Rabu, 25 Januari 2017

Nur Muhammad ada kegelapan al-Ana - Ahmed Ismail


Ketua kumpulan ajaran Ahmed Ismail menghina Nabi kita dengan mendakwa bahawa Nur Muhammad masih terdapat kegelapan iaitu al-Ana (keakuan).

Sabtu, 21 Januari 2017

Abdullah Hashem fasiq sebelum menjadi mahdi

Berikut adalah status salah satu akaun Facebook Panji Hitam pengikut Abdullah Hashem, dan terserah pada diri anda untuk menilainya.


status facebook tersebut menyatakan:

"Jawapan kepada kekeliruan bagaimana mungkin Abdullah, Musa dan Zainab adalah orang fasiq sebelum beriman....
Semoga Allah memburukkan wajah orang yang berkata demikian, Allah berfirman: Sesungguhnya Rasulullah didapati berada dalam keadaan sesat dan dihidayahkan... sekarang mahdi-mahdi adalah Hujjah-hujjah, sebelum mereka mengenal diri mereka adalah peminum seperti manusia lainnya, ini adalah gambar lama yang jelas bahawa Zainab tidak mengetahui dirinya berakal. Kerana itu rambutnya keluar seperti mana-mana perempuan. Demikianlah Abdullah dan Musa.... Inilah kebenaran dan kebanyakan orang tidak suka akan kebenaran."

Ahmed Ismail dakwa Imam Husain telah syirik!



Ahmed bin Ismail al-Hasan berkata dalam kitab al-Mutasyabihat: "Imam Husain telah syirik dengan makna ini..."

Ahmed Ismail menimbulkan kemarahan umat Islam dalam satu percubaan menyerang Ahlul Bait (a.s) sekaligus telah mengeluarkan al-Imam al-Husain (a.s) dari ayat Tathir dengan tohmahan Musyrik dan Syak. Sedangkan Syak adalah Rijs (al-Ahzab ayat 33).


Pertamanya, insan mula mengesyaki sesuatu tatkala mempunyai ilmu sedikit tentang kes tertentu. Sedangkan Ahlul Bait mempunyai ilmu sesuai dengan ciptaan, maka tidak ada lagi syak di kalangan mereka. Seluruh ilmu mereka adalah meyakinkan. Apabila kita membaca Ziyārah al-Jāmi‛ah, nescaya kita menemukan rangkai kata “khazanah ilmu”, “Dialah yang memilih kamu dengan ilmunya”, maka tidak ada jalan untuk menyifatkan syak ini terhadap imam Husain selama-lamanya.

Kedua, mengenai syirik, Allah (s.w.t) berfirman:

إن الشرك لظلم عظيم
Sesungguhnya Syirik adalah kezaliman yang besar.

Ayat tersebut tidak berbicara jenis syirik, samada syirik tersembunyi atau zahir, sehingga membawa kesimpulan bahawa setiap syirik itu adalah kezaliman, atau setiap syirik berada di bawah kezaliman.

Allah s.w.t berfirman:

Aku jadikan kamu sebagai Imam kepada manusia, imam berkata: Dan daripada kalangan zuriatku. Allah berfirman:

إني جاعلك للناس إمام قال و من ذريتي قال لا ينال عهدي الظالمين

 JanjiKu ini tidak terkena pada orang yang zalim.

Berasaskan ayat ini, maka diketahuilah bahawa Imāmah tidak mungkin disifatkan sebagai zalim dengan apa jua caranya. Dengan kedua-dua ayat tersebut juga kita tidak mungkin dapat menyifatkan Imām Husain dengan syirik kerana syirik adalah kezaliman.

Jika kita lihat sekali lagi dalam ziyārah al-Jāmi‛ah, nescaya kita dapati rangkai kata:

المخلصين في توحيد الله

“Orang yang ikhlas dalam tauhid Allah”

Syirik bertentangan dengan Tawhid, sementara Ahlul Bait telah mencapai maqam keikhlasan, tidak menyerupai mana-mana syirik.

Malangnya Ahmed Ismail menisbahkan syirik kepada Imam Husain a.s…. Na’uzubillahi min dzālik