Ahad, 26 Februari 2017

Ahmed al-Hasan seleweng hadis untuk ubah maknanya

Ahmed al-Hasan memadam nama Allah demi menyelewengkan makna riwayat
Kitab al-Mutashābihāt karya Ahmed al-Hasan menukil hadis dari kitab Bishārah al-Islām: “Apabila kamu melihat beliau, maka berbaiatlah, sesungguhnya beliau adalah khalifah al-Mahdi”.

Namun setelah disemak kitab Bishārah al-Islām, maka terbongkarlah skandal penyelewengan hadis yang dilakukan Ahmed al-Hasan. Hadis sebenar menyebut: … “apabila kamu melihat beliau, maka berbaiatlah, sesungguhnya beliau adalah khalifatullah al-Mahdi”.


Riwayat yang telah diselewengkan Ahmed al-Hasan bermaksud khalifah bagi al-Mahdi, sedangkan makna asalnya ialah khalifah Allah, al-Mahdi. Beza antara kedua-dua teks ini ialah Ahmed ingin mengangkat dirinya sebagai khalifah bagi mahdi-mahdi sedangkan maksud sebenar hadis ialah al-Imam al-Mahdi (a.s) adalah khalifah Allah.


Noktah berikutnya, jika pengikut Ahmed masih tidak faham bahasa Arab dan ragu-ragu, mereka masih kecundang apabila Ahmed al-Hasan tidak menukilkan hadis itu secara sempurna dari kitab Bishārah al-Islām. Ini saja sudah cukup menunjukkan kelemahan seorang yang mengaku maksum!

Noktah selanjutnya, Ahmed al-Hasan cuba menjelaskan karakteristik dirinya seperti tubuh al-Mahdi pertama seperti Mūsā bin Imrān (a.s) dan hadis itu menyebut “jika kamu melihatnya maka berbaiatlah ia…”. Namun sejak bila mereka melihat Ahmed al-Hasan yang bertubuh badan seperti Mūsā bin Imran itu? Sepatutnya mereka tidak boleh memberikan baiah selagi belum melihatnya dengan mata.

Hukum bai'at sebelum kemunculan al-Qaim adalah kufur, nifaq dan dilaknat

Antara percanggahan Ahmed al-Hasan ialah mengumumkan keluarnya orang yang tidak berbaiah kepadanya dari wilāyah amīr al-Mu’minīn, amalannya tidak diterima, masuk ke dalam neraka dan Rasulullah berlepas diri daripada orang yang tidak berbaiat kepada Ahmed al-Hasan.
Namun di dalam kitab al-Waṣiyyah wal-Waṣī, muka surat 60, dia sendiri menukil riwayat yang menunjukkan Imam al-Sadiq melaknat bai'at sebelum kemunculan Imam al-Mahdi. Justeru itu yang dilaknat riwayat tersebut adalah Ahmed al-Hasan dan sekaligus membatalkan segala dakwaannya itu:



Setiap bai‛at sebelum kezuruhan al-Qā’im adalah bai‛at yang kufur dan nifāq, laknat Allah terhadap pembai‛at dan penerima bai‛at. - al-Waṣiyyah wal-Waṣī, muka surat 60.

Buat pengetahuan semua, al-Qa'im adalah Imam al-Mahdi (a.s) yang akan dibai'at oleh 313 orang antara rukun dan maqam, bukan bai'at secara rambang yang dilakukan pengikut Ahmed!

Akhirnya pengikut Ahmed al-Hasan bertaqlid kepada bukan maksum

Konsep taqlid dalam mazhab Jafarī diibaratkan orang jāhil (tidak berilmu) merujuk kepada orang ‛ālim (berpengetahuan) seperti pesakit merujuk kepada doktor. Demikianlah konsep yang difahami akal yang waras ketika seorang jāhil merujuk kepada ‛ālim dalam beragama. Meskipun para pengikut Ahmed al-Hasan menentang konsep taqlid yang disokong oleh al-Qur’an dan riwayat Ahlul Bait (a.s) demi menerapkan kebencian dan mengobarkan semangat memerangi ulama akhir zaman dengan senjata api, kini mereka terpaksa akur secara hina apabila belajar undang-undang dengan seorang aktivis pelajar. 

Berikut adalah gambar para pengikut Ahmed dalam taklimat yang disampai oleh saudara Khalid Ismath mengenai undang-undang.




