Tarikh Berita: 21 Januari 2008
Shirwan al-Wa’ili;
Shirwan al-Wa’ili;
Gerakan
al-Yamani merancang pembunuhan agamawan dan tokoh besar di dalam negara
Menteri
Keselamatan Negara Iraq, Shirwan al-Wa’ili mendakwa Jemaah al-Yamani yang sesat
sebagai dalang di sebalik kegiatan terrorisme yang disaksikan di kota kita
Basrah dan Selatan Nasiriyah, kata beliau kelmarin, hari Ahad. Beliau berakata
kumpulan tersebut mempunyai misi membunuh agamawan dan para pegawai kanan
negara. Al-Wa’ili berkata, “Gerakan sesat Ahmad al-Yamani bertanggung jawab
dalam kegansan yang tercetus yang disaksikan pada hari Jumaat dan Sabtu di kota
kita Basrah dan Nasiriyah.”
Al-Wa’ili
menambah, “Gerakan ini mencakwa beliau (Imam Mahdi)sudah muncul di hari
ke-sepuluh Muharam, mereka berniat membunuh agamawan dan para pegawai kerajaan
di hari tersebut.” Menteri keselamatan Iraq ini menegaskan, “Jemaah Yamani yang
sesat tersebut sudah melakukan aktiviti latihan di Iraq sejak beberap tahun
lalu, cuma kerajaan membiarkan meraka atas alasan gerakan itu bermula dengan
kebebasan berfikir dan berasaskan akidah.” Beliau menjelaskan agensi
keselamatan mampu menangani Jemaah tersebut semuanya, setelah mereka
menjalankan taktik membunuh akan rakyat Iraq. Berkenaan dengan jumlah anggota
Jemaah Yamani atau Ansar al-Mahdi yang ditangkap, al-Wa’ili berkata, “Hampir
200 orang pengikut di Basrah dan Nasiriyah ditangkap.” Sementara itu, jurucakap
Jeneral Muhammad al-‘Askari menyebut, jumlah anggota tentera Iraq yang gugur syahid
adalah lima orang iaitu empat pegawai dan seorang tentera biasa, manakala 11
yang lain cedera. Tambah beliau lagi kematian di pihak polis ialah 3 orang
manakala 23 yang lain cedera.
Sumber berita: http://burathanews.com/news/34425.html
Sumber berita: http://burathanews.com/news/34425.html