Jumaat, 19 Ogos 2016

Imam Mahdi penutup hujjah Allah

Bukti kali ini menghancurkan segala dakwaan Ahmed al-Hasan al-Basri, maka tiada lagi alasan untuk penyembah berhala ini untuk berdalih.

Dalam salah satu khutbah Amirul Mu'minin menyatakan: 



"Terputuslah hujjah dengan Mahdi kami, beliau adalah penutup para imam."

Kitab: Mustadrak Nahj al-Balaghah, yang dinamakan Misbah al-Balaghah. Jilid 1 muka surat 65.

Inilah dakwaan palsu yang dikemukakan pengikut Ahmed al-Hasan:


Dakwaan palsu bahawa Ahmed al-Hasan adalah Hujjah Allah. Link ini diambil pada 25/7/2016.

Lihat juga:

Selasa, 16 Ogos 2016

Kewajipan taat kepada Hujjah Allah seperti Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria

Satu lagi pembongkaran bid'ah golongan yang tidak pernah lekang kejahilannya. Sebagaimana yang anda saksikan Ahmed al-Hasan al-Basri tidak mempunyai dalil tentang imamah 12 orang anak-anak Imam Mahdi setelahnya, maka dia terpaksa menentang dan mencabar: Bolehkah dibuktikan bahawa individu bukan imam adalah khalifah dan hujjah Allah yang perlu ditaati seperti Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria

Maka pengikut Ahmed ini berkata dalam hati: Tidak semestinya Hujjah dan khalifah Allah adalah seorang imam, seorang jutera awam juga boleh menjadi hujjah dan khalifah, maka ketaatan kepada seorang jurutera awam juga adalah wajib.

Akan tetapi pernyataannya bercanggah dengan riwayat daripada Ahlul Bait. Imam Musa bin Ja'far (a.s) berkata: Hujjah zahir Allah terbatas kepada para nabi, rasul dan para imam (a.s). 




ِ يَا هِشَامُ إِنَّ لِلَّهِ عَلَى‏ النَّاسِ‏ حُجَّتَيْنِ‏ حُجَّةً ظَاهِرَةً وَ حُجَّةً بَاطِنَةً فَأَمَّا الظَّاهِرَةُ فَالرُّسُلُ وَ الْأَنْبِيَاءُ وَ الْأَئِمَّةُ ع وَ أَمَّا الْبَاطِنَةُ فَالْعُقُول‏


"Wahai Hisham, sesungguhnya Allah ada dua Hujjah ke atas manusia, iaitu Hujjah zahir dan batin. Hujjah zahir ialah rasul-rasul, nabi-nabi dan para imam. Namun yang batin adalah akal-akal."


Riwayat ini juga adalah jawapan jelas kepada para pengikut Ahmed, bahawa individu yang selain rasul, nabi dan imam adalah bukan Hujjah Allah. 

Dan Ahmed harus tahu bahawa Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria adalah para nabi Allah manakala Hujjah Allah dibuktikan dari sini. Siapalah diri kamu yang ingin mengaku hujjah? Nabi pun bukan, apa lagi imam? 

Lampiran:

Ahmed dalam bukunya mencabar: Bolehkah dibuktikan individu yang menjadi hujjah dan khalifah Allah, serta diwajibkan ketaatan seperti Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria sedangkan mereka bukanlah imam-imam.

Khamis, 4 Ogos 2016

Ahmed al-Hasan mengaku dirinya adalah Iblis


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dalam kitab Bayan al-Haq, Ahmed al-Hasan al-Basri mendakwa namanya yang lain ialah Haris melalui ilmu abjad.




Siapakah al-Haris? (Ahmed al-Hasan) dialah Rasul al-Mubin

Namun apa yang menarik perhatian di sini ialah, riwayat Imam Ali (a.s) dalam kitab 'Ilal al-Shara'i menyatakan haris ialah nama Iblis:



Beliau ditanya berkenaan nama iblis di langit? Maka jawab beliau: Namanya ialah al-Haris.

Lihat juga:




Rabu, 3 Ogos 2016

Nazim 'Oqayli hancurkan kemaksuman Ahmed al-Hasan al-Basri

Nazim Oqayli merupakan seorang misionaris dan wakil rasmi Ahmed al-Hasan al-Basri yang dilaknat oleh pengikut Bendera Hitam Hashem Boy. Dalam kitab "Siapakah pewaris para nabi?", dia berkata:




hanya para Imam sahaja yang menjadi pewaris Rasul, bukan selain mereka. Merekalah yang paling berpengetahuan di kalangan manusia dan tidak ada sesiapa yang menjadi pewaris para Nabi kecuali seorang yang maksum secara nas, iaitu menjadi berpengetahuan tanpa belajar dari sesiapapun dari kalangan manusia.

