Ahmed al-Hasan al-Basri dan para pengikutnya mendakwa kononnya mencium tangan ulama adalah haram:
Pertanyaan: Apakah dibolehkan mencium tangan para ulama?
Jawapan: Tidak boleh mencium tangan para ulama, sesungguhnya mencium tangan tidak memberi kebaikan kecuali nabi atau wasi.
Perhatikan dakwaannya iaitu kecuali nabi atau washi. Sebaliknya Ahmed mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan hukum tersebut apabila dia membolehkan cium tangan kedua ibu bapa dan kanak-kanak:
Ini bermakna, pengikut Ahmed al-Basri boleh mencium tangan orang kafir sekiranya kedua ibu bapanya seseorang mu'allaf itu bukan beragama Islam!.
Akan tetapi, benarkah hukum mencium tangan ulama adalah haram sebagaimana yang didakwa kumpulan ini? Sila lihat hadis berikut:
عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ مُوسَى عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ع قَالَ: لَا يُقَبَّلُ رَأْسُ أَحَدٍ وَ لَا يَدُهُ إِلَّا يَدُ رَسُولِ اللَّهِ ص أَوْ مَنْ أُرِيدَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ ص.
Tidak dicium kepala dan tangan seseorang melainkan tangan Rasulullah s.a.w atau orang yang dimaksudkannya itu adalah Rasulullah s.a.w. [Al-Kafi, jilid 2 muka surat 185]
Allamah Majlisi di dalam kitab Bihar al-Anwar mensyarahkan hadis tersebut:
تبيان: قوله عليه السلام: " أو من
أريد به رسول الله " من الائمة عليهم السلام إجماعا وغيرهم من السادات
والعلماء على الخلاف، وإن لم أر في كلام أصحابنا تصريحا بالحرمة،
[Bihar al-Anwar, jilid 73 muka surat 38]
Kesimpulan:
Oleh yang demikian itu, kita mencium tangan ulama kerana kita bermaksudkan mereka mewarisi ilmu Rasulullah s.a.w. dan para Ahlul Bait a.s. Melalui merekalah kita belajar ajaran Rasul dan penghormatan kepada mereka kita anggap penghormatan kepada Rasulullah s.a.w.
Al-Qur'an juga memuliakan para ulama, namun kumpulan ini terlalu biadab sampai menghina ulama sebagai berhala dan benggali.
فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ
طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا
إِلَيْهِمْ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu (faqih) yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). al-Tawbah ayat 122
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ
الْعُلَمَاءُ[فاطر:28]
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Faatir, ayat 28
Melalui kebencian terhadap para ulama inilah Ahmed al-Hasan menghasut para pengikut untuk mengangkat senjata untuk membunuh para ulama dalam perang Najaf tahun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan