Maka pengikut Ahmed ini berkata dalam hati: Tidak semestinya Hujjah dan khalifah Allah adalah seorang imam, seorang jutera awam juga boleh menjadi hujjah dan khalifah, maka ketaatan kepada seorang jurutera awam juga adalah wajib.
Akan tetapi pernyataannya bercanggah dengan riwayat daripada Ahlul Bait. Imam Musa bin Ja'far (a.s) berkata: Hujjah zahir Allah terbatas kepada para nabi, rasul dan para imam (a.s).
ِ يَا هِشَامُ إِنَّ لِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حُجَّتَيْنِ حُجَّةً ظَاهِرَةً وَ حُجَّةً بَاطِنَةً فَأَمَّا الظَّاهِرَةُ فَالرُّسُلُ وَ الْأَنْبِيَاءُ وَ الْأَئِمَّةُ ع وَ أَمَّا الْبَاطِنَةُ فَالْعُقُول
"Wahai Hisham, sesungguhnya Allah ada dua Hujjah ke atas manusia, iaitu Hujjah zahir dan batin. Hujjah zahir ialah rasul-rasul, nabi-nabi dan para imam. Namun yang batin adalah akal-akal."
Riwayat ini juga adalah jawapan jelas kepada para pengikut Ahmed, bahawa individu yang selain rasul, nabi dan imam adalah bukan Hujjah Allah.
Dan Ahmed harus tahu bahawa Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria adalah para nabi Allah manakala Hujjah Allah dibuktikan dari sini. Siapalah diri kamu yang ingin mengaku hujjah? Nabi pun bukan, apa lagi imam?
Lampiran:
Ahmed dalam bukunya mencabar: Bolehkah dibuktikan individu yang menjadi hujjah dan khalifah Allah, serta diwajibkan ketaatan seperti Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria sedangkan mereka bukanlah imam-imam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan