Sabtu, 16 Mac 2024

Kecelaruan method berhujjah penganut "The Ahmadi Religion"

Sebelum kita masuk ke dalam perbahasan, lebih baik kita melihat kecelaruan berfikir dan teknik berhujjah yang digunakan oleh penganut agama Ahmadi. Sering kali mereka berhujjah dengan kitab Syiah kepada Ahlusunnah. Ini salah satu kecelaruan dari segi akal fikiran manusia. Sedangkan kaedah yang diterima umum ialah berdebat dengan Syiah dengan kitab Syiah, berdebat dengan Ahlusunnah dengan kitab yang diterima oleh Ahlusunnah. 

Betapa terdesak kumpulan ini, di mana pun propaganda yang dilancar, mereka memaksa orang lain menghadam "hadis wasiat" sebelum kewafatan Rasulullah (s.a.w):



Tangkap layar di dalam group telegram "Kedatangan Kembali Sang Penyelamat". Yang pertama tentang hadis wasiat, kedua tentang kedatangan al-Mahdi dengan sunnah dan kitab baru.

Setakat ini mereka gagal membawa hadis 12 Mahdi dari kitab Ahlusunnah. Yang ada pun hanyalah hadis "tragedi hari Khamis" dan tidak ada jalan lain untuk mempengaruhi orang awam kepada ajaran mereka melainkan berhujjah dengan hadis yang mereka namakan sebagai "hadis wasiat" dari kitab Syiah.

Method yang diterima umum dan akal yang waras ialah tidak mungkin berhujjah kepada Ahlusunnah dengan kitab Syiah. Kita harus bersetuju dengan pandangan Ibn Hazm dalam kitabnya Al-Fasl fi al-Milal Wa Ahwa' Wa al-Nihal:

لَا معنى لاحتجاجنا عَلَيْهِم برواياتنا فهم لَا يصدقونا وَلَا معنى لاحتجاجهم علينا بروياتهم فَنحْن لَا نصدقها وَإِنَّمَا يجب أَن يحْتَج الْخُصُوم بَعضهم على بعض بِمَا يصدقهُ الَّذِي تُقَام عَلَيْهِ الْحجَّة بِهِ سَوَاء صدقه المحتج أَو لم يصدقهُ

Telah berkata Abu Muhammad: [Berbincang dengan Syiah] Tidak masuk akal untuk kita berdebat dengan mereka dengan riwayat dan sumber Sunni, kerana mereka tidak menerima kita, juga Syiah tidak boleh menggunakan sumber mereka sendiri untuk memprotes kepercayaan kita, kerana kita tidak menerima sumber mereka. Sebaliknya, wajib bagi setiap kumpulan untuk memprotes sumber kumpulan yang lain dan membuktikannya kepada mereka... 

وَلم يحْتَج عَلَيْهِم بالأحاديث لأَنهم لَا يصدقون أحاديثنا وَلَا نصدق أَحَادِيثهم

dan kita tidak menggunakan hadith kita untuk berhujjah dengan Syiah kerana mereka tidak menerima hadith kita dan Syiah tidak boleh buktikan kebenaran mereka dengan hadis mereka sendiri kerana kita tidak terima hadis mereka. - Al-fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, Ibn Hazm, jilid 4, ms 159 dan 220.

Justeru itu, di mana-mana pun para penganut "Ahmadi Religion" mempunyai kecelaruan method berhujjah dan kemandulan seni berdebat dengan lawan mereka.

Satu lagi noktah penting yang harus di beri di sini ialah, walau pun hadis wasiat itu dari kitab Syiah iaitu al-Ghaybah Sheikh al-Tusi, belum tentu menjadi hujjah kepada golongan Syiah kerana Syiah juga mempunyai berbagai cabang dan disiblin ilmu hadis.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan