Konsep taqlid dalam
mazhab Ja‛farī diibaratkan orang jāhil (tidak berilmu) merujuk
kepada orang ‛ālim (berpengetahuan) seperti pesakit merujuk kepada doktor.
Demikianlah konsep yang difahami akal yang waras ketika seorang jāhil merujuk kepada ‛ālim
dalam beragama. Meskipun para pengikut Ahmed al-Hasan menentang konsep taqlid yang
disokong oleh al-Qur’an dan riwayat Ahlul Bait (a.s) demi menerapkan kebencian
dan mengobarkan semangat memerangi ulama akhir zaman dengan senjata api, kini
mereka terpaksa akur secara hina apabila belajar undang-undang dengan seorang
aktivis pelajar.
Berikut adalah
gambar para pengikut Ahmed dalam taklimat yang disampai oleh saudara Khalid
Ismath mengenai undang-undang.
Justeru itu, konsep taqlid ini
ada dalam sanubari dan fitrah semua manusia walaupun ditentang sekeras-kerasnya
para pengikut Ahmed yang dipercayai akan menjadi militant untuk membunuh para
ulama.
Demikianlah hujjah murahan mereka
sentiasa menjadi senjata makan tuan. Kasihan, kenapa mereka tidak belajar dengan Ahmed itu secara langsung berbanding orang yang tidak maksum?
Bagaimana mungkin Ahmed yang mengaku maksum ini menyuruh para pengikutnya bertaqlid dengan golongan faqih? Sudah tentu ulama faqih membantu menegakkan agama itu dengan fatwa-fatwa politik, ekonomi, sosial termasuklah hukum hakam syariat!
Kadangkala Ahmed al-Hasan membolehkan taqlid. Di dalam
kitab Ṭarīq ilāllah, Ahmed al-Hasan
berkata:
إذن، فواجب المسلمين في
زمن الغيبة هي نصرة الدين بتمكين نائب الإمام الخاص