Justeru itu, konsep taqlid ini ada dalam sanubari dan fitrah semua manusia walaupun ditentang sekeras-kerasnya para pengikut Ahmed yang dipercayai akan menjadi militant untuk membunuh para ulama.


Demikianlah hujjah murahan mereka sentiasa menjadi senjata makan tuan. Kasihan, kenapa mereka tidak belajar dengan Ahmed itu secara langsung berbanding orang yang tidak maksum?


Kadangkala Ahmed al-Hasan membolehkan taqlid. Di dalam kitab Ṭarīq ilāllah, Ahmed al-Hasan berkata:

إذن، فواجب المسلمين في زمن الغيبة هي نصرة الدين بتمكين نائب الإمام الخاص المرسل منه (ع)، أو الفقـيه الجامع للشرائط العادل الزاهد في الدنيا في حال عدم وجـود نائب خاص له (ع) من بسط يده على الحكم من كل حيثية وجهة


Justeru itu, menjadi kewajipan umat Islam di zaman ghaybah membantu agama dengan adanya nā’ib al-Imām yang diutus daripadanya atau al-faqīh yang memenuhi segala syarat keadilan yang zuhud di dunia pada masa ketiadaan nā’ib khāṣ.


Bagaimana mungkin Ahmed yang mengaku maksum ini menyuruh para pengikutnya bertaqlid dengan golongan faqih? Sudah tentu ulama faqih membantu menegakkan agama itu dengan fatwa-fatwa politik, ekonomi, sosial termasuklah hukum hakam syariat!

Sabtu, 25 Februari 2017

Yamani keluar dari Yaman, bukan Basrah

Keluarnya Yamani itu dari negara Yaman, bukannya Basrah seperti yang didakwa dan tidak disebut juga keluar dari Tihamah, apakah orang zaman itu tidak tidak kenal Basrah dan Yaman?

Berikut adalah scan kitab Bisharatul Islam bahawa Yamani keluar dari Yaman:


Rabu, 8 Februari 2017

Perselisihan teks manuskrip: "Hendaklah diserahkan kepada bapanya"

Bagi yang terpelajar dalam ilmu Filologi, perbezaan teks dalam naskah-naskah kitab boleh terjadi ketika proses penyalinan kerana manusia biasa bukanlah maksum. Dalam satu kes, riwayat yang menceritakan "hendaklah Imam Mahdi menyerahkan urusan kepimpinan kepada anaknya" itu sebenarnya adalah satu kesilapan. Hur Amili dalam kitab al-Iqaz al-Hajmah menjelaskan:

"Kemungkinan lafaz anaknya adalah satu kesilapan dan asalnya adalah bapanya dengan huruf ya pada akhir perkataan (bukan nun). Maksudnya (bapa) itu adalah Imam Husain (a.s) kerana banyak riwayat yang menceritakan raj'ahnya Imam Husain (a.s) ketika kewafatan Imam Mahdi (a.s) untuk memandi jenazah beliau."

Tidak seperti dakwaan pengikut Ahmed al-Hasan, mereka mengambil zahir teks tanpa meneliti lebih lanjut kesahihannya dan menutup pintu perbahasan. Kemudian mendakwa raj'ah itu akan terjadi setelah kewafatan 12 mahdi untuk menegaskan lagi dakwaan kewujudan Mahdi pertama.

Isnin, 6 Februari 2017

Ahmed al-Hasan bai'at diri sendiri

Ahmed al-Hasan yang menjadi imam facebook golongan pengikut Yamani palsu mendakwa dirinya, ghaib, akan memenuhi bumi dengan keadilan, salah seorang dari 313 tentera Imam al-Mahdi, dan dirinya akan dibai'at oleh 313 orang! Dari segi logik sepatutnya yang berkumpul kepadanya 312 orang! kalau 313 bermakna termasuk dirinya sendiri!


Ahmed al-Hasan ragu-ragu?

Ahmed al-Hasan berasa ragu terhadap dirinya sendiri? Anda dapat melihat scan kitab dibawah ini:
Ahmed sendiri meragukan dirinya, maka bagaimana pula orang awam boleh mengikutinya sebagai kewajipan beragama? Boleh jadi individu ini diwujudkan oleh Israel dan banyak kemungkinan yang lain akan timbul.