Sabtu, 6 April 2024

Status hadis pemerintah Hijaz yang namanya adalah nama haiwan

Penganut agama Ahmadi Religion, termasuklah White Banner sebelum ini sering mencanangkan satu riwayat yang mereka sendiri tidak periksa dari manakah sumbernya? Wujud atau tidak? Apa lagi sahih atau palsu?  Maka kita dapat melihat kecelaruan mereka dalam menukil sumber referensi hadis tersebut. Katanya dari kitab Musnad Ahmad:


Encik Kashfullah dan Khordad pula menulis riwayat ini dari kitab Tanda-tanda, tanda 88, ms 136 (kitab apa ni?):




Wahai encik Kashfullah, kalau nak menulis nama kitab, tulis lah secara serius, bukan sambil lewa seperti ini. Para pembaca pun tak akan jumpa nama kitab "Tanda-tanda" tersebut. 

Jawapan:

Riwayat ini tidak ditemukan dalam kitab Musnad Ahmad. Sila semak dan boleh seach dalam kitab digital Musnad Ahmad di link ini:


Setelah disemak, hadis ini tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis Syiah dan Ahlusunnah.

Encik Kashfullah mengforward kembali mesej Khordad Aal Al-Mahdi dalam group telegram mereka dengan rujukan kitab "Tanda-tanda". 

Sebut nama kitab pun dah tak betul. Tidak mengapa, mari kita semak kembali, sebenarnya kitab Tanda-tanda itu adalah kitab Arab berjudul Dua ratus lima puluh tanda-tanda sehingga kezuhuran al-Imam al-Mahdi.  (مائتان وخمسون علامة حتى ظهور الإمام المهدي), muka surat 122. 
 
Apabila kita semak dalam kitab tersebut, (nombor 88 sebagaimana yang ditulis oleh encik Khordad) pengarang kitab ini menulis:





Yang bertanda merah itu maksudnya: Dari kitab Musnad Ahmad. Seterusnya di akhir perenggan, pengarangnya mengaku: 

هذا الخبر نقله الي احد الفضلاء المطلعين

Riwayat ini disampaikan kepada saya oleh salah seorang yang berilmu. 

Pengarang kitab ini sendiri menyatakan riwayat itu disampaikan oleh orang lain kepadanya. Kemungkinan besar pengarang sendiri tidak menyemak kewujudannya dari kitab Musnad Ahmad. 

Justeru itu, riwayat ini tidak dapat dinisbahkan kepada Rasulullah kerana tidak diketahui kewujudannya dalam mana-mana kitab walau ia beredar di kalangan masyarakat sekalipun. Ketaksuban mencari kebatilan telah membutakan mata mereka dan menutup hati mereka yang menuruti agama Ahmadi secara buta tuli. 

Ahmadi Religion adalah agama rekaan yang terpaksa bergantung dengan hadis yang tidak diketahui kewujudannya dalam mana-mana kitab hadis.





Khamis, 28 Mac 2024

Abdullah Hashem mendustakan al-Qur'an kononnya Siti Hawa tidak makan buah syurga




Abdullah Hasyim mendakwa di dalam bukunya (Ghaya al-Hakim): Ahmad al-Hasan berkata kepadanya: Hawa tidak makan daripada pokok yang Adam makan, dan apa yang dikatakan Hawa makan daripada pokok itu adalah palsu dan dusta.

Sedangkan kita melihat bahawa Kitab Allah, Al-Qur'an, memberitahu kita bahawa Adam dan Hawa sama-sama makan dari pokok itu:

Adakah Al-Quran berdusta? Atau adakah fikiran tidak bijaksana untuk memahami bahawa Al-Quran mengatakan bahawa Hawa tidak makan daripada pokok itu. ?! ..

Sabtu, 16 Mac 2024

Ulama taqlid adalah musuh Imam Mahdi?

 Dakwa pengikut Ahmed bin Ismail:


(Tangkap layar pada 28 Mei 2016)



Nampaknya komen yang menulis ini ada rujukan kitab tetapi tidak menyebut siapakah yang berkata musuh imam Mahdi adalah para ulama taqlid. Mari kita semak pernyataan tersebut dari kitab asalnya:


Terjemahan teks yang digaris merah:

Pengarang kitab al-Futuhat (al-Makkiyah, iaitu Ibu Arabi), tidak ada salahnya untuk memasukkan tulisannya di sini

Musuh-musuh beliau (Imam Mahdi) adalah ulama yang ditaqlid, ahli ijtihad

Rupa-rupanya teks itu adalah tulisan Ibn Arabi yang dimasukkan ke dalam karya al-Sayyid Mustafa al-Kazimi dalam kisab Bisharatul Islam ini. Seudah kita bicarakan sebelum ini bahawa hadis Sunni hanya boleh dijadikan hujjah untuk Ahlisunnah, sedangkan berhujjah dengan Syiah hendaklah dengan hadis dan kitab yang diterima dari kalangan Syiah juga. Perlu diingatkan bahawa method para ulama Syiah menulis kitab dengan memasukkan kata-kata atau hadis Ahlusunnah adalah hal yang biasa sebagai meluaskan pengetahuan, dan itu tidak bermakna ia 100% diterima oleh Syiah. [sila rujuk di sini].

Teks itu dapat ditemukan dari kitab asalnya:


Demikian juga dalam kitab-kitab lain seperti Ilzam al-Nasib karya Shaykh al-Ha'iri, beliau menulis kembali kata-kata Ibnu Arabi tersebut:



Justeru itu, catatan "Musuh-musuh Imam Mahdi adalah ulama yang ditaqlid" yang ditemukan dalam kitab Syiah adalah berasal dari tulisan ulama Sunni, bernama Ibn Arabi, dan ia bukanlah hujjah untuk Syiah. 


Kecelaruan method berhujjah penganut "The Ahmadi Religion"

Sebelum kita masuk ke dalam perbahasan, lebih baik kita melihat kecelaruan berfikir dan teknik berhujjah yang digunakan oleh penganut agama Ahmadi. Sering kali mereka berhujjah dengan kitab Syiah kepada Ahlusunnah. Ini salah satu kecelaruan dari segi akal fikiran manusia. Sedangkan kaedah yang diterima umum ialah berdebat dengan Syiah dengan kitab Syiah, berdebat dengan Ahlusunnah dengan kitab yang diterima oleh Ahlusunnah. 

Betapa terdesak kumpulan ini, di mana pun propaganda yang dilancar, mereka memaksa orang lain menghadam "hadis wasiat" sebelum kewafatan Rasulullah (s.a.w):



Tangkap layar di dalam group telegram "Kedatangan Kembali Sang Penyelamat". Yang pertama tentang hadis wasiat, kedua tentang kedatangan al-Mahdi dengan sunnah dan kitab baru.

Setakat ini mereka gagal membawa hadis 12 Mahdi dari kitab Ahlusunnah. Yang ada pun hanyalah hadis "tragedi hari Khamis" dan tidak ada jalan lain untuk mempengaruhi orang awam kepada ajaran mereka melainkan berhujjah dengan hadis yang mereka namakan sebagai "hadis wasiat" dari kitab Syiah.

Method yang diterima umum dan akal yang waras ialah tidak mungkin berhujjah kepada Ahlusunnah dengan kitab Syiah. Kita harus bersetuju dengan pandangan Ibn Hazm dalam kitabnya Al-Fasl fi al-Milal Wa Ahwa' Wa al-Nihal:

لَا معنى لاحتجاجنا عَلَيْهِم برواياتنا فهم لَا يصدقونا وَلَا معنى لاحتجاجهم علينا بروياتهم فَنحْن لَا نصدقها وَإِنَّمَا يجب أَن يحْتَج الْخُصُوم بَعضهم على بعض بِمَا يصدقهُ الَّذِي تُقَام عَلَيْهِ الْحجَّة بِهِ سَوَاء صدقه المحتج أَو لم يصدقهُ

Telah berkata Abu Muhammad: [Berbincang dengan Syiah] Tidak masuk akal untuk kita berdebat dengan mereka dengan riwayat dan sumber Sunni, kerana mereka tidak menerima kita, juga Syiah tidak boleh menggunakan sumber mereka sendiri untuk memprotes kepercayaan kita, kerana kita tidak menerima sumber mereka. Sebaliknya, wajib bagi setiap kumpulan untuk memprotes sumber kumpulan yang lain dan membuktikannya kepada mereka... 

وَلم يحْتَج عَلَيْهِم بالأحاديث لأَنهم لَا يصدقون أحاديثنا وَلَا نصدق أَحَادِيثهم

dan kita tidak menggunakan hadith kita untuk berhujjah dengan Syiah kerana mereka tidak menerima hadith kita dan Syiah tidak boleh buktikan kebenaran mereka dengan hadis mereka sendiri kerana kita tidak terima hadis mereka. - Al-fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, Ibn Hazm, jilid 4, ms 159 dan 220.

Justeru itu, di mana-mana pun para penganut "Ahmadi Religion" mempunyai kecelaruan method berhujjah dan kemandulan seni berdebat dengan lawan mereka.

Satu lagi noktah penting yang harus di beri di sini ialah, walau pun hadis wasiat itu dari kitab Syiah iaitu al-Ghaybah Sheikh al-Tusi, belum tentu menjadi hujjah kepada golongan Syiah kerana Syiah juga mempunyai berbagai cabang dan disiblin ilmu hadis.










Khamis, 14 Mac 2024

Riwayat Al-Yamani dari Yaman masih wujud dalam manuskrip Kamal al-Din tahun 1066 Hijrah

Dalam kitab Kamal al-Din, diriwayatkan:


خُرُوجُ السُّفْيَانِيِّ مِنَ الشَّامِ  وَ الْيَمَانِيِّ مِنَ الْيَمَنِ

        Al-Sufyani keluar dari Sham dan al-Yamani keluar dari Yaman

Namun kumpulan al-Yamani mendakwa hadis ini tidak menyebut ungkapan "dari Yaman" (مِنَ الْيَمَنِ) dari satu manuskrip dengan dakwaan:

اقدم مخطوطة لكتاب كمال الدين وتمام النعمة للشيخ الصدوق رحمه الله نسخت عام 1066 هجرية قبل تقريبا 340 سنة ﻻ تذكر اليماني من اليمن كما يحتج بعض الناس بالطبعات الجديدة التي صحفها الذين يكتبون ويطبعون الكتب .

Naskah kitab Kamal Al-Din dan Tamam al-Ni'mah karya Syeikh Al-Saduq rahimahullah disalin pada tahun 1066 Hijrah, kira-kira 340 tahun yang lalu, tidak menyebutkan Al-Yamani dari Yaman, sebagaimana sebagian orang berhujah dengan edisi cetakan baharu, diterbitkan oleh mereka yang menulis dan mencetak buku tersebut.





Paparan dalam manuskrip ini kononnya tidak menyebut hadis "واليماني من اليمن". 

Namun kami cuba mencari manuskrip dan nombor siri yang sama, lalu mendapati ungkapan "al-Yamani dari Yaman" masih wujud dalam manuskrip yang sama:

(nombor perpustakaan)



Riwayat yang dirujuk oleh Facebook kumpulan Yamani palsu pada muka surat 265



Riwayat al-Yamani dari Yaman dalam manuskrip yang sama, hanya selang 2 muka surat dari halaman yang dirujuk oleh kumpulan al-Yamani palsu. Sila clik image untuk melihat saiz asal

Justeru itu, riwayat al-Yamani dari Yaman masih wujud dalam manuskrip yang sama sekaligus membatalkan dakwaan palsu Ahmed al-Hasan (Ahmad bin Ismail Kuwaitek) yang mengaku sebagai al-Yamani namun ia berasal dari Basrah, Iraq.