Selasa, 4 April 2017

Ahmed Ismail membatalkan dakwaannya tentang Raj’ah

Ahmed Ismail di dalam kitabnya al-Raj’ah tsālits ayyāmillah al-Kubrā mendakwa bahawa kedjadian raj’ah berbeza dengan alam jasmani ini. Selanjutnya dia menyatakan perbezaan alam raj’ah itu berbeza secara terperinci berbanding alam ini. Sekarang kita lihat Ahmed yang ada di alam jasmani ini mendakwa pula dirinya adalah raj’ah Judas Iskariot yang telah disalib sebagai ganti Nabi Isa (a.s) dan baginda Isa (a.s) yang masih belum wafat itu akan kembali kepada manusia di akhir zaman.


Jadi buat apa Ahmed kembali ke zaman jasmani kita ini? Sedangkan para Imam ma’sum tidak kembali ke alam ini? 😄



Paparan sebelah kiri Ahmed Ismail berkata: 
"Raj'ah terjadi di alam yang berbeza di alam jasmani ini, dan selanjutnya ia mempunyai perincian yang berbeza dengan alam ini.- Ahmed Ismail, buku al-Raj'ah tsalits ayyamillah al-Kubra, muka surat 40

Paparan sebelah kanan Ahmed Ismail berkata:

"Sesungguhnya maksud Judas Iskariot yang diserupakan dengan Isa (a.s) dan disalib sebagai ganti baginda (a.s), dan yang diseru baginda Isa (a.s) bahawa dia akan kembali di akhir zaman itulah penyelamat, subtansi dan al-Mahdi (Ahmed) yang telah disebut di dalam Taurat, Indjil, al-Qur'an dan wasiat Rasulullah (s.a.w)" - Ahmed Ismail, buku al-Hiwari al-Tsalits 'Ashar, muka surat 109

Info tambahan: 

Tamparan hebat ke atas akidah raj’ah Ahmed Ismail dan Abdullah Hashem

Ahmed bin Isma’il percaya bahawa peristiwa raj’ah akan terjadi di alam lain, bukan di alam jasmani ini!! Kononnya ia bermula selepas kematian mahdi-mahdi lain.

Namun Ahmed Isma’il sendiri telah mematahkan akidah ini dengan tangannya sendiri apabila membuat dakwaan dirinya adalah raj'ah unta Nabi Salih (a.s) yang dibunuh, dan kononnya diri adalah individu yang disalib sebagai ganti Nabi Isa(a.s).

Tidakkah berasaskan ajaran Ahmed Ismail raj’ah itu terjadi di alam lain? Kenapa dia kembali hidup di zaman kita dan mengingkari raj’ah Imam Husain (a.s) di alam ini?


Adapun Abdullah Hashem juga mematahkan dakwaan pemimpinnya Ahmed Isma’il yang menulis buku al-Mutashabihat pada tahun 1426 H, iaitu sebelum dia lari dari pasukan keselamatan Iraq. Abdullah mendakwa dirinya adalah orang pertama raj’ah padahal raj’ah di sisi Ahmed bermula setelah selesai kemunculan al-mahdi terakhir. Bagaimana mungkin Abdullah boleh raj’ah sebelum mahdi-mahdi dan sebelum al-Hujjah ibnu Hasan (a.s)?




"Ketahuilah, sesungguhnya mahdi-mahdi adalah petanda hari kiamat dan waktunya. Mahdi-mahdi terakhir adalah penutup alam jasmani ini dan bermulanya alam raj'ah, kemudian hari kiamat." - Ahmed Ismail, buku al-Mutashabihat, jilid 4 muka surat 125.

Info tambahan:
Ahmed Ismail membatalkan dakwaannya tentang Raj’ah