Kata-katanya amat menarik, kemaksuman melazimkan keilmuan, namun Ahmed sebaliknya bercanggah dengan prinsip tersebut. Ahmed telah belajar dengan manusia dan memperolehi ijazah kejuruteraan awam!



Kitab Jawab al-Munir karya Ahmed al-Hasan al-Basri yang mendakwa dirinya adalah lepasan kuliah kejuruteraan dan menuntut ilmu di hawzah ilmiyah Najaf.

Kesimpulan:
Konsep yang diperkenalkan oleh Nazim Oqayli itu sudah menarik iaitu kemaksuman melazimkan ia mempunyai ilmu tanpa belajar. Namun oleh kerana Ahmed al-Hasan adalah khalifah rekaan Zionis, maka sudah tentu ia mempunyai banyak percanggahan dengan konsep kemaksuman sebagaimana yang difahami. Hanya orang jahil dan yang tidak habis belajar hawzah sahaja dapat menerima pembohongan ini. 

Selasa, 2 Ogos 2016

Percanggahan fatwa Ahmed al-Hasan dalam isu cium tangan

Sekejap tak boleh, sekejap boleh, begitulah pertentangan fatwa yang keluar dari khalifah fiktif Ahmed al-Hasan ini.

Ahmed al-Hasan al-Basri dan para pengikutnya mendakwa kononnya mencium tangan ulama adalah haram:




Pertanyaan: Apakah dibolehkan mencium tangan para ulama?
Jawapan: Tidak boleh mencium tangan para ulama, sesungguhnya mencium tangan tidak memberi kebaikan kecuali nabi atau wasi.

Perhatikan dakwaannya iaitu kecuali nabi atau washi. Sebaliknya Ahmed mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan hukum tersebut apabila dia membolehkan cium tangan kedua ibu bapa dan kanak-kanak:






Ini bermakna, pengikut Ahmed al-Basri boleh mencium tangan orang kafir sekiranya kedua ibu bapanya seseorang mu'allaf itu bukan beragama Islam!.

Akan tetapi, benarkah hukum mencium tangan ulama adalah haram sebagaimana yang didakwa kumpulan ini? Sila lihat hadis berikut:


 عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ مُوسَى عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ع قَالَ: لَا يُقَبَّلُ‏ رَأْسُ‏ أَحَدٍ وَ لَا يَدُهُ إِلَّا يَدُ رَسُولِ اللَّهِ ص أَوْ مَنْ أُرِيدَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ ص.

Tidak dicium kepala dan tangan seseorang melainkan tangan Rasulullah s.a.w atau orang yang dimaksudkannya itu adalah Rasulullah s.a.w. [Al-Kafi, jilid 2 muka surat 185]

Allamah Majlisi di dalam kitab Bihar al-Anwar mensyarahkan hadis tersebut:

تبيان: قوله عليه السلام: " أو من أريد به رسول الله " من الائمة عليهم السلام إجماعا وغيرهم من السادات والعلماء على الخلاف، وإن لم أر في كلام أصحابنا تصريحا بالحرمة، 
بحار الأنوار / جزء 73 / صفحة [38]


Penjelasan kata-kata beliau a.s. "atau orang yang dimaksudkannya itu adalah Rasulullah" adalah daripada para imam a.s. secara ijma', dan selain mereka daripada sadat dan ulama walaupun terdapat perselisihan pendapat, meskipun tidak pernah aku lihat pengharamannya dalam bicara para sahabat kami. 
[Bihar al-Anwar, jilid 73 muka surat 38]



Kesimpulan:
Oleh yang demikian itu, kita mencium tangan ulama kerana kita bermaksudkan mereka mewarisi ilmu Rasulullah s.a.w. dan para Ahlul Bait a.s. Melalui merekalah kita belajar ajaran Rasul dan penghormatan kepada mereka kita anggap penghormatan kepada Rasulullah s.a.w. 

Al-Qur'an juga memuliakan para ulama, namun kumpulan ini terlalu biadab sampai menghina ulama sebagai berhala dan benggali.

فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu (faqih) yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). al-Tawbah ayat 122
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ[فاطر:28]

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Faatir, ayat 28

Melalui kebencian terhadap para ulama inilah Ahmed al-Hasan menghasut para pengikut untuk mengangkat senjata untuk membunuh para ulama dalam perang Najaf tahun 2008.

Isnin, 1 Ogos 2016

Ahmed al-Hasan maksum, edit status facebook

Menurut riwayat, imam maksum tidak boleh tersilap, tapi Ahmed al-Hasan yang mengaku maksum telah melakukan berbagai kesilapan walaupun menulis status di Facebook.




Pasti kumpulan Ahmed al-Hasan akan bertanya siapa yang ajar kita imam maksum tidak melakukan kesilapan? Maka jawabnya ia adalah ajaran imam sendiri.



Lihat juga:


Jumlah para Imam ialah 12 orang, bukan 13 seperti yang didakwa


Setelah Ahmed al-Hasan mengkafirkan golongan lain, kini kita dapat melihat bukti kekafiran kumpulan Ahmed al-Hasan.

Ahmed telah merampas karakteristik eksklusif Imam Mahdi iaitu memenuhi bumi dengan keadilan (akan dibongkar dalam pembongkaran selanjutnya kelak). Kumpulannya juga menganggap Ahmed sebagai imam ke-13!

Muballigh Bendera Putih, 'Ala Salim dalam bukunya yang berjudul Ahmad al-Maw'ud muka surat 39 berkata:

Ahmad ialah sheikh, dan imam ke-13, dialah Mahdi pertama...



Tahukah anda apa hukum menambah jumlah para imam menurut riwayat Ahlul Bait a.s.? Sudah tentu hukumnya adalah kafir!

Jadi apakah hukumnya menokok-nambah jumlah imam ini? Abi Abdillah a.s. berkata: Para Imam selepas nabi kita adalah 12 orang yang terpilih, barangsiapa yang mengurangi atau menambah jumlah mereka seorang, maka ia terkeluar dari agama Allah, dan bukan dari wilayah kami sedikitpun.





Demikianlah risiko yang diambil para pengikut Yamani palsu ini, terkeluar dari agama Allah dan wilayah Ahlul Bait a.s. Silakan...

(sila lihat di pautan ini):




Kecurangan Ahmed al-Hasan dalam memetik riwayat pembantu Imam Mahdi a.j.f dari Basrah

Ahmed al-Hasan terpaksa menukilkan sebahagian riwayat dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana bimbang agenda terselubungnya diketahui masyarakat.

Dalam kitab al-Mutashabihat jilid 4, dia menukilkan riwayat mengenai pembantu Imam Mahdi dari Basrah secara tidak lengkap dari kitab Bisharah al-Islam:





Kitab Bisharatul Islam

Apabila ditinjau kembali dalam kitab Bisharah al-Islam (cetakan pertama Mu'asasah Balagh), terdapat hadis selanjutnya yang menyebut dua nama pembantu Imam Mahdi a.j.f dari Basrah, iaitu Ali dan Muharib, bukannya Ahmed!

Sila rujuk scan kitab di bawah:




Maka diketahuilah bahawa Ahmed al-Hasan bertindak curang dalam menukil riwayat demi kepentingan dakwaan peribadinya. Ini adalah sebuah agenda menyembunyikan kebenaran dan pembohongan.

Lihat juga: 
Ali dan Muharib pembantu Imam Mahdi dari Basrah, bukan Ahmed

Muslim yang tidak berbai'ah kepada Ahmed al-Hasan adalah kafir

Tatkalah ISIS memaksa bai'ah daripada umat Islam Sunni, maka muncul pula satu lagi kumpulan ekstremis Takfiri dalam masyarakat Syiah dengan mengemis Bai'ah kepada Ahmed al-Hasan.

Jangan anda mengira bahawa kumpulan militan al-Yamani yang dikepalai Ahmed al-Hasan menganggap anda seorang yang muslim. Individu ini sebenarnya telah lama mengkafirkan kaum Muslimin. Pada tanggapannya ibadah umat tidak sah serta dan mereka sebanding dengan Abu Lahab yang kafir berasaskan argumen ayat al-Qur'an!

Dalam pernyataan bertarikh 13 Rejab, Ahmed al-Hasan al-Basri berkata:

Setiap orang yang tidak bergabung dengan seruan ini dan mengumumkan bai'ah kepada washi Imam Mahdi (a.s) setelah 13 Rejab 1425 yang bersamaan dengan 29 September 2004, maka ia:

1. Terkeluar dari Wilayah Ali bin Abi Talib (a.s), dengan ini ia masuk ke dalam neraka, seburuk-buruk tempat masuk dan semua amalan ibadahnya batal sama sekali, tidak kira samada haji, solat, puasa, zakat dan wilayahnya.

Link pada 2016/08/02: https://www.facebook.com/permalink.php?id=1414073615510156&story_fbid=1662360327348149

Namun individu ini terlupa bahawa dia telah mengkafirkan seluruh umat Islam. 


Link pada 2016/08/02: https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/938390436208620

Di sini Ahmed al-Hasan al-Basri mengucapkan takziah yang hangat kepada keluarga dan para pencinta Sheikh Baqir Nimr yang dibunuh rejim Al Saud Wahhabi secara zalim.

Maka kenapa Ahmed bersimpati sedangkan Allah melaknat orang kafir? Maka tingkah laku Ahmed ini adalah satu percanggahan dengan pernyataan sebelumnya.