Jumaat, 15 Julai 2016

Solat wustha wilayah para mahdi setelah Imam Mahdi?

Oleh kerana Ahmed al-Hasan al-Basri berdusta dengan berbagai pembohongan sebagai berilmu dan maksum, maka banyak sekali kesilapan keji ditemukan dalam tafsiran-tafsiran yang benar-benar bercanggah dengan dakwaan kononnya berilmu dan kemaksuman. Ini semua adalah dalil bahawa dakwaannya itu adalah batil.

Dalam percubaan menafsirkan ayat mengenai Solat Wustha, Ahmed al-Hasan dalam buku al-Mutashabihat, jilid 4 muka surat 73 berkata solat wustha adalah wilayah di antara para imam dan para mahdi, sedangkan riwayat menjelaskan solat wustha adalah solat zuhur:


Maksud solat di sini ialah wilayah, dan maksud solat wustha ialah wilayah antara para imam maksum dan para mahdi. Iaitu wilayah mahdi pertama ialah di permulaan kezuhuran Imam Mahdi a.s. kerana al-Mahdi pertama ialah daripada mahdi-mahdi, dan lagi setelah para imam sebagaimana dalam riwayat mengenai mereka yang digolongkan dalam 12 para imam dari anak cucu Ali a.s dan Fathimah a.s.

Rangkaikata Solat Wustha adalah sebutan khas setelah am bagi menerangkan kepentingannya. Berasaskan dakwaan Ahmed al-Hasan, kepentingan wilayah Mahdi pertama tidak lebih dari dari kepentingan para imam  yang lain sebagai keeksklusifan.

Mahdi pertama pula tidak mempunyai wilayah khas di zaman awal kezuhuran Imam Mahdi a.s kerana ia hanyalah pengikut dan rakyat Imam Mahdi a.s! Jadi wilayah yang manakah yang sedang dibicarakan oleh Ahmed al-Basri? Jika ada wilayah untuknya, sekalipun sudah tentulah selepas kewafatan Imam Mahdi a.s!

Tambahan lagi, riwayat jelas menunjukkan solat dalam surah al-Baqarah ayat 238 ini adalah sembahyang, bukan wilayah!


Riwayat daripada Muhammad bin Ali al-Baqir a.s: Solat wustha adalah solat Zuhur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan