamani Ahmed ini bangkit dan keluar terlebih dulu tanpa diiringi Khurasani dan Sufyani! Oleh itu jelaslah kepalsuan dan pendustaannya, manakala para pengikutnya hanyalah terdiri daripada orang yang tidak menggunakan kewarasan anugerah Allah.

Sebelum munculnya blog ini, pengikut Ahmed hanya duduk mengasah pisau untuk mempersiapkan diri menyembelih dan membunuh para ulama Syiah. Kini mereka mempunyai tugas tambahan untuk berbincang sesama anasir sendiri cara menyelewengkan makna hadis di atas mengikut selera hawa nafsu. 

Kesimpulannya ajaran Ahmed ini bertentangan dengan riwayat Ahlul Bait a.s, bohong dan berunsurkan militan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan