Selasa, 21 Jun 2016

Menteri Dalam Negeri Iraq: Gerakan al-Yamani berkomplot membunuh agamawan dan tokoh besar negara

Tarikh Berita: 21 Januari 2008

Shirwan al-Wa’ili;
Gerakan al-Yamani merancang pembunuhan agamawan dan tokoh besar di dalam negara

Menteri Keselamatan Negara Iraq, Shirwan al-Wa’ili mendakwa Jemaah al-Yamani yang sesat sebagai dalang di sebalik kegiatan terrorisme yang disaksikan di kota kita Basrah dan Selatan Nasiriyah, kata beliau kelmarin, hari Ahad. Beliau berakata kumpulan tersebut mempunyai misi membunuh agamawan dan para pegawai kanan negara. Al-Wa’ili berkata, “Gerakan sesat Ahmad al-Yamani bertanggung jawab dalam kegansan yang tercetus yang disaksikan pada hari Jumaat dan Sabtu di kota kita Basrah dan Nasiriyah.”


Al-Wa’ili menambah, “Gerakan ini mencakwa beliau (Imam Mahdi)sudah muncul di hari ke-sepuluh Muharam, mereka berniat membunuh agamawan dan para pegawai kerajaan di hari tersebut.” Menteri keselamatan Iraq ini menegaskan, “Jemaah Yamani yang sesat tersebut sudah melakukan aktiviti latihan di Iraq sejak beberap tahun lalu, cuma kerajaan membiarkan meraka atas alasan gerakan itu bermula dengan kebebasan berfikir dan berasaskan akidah.” Beliau menjelaskan agensi keselamatan mampu menangani Jemaah tersebut semuanya, setelah mereka menjalankan taktik membunuh akan rakyat Iraq. Berkenaan dengan jumlah anggota Jemaah Yamani atau Ansar al-Mahdi yang ditangkap, al-Wa’ili berkata, “Hampir 200 orang pengikut di Basrah dan Nasiriyah ditangkap.” Sementara itu, jurucakap Jeneral Muhammad al-‘Askari menyebut, jumlah anggota tentera Iraq yang gugur syahid adalah lima orang iaitu empat pegawai dan seorang tentera biasa, manakala 11 yang lain cedera. Tambah beliau lagi kematian di pihak polis ialah 3 orang manakala 23 yang lain cedera.

Sumber berita: http://burathanews.com/news/34425.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan