Fuqaha musuh nyata Imam Mahdi (a.j.f)?
Oleh pakar Mahdawiyyat: Neda Tabasi atau Maryam Tawusi
Kumpulan Ahmed al-Hasan mendakwa terdapat riwayat yang dinisbahkan
kepada Imam Baqir (a.s) di dalam kitab Bayan al-A'immah karya Murtadha 'Amili
di dalam kurun mutakhir, bahawasanya Imam Mahdi (a.j.f) tidak mempunyai musuh
yang lebih nyata berbanding fuqaha.
Tidak diketahui, dari mana penulis menukilkannya. Secara generalisasi,
kitab Bayan al-A'immah banyak menukilkan perkara-perkara yang telah terseleweng
dan dusta atas nama Syiah. Misalannya kisah pulau Khadra yang menjelaskan
bahawa anak-anak Imam Mahdi (a.j.f) berada di sana dan isi kandungan buku
tersebut sarat dengan kontradiksi. Barangsiapa yang berminat untuk mengkaji
kontradiksi-kontradiksinya boleh merujuk kepada buku "Pulau Khadra,
dongeng atau hakikat" cetakan Jamaran.
Oleh itu tidak ada perincian dari mana penulis kitab Bayan al-A’immah
mengambilnya sedangkan intisari seluruh riwayat tersebut terhenti dengan
rangkai kata “خاصه” (khas). Maka riwayat yang dinisbahkan
kepada Imam Baqir tersebut bermaksud fuqaha tertentu sahaja, iaitu segelintir,
bukan semuanya.
Kesaksian sejarah menunjukkan terdapat dua kitab yang mengandungi
riwayat ini. Salah satunya ialah Faydh al-Qadir iaitu penulisnya hidup dalam
kurun ke-12. Kitab satu lagi ialah Futuhat al-Makkiyyah Ibnu Arabi yang tidak
menyebut Imam Baqir (a.s)!!!
Berasaskan riwayat mutawatir Imam Ali (a.s) pernah berkata kepada
anaknya supaya faqih di dalam agama Allah; maka bagaimana mungkin Imam Mahdi (a.j.f)
selaku anak cucu Ali (a.s) dan Fatimah (a.s) tidak mempunyai musuh yang lebih
nyata dari fuqaha sedangkan imam sendiri menyuruh anaknya faqih?
Kumpulan berasaskan agama ini tidak mengerti, samada (1.) wujudnya ulama
tidak berilmu di dalam dunia bukanlah dalil bahawa semua fuqaha agama atau (2.)
semua ulama adalah musuh Imam Mahdi (a.j.f).
Terdapat hadis seorang individu bertanya kepada Imam Baqir (a.s).
Lelaki itu berkata, pandangan ahli fikah bukanlah seperti yang anda katakan.
Maka Imam menjawab: Apakah hingga kini engkau telah melihat seorang faqih?
Sesungguhnya faqih hakiki ialah seorang yang zuhud terhadap dunia dan asyik
kepada akhirat.
Teks kitab karya Muhiyuddin Ibnu Arabi:
إن لله خليفة يخرج من
عترة رسول الله من ولد فاطمة يواطي اسمه اسم رسول الله، جده الحسين بن علي (عليهما
السلام) يبايع بين الركن والمقام يشبه برسول الله في الخلق - بفتح الخاء - وينزل
عنه في الخلق - بضم الخاء - أسعد الناس به أهل الكوفة يعيش خمسا أو سبعا أو تسعا
يضع الجزية على الكفار ويدعو إلى الله بالسيف ويرفع المذاهب عن الأرض فلا يبقى إلا
الدين الخالص، أعداؤه مقلدة العلماء أهل الاجتهاد لما يرونه يحكم بخلاف ما ذهب
إليه أئمتهم فيدخلون كرها تحت حكمه خوفا من سيفه يفرح به عامة المسلمين أكثر من
خواصهم يبايعه العارفون من أهل الحقائق عن شهود وكشف بتعريف إلهي، له رجال إلهيون
يقيمون دعوته وينصرونه ولولا أن السيف بيده لأفتى الفقهاء بقتله ولكن الله يظهره
بالسيف والكرم فيطمعون ويخافون ويقبلون حكمه من غير إيمان ويضمرون خلافه ويعتقدون فيه
إذا حكم فيهم بغير مذهب أئمتهم إنه على ضلال في ذلك لأنهم يعتقدون أن أهل الاجتهاد
وزمانه قد انقطع وما بقي مجتهد في العالم وأن الله لا يوجد بعد أئمتهم أحدا له
درجة الاجتهاد، وأما من يدعي التعريف الإلهي بالأحكام الشرعية فهو عندهم مجنون
فاسد الخيال، انتهى
الفتوحات المكية: 3 / 419 باب 366
الفتوحات المكية: 3 / 419 باب 366
Di dalam kitab Faydh al-Qadir Sharh Jami’ Saghir, jilid ke enam,
muka surat 360, nombor 9241 juga menukilkan teks ini. Di situ pun tidak ada
disebut riwayat daripada Imam Baqir (a.s).
Di dalam kitab Arba’in Sheikh Baha’i juga menukilkan perkara ini
daripada Ibnu Arabi, bukan daripada Imam Baqir (a.s).
Terjemahannya:
Mahdi (a.j.f) adalah anak cucu Fathimah, khalifah Allah daripada
itrah Rasulullah, anak cucu Fathimah, namanya seperti Rasulullah, datuknya
Husain bin Ali, dibai’at di antara rukun dan makam, ciptaannya mirip dengan
Rasulullah……… mengajak kepada Allah dengan pedang sehinggalah tidak ada tempat
melainkan agama yang murni, musuh-musuhnya adalah pentaqlid ulama, tatkala
melihat Mahdi (a.j.f) ahli ijtihad memutuskan hukum bertentangan dengannya,
ketaatan kepadanya atas faktor ketakutan, ahli irfan dan ahli kasyf wa shuhud
membai’atnya dan membantu seruannya. Kalau bukan kerana pedang ditangannya,
nescaya fuqaha memberi fatwa pembunuhan beliau…. Fuqaha adalah musuh-musuh Imam
Mahdi (a.j.f), mereka percaya zaman ijtihad ulama telah berakhir, tidak
tertinggal lagi mujtahid di dalam dunia. Allah tidak mencipta lagi seorang
individu pun yang bertaraf mujtahi selepas para imam mereka.
Teks dari kitab Bayan al-A’immah:
عن الباقر ع: اذا خرج الامام المهدي فليس له عدو مبين الا الفقهاء
خاصة ، ولولا ان السيف بيده لأفتى الفقهاء بقتله
بیان الائمة ع ج 3 ص 99
Imam Baqir (a.s) berkata: Tatkala Imam Mahdi keluar, tidak ada
musuhnya yang nyata melainkan fuqaha tertentu, jikalau bukan kerana pedang di
tangan beliau, nescaya para fuqaha mengeluarkan fatwa membunuhnya.
Bayan al-A’immah, jilid 3 muka surat 99
Kesimpulan:
Sandaran tertua bagi riwayat tersebut bukan hanya kitab Bayan al-A’immah
semata-mata, bahkan terdapat kitab-kitab lain seperti Faydh al-Qadir, Arba’in
Sheikh Baha’i dan Futuhat Makkiyah yang tidak menukilkannya daripada Imam Baqir
(a.s)! Malah terdapat kemiripan teks, iaitu rangkaikata “fuqaha memberikan
fatwa pembunuhan beliau” ada dalam kitab-kitab tersebut”.
Fuqaha dan kelompok tertentu menurut kitab Bayan al-A’immah yang tidak
menjadi sandaran argumentasi menunjukkan segelintir, bukan semua fuqaha.
حدیث : اذا خرج القائم ينتقم من اهل الفتوي بما لايعلمون، فتعسا
لهم و لاتباعهم.
منابع : یوم الخلاص ص
342 الزام الناصب جلد 2 ص 200 بیان الائمه ج 3 ص 298
Hadis: Tatkala al-Qaim keluar, beliau akan membalas dendam terhadap
ahli fatwa (yang mengeluarkan fatwa) terhadap apa yang tidak mereka ketahui.
Maka berbaiklah dengan mereka dan pengikut mereka.
Setiap penulis ketiga-tiga referensi itu hidup dalam kurun mutakhir
dan mereka bukanlah sandaran lama. Katakan matannya sahih maka ia merujuk
kepada orang alim yang tidak diketahui; sedangkan maksudnya ialah orang yang
benar-benar alim tidak mengetahui apa yang dibicarakannya. Matan itu
menunjukkan bahawa kumpulan tertentu yang secara zahirnya berilmu. Apakah maksud secara zahirnya berilmu? Ia bermaksud
ulama Batriyah atau Tabriyyah yang menerima keutamaan fadhilat Ali bin Abi Talib,
dalam masa yang sama mereka menyintai Umar. Ataupun maksudnya aalah ulama
Wahhabi atau ulama Syiah yang mengeluarkan fatwa tanpa pengetahuan, atau
sesiapa sahaja yang memberikan fatwa berasaskan pandangannya. Allah jua yang
Maha Mengetahui.
Terdapat juga banyak hadis-hadis yang memuji para ulama.
Tarikh penyelidikan: Sebelum 28 Jun 2015
Buku Neda Tabasi atau Maryam Tawusi telah dicetak pada tahun 2015,
terdapat dua fasal yang memberi perhatian terhadap topic ini iaitu fasal baru “91:
Penentangan fuqaha tertentu” dan fasal “92: Mahdi membalas dendam terhadap ahli
fatwa”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan