Sabtu, 21 Januari 2017

Ahmed Ismail dakwa Imam Husain telah syirik!



Ahmed bin Ismail al-Hasan berkata dalam kitab al-Mutasyabihat: "Imam Husain telah syirik dengan makna ini..."

Ahmed Ismail menimbulkan kemarahan umat Islam dalam satu percubaan menyerang Ahlul Bait (a.s) sekaligus telah mengeluarkan al-Imam al-Husain (a.s) dari ayat Tathir dengan tohmahan Musyrik dan Syak. Sedangkan Syak adalah Rijs (al-Ahzab ayat 33).


Pertamanya, insan mula mengesyaki sesuatu tatkala mempunyai ilmu sedikit tentang kes tertentu. Sedangkan Ahlul Bait mempunyai ilmu sesuai dengan ciptaan, maka tidak ada lagi syak di kalangan mereka. Seluruh ilmu mereka adalah meyakinkan. Apabila kita membaca Ziyārah al-Jāmi‛ah, nescaya kita menemukan rangkai kata “khazanah ilmu”, “Dialah yang memilih kamu dengan ilmunya”, maka tidak ada jalan untuk menyifatkan syak ini terhadap imam Husain selama-lamanya.

Kedua, mengenai syirik, Allah (s.w.t) berfirman:

إن الشرك لظلم عظيم
Sesungguhnya Syirik adalah kezaliman yang besar.

Ayat tersebut tidak berbicara jenis syirik, samada syirik tersembunyi atau zahir, sehingga membawa kesimpulan bahawa setiap syirik itu adalah kezaliman, atau setiap syirik berada di bawah kezaliman.

Allah s.w.t berfirman:

Aku jadikan kamu sebagai Imam kepada manusia, imam berkata: Dan daripada kalangan zuriatku. Allah berfirman:

إني جاعلك للناس إمام قال و من ذريتي قال لا ينال عهدي الظالمين

 JanjiKu ini tidak terkena pada orang yang zalim.

Berasaskan ayat ini, maka diketahuilah bahawa Imāmah tidak mungkin disifatkan sebagai zalim dengan apa jua caranya. Dengan kedua-dua ayat tersebut juga kita tidak mungkin dapat menyifatkan Imām Husain dengan syirik kerana syirik adalah kezaliman.

Jika kita lihat sekali lagi dalam ziyārah al-Jāmi‛ah, nescaya kita dapati rangkai kata:

المخلصين في توحيد الله

“Orang yang ikhlas dalam tauhid Allah”

Syirik bertentangan dengan Tawhid, sementara Ahlul Bait telah mencapai maqam keikhlasan, tidak menyerupai mana-mana syirik.

Malangnya Ahmed Ismail menisbahkan syirik kepada Imam Husain a.s…. Na’uzubillahi min dzālik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan