Rabu, 27 Julai 2016

Ahmed Ismail akan dihimpunkan bersama iblis dan tenteranya

Oleh kerana individu ini membuat dakwaan palsu bahawa dirinya adalah daripada para imam Ahlul Bait a.s. dan bermacam-macam lagi tuntutan kononnya dirinya adalah khalifah Ahlul Bait a.s., padahal bukan, maka riwayat Ahlul Bait a.s. sendiri yang mengesahkan Ahmed al-Hasan akan dihimpunkan bersama iblis dan ansar iblis. 



Diriwayatkan Abi Ja'far a.s. berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya para imam ialah mereka yang dinaskan ke atas mereka oleh Rasulullah s.a.w. dengan imamah, mereka adalah orang yang Rasulullah sabdakan: Tatkala aku diperjalankan ke langit, maka aku dapati nama-nama mereka tertulis di kaki Arash dengan cahaya sebanyak 12 nama. Antara merka ialah Ali dan kedua-dua anaknya, Ali, Muhammad, Ja'far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Hujjah, para imam ini daripada kalangan Ahlul Bait yang terpilih dan suci. Demi Allah, tidaklah seseorang selain daripada kami membuat dakwaan melainkan Allah menghimpunkan ia bersama iblis dan bala tenteranya
[Rujukan: Kitab Bihar al-Anwar]

Ini disebabkan Imam Mahdi a.s. adalah khalifah dan washi terakhir, tidak ada lagi yang lain selepas beliau. Lihat rujukan berikut:

Justeru itu, sanggupkah anda menyabung akhirat anda untuk berimamkan individu yang dihimpunkan bersama iblis kelak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan