Sabtu, 16 Julai 2016

Kekhalifahan dan kewasian berakhir pada Imam Mahdi (a.s)

Sementara kita menunggu anggota kumpulan militan Yamani sedang mengasah pedang untuk pecahkan kepala para pengikut serta ulama Syiah, mari kita lihat perkara mengarut yang ada dalam ajaran mereka, iaitu Ahmed al-Hasan adalah washi, khalifah, yang memenuhi bumi dengan keadilan berasaskan kepalsuan.








Kebenaran:

1. Kekhalifahan dan kewasian berakhir pada Hujjah Ibnu Hasan a.s.








































"...kemudian muncullah putera al-Hasan, yang berakhir padanya kekhalifahan dan kewasian, beliau mengalami jangkamasa keghaiban yang panjang, kemudian muncul memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman."


Catatan: Sanad Sahih dan amat kuat.

[Kitab Itsbat al-Huda Sheikh al-Hur al-'Amili, jilid 2 muka surat 234.]



2. Imam Hasan bin Ali a.s. berkata: Imam al-Hujjah selepasku adalah anak lelakiku. Beliau adalah penutup para Hujjah Allah dan khalifah terakhir Allah s.w.t.




[Itsbat al-Hudah, jilid 5 muka surat 196]

3. Khutbah al-Ghadir:


أَلَا إِنَ‏ خَاتَمَ‏ الْأَئِمَّةِ مِنَّا الْقَائِمُ الْمَهْدِيُّ أَلَا إِنَّهُ الظَّاهِرُ عَلَى الدِّينِ أَلَا إِنَّهُ الْمُنْتَقِمُ مِنَ الظَّالِمِينَ أَلَا إِنَّهُ فَاتِحُ الْحُصُونِ وَ هَادِمُهَا أَلَا إِنَّهُ قَاتِلُ كُلِّ قَبِيلَةٍ مِنْ أَهْلِ الشِّرْكِ أَلَا إِنَّهُ الْمُدْرِكُ بِكُلِّ ثَارٍ لِأَوْلِيَاءِ اللَّهِ عَزَّ وَ جَلَّ أَلَا إِنَّهُ النَّاصِرُ لِدِينِ اللَّهِ أَلَا إِنَّهُ الْغَرَّافُ‏ «9» مِنْ  بَحْرٍ عَمِيقٍ أَلَا إِنَّهُ قَسِيمُ‏ «10» كُلِّ ذِي‏فَضْلٍ بِفَضْلِهِ وَ كُلِّ ذِي جَهْلٍ بِجَهْلِهِ أَلَا إِنَّهُ خِيَرَةُ اللَّهِ وَ اللَّهُ مُخْتَارُهُ أَلَا إِنَّهُ وَارِثُ كُلِّ عِلْمٍ وَ الْمُحِيطُ بِهِ أَلَا إِنَّهُ الْمُخْبِرُ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ الْمُنَبِّهُ بِأَمْرِ إِيمَانِهِ أَلَا إِنَّهُ الرَّشِيدُ السَّدِيدُ أَلَا إِنَّهُ الْمُفَوَّضُ إِلَيْهِ أَلَا إِنَّهُ قَدْ بَشَّرَ بِهِ مَنْ سَلَفَ بَيْنَ يَدَيْهِ أَلَا إِنَّهُ الْبَاقِي حُجَّةً وَ لَا حُجَّةَ بَعْدَهُ وَ لَا حَقَّ إِلَّا مَعَهُ وَ لَا نُورَ إِلَّا عِنْدَهُ أَلَا إِنَّهُ لَا غَالِبَ لَهُ وَ لَا مَنْصُورَ عَلَيْهِ أَلَا وَ إِنَّهُ وَلِيُّ اللَّهِ فِي أَرْضِهِ وَ حَكَمُهُ فِي خَلْق


Sesungguhnya penutup dan imam terakhir daripada kami ialah al-Qa'im al-Mahdi a.s..... Beliau adalah Hujjah Allah yang masih ada, tiada lagi Hujjah selepas beliau.

[Ihtijaj Sheikh Tabarsi, jilid 1 muka surat 63, Bihar al-Anwar jilid 37 muka surat 213]


4. Hadis Mi'raj:




Aku bertanya: Siapakah para wasiku? Sampailah seruan: Wahai Muhammad! Para washimu tertulis di kaki 'arash. Maka akupun melihat sedangkan aku berada di hadapan Tuhanku Yang Maha Perkasa, maka aku melihat dua belas cahaya, setiap satunya ada garis hijau yang tertulis nama washi dari para washiku, pertamanya Ali bin Abi Talib, dan akhir sekali Mahdi umatku. Aku bertanya: Ya Tuhanku, apakah mereka para washi setelahku? Maka datang seruan: Wahai Muhammad, mereka adalah waliku, kecintaanku, pilihanku, hujjahku ke atas ciptaanku setelahmu, merekalah para washimu, khalifahmu dan sebaik-baik ciptaan setelahmu.

['Ilal al-Sharai' Sheikh al-Saduq, jilid 1 muka surat 14]

5. Imam al-'Askari berkata kepada anak-anaknya bahawa engkau (al-Hujjah bin Hasan) adalah Sahib al-Zaman, engkau adalah Mahdi, engkau adalah Hujjah Allah di atas muka bumi, engkau adalah anakku dan washiku...
... Engkaulah penutup para washi Imam-imam yang suci.


[Kitab al-Ghaybah al-Tusi, muka surat 273]

6. Imam Sahib al-Asr al-Zaman berkata: Aku adalah penutup para Washi.

[Kamal al-Din wa Tamam al-Ni'mah, jilid 2 muka surat 441]

7. Amirul Mukminin a.s. berkata: Dengan Mahdi kami terputuslah al-Hujjah, maka beliau adalah penutup para imam. Penyelamat ummah dan penutup cahaya.


[Bihar al-Anwar, jilid 74, muka surat 300]

8. Tawassul dan salam ke atas penutup para washi, iaitu Imam al-Hujjah bin Hasan al-Mahdi, di dalam doa dan ziarah:


[Bihar al-Anwar, jilid 87, muka surat 32]

9. Tawassul dan salam kepada penutup para washi, Imam al-Hujjah bin Hasan al-Mahdi a.j.f dalam doa dan ziarah.



[Bihar al-Anwar, jilid 99, muka surat 85]


10. Tawassul dan salam kepada penutup para washi, Imam al-Hujjah bin Hasan al-Mahdi a.j.f dalam doa dan ziarah.



[Al-Misbah Kaf'ami, muka surat 497]

Kesimpulan:

Dakwaan Ahmed al-Hasan dan pengikutnya bahawa Ahmed al-Hasan adalah washi adalah bertentangan dengan riwayat dan pembohongan atas nama Ahlul Bait a.s. kerana Washi, khalifah dan hujjah selepas Rasulullah hanyalah 12 orang, yang berakhir dengan Imam Mahdi a.j.f.

Imam Mahdi a.j.f lah yang memenuhi bumi dengan keadilan, bukannya Ahmed yang membuat dakwaan palsu.

Hakikatnya kumpulan militan ini yang bekerja untuk kaum Zionis bagi menjauhkan pengkut mazhab Syiah dari para ulama dan mengajak taat kepada orang yang mengaku sebagai wasi Imam Mahdi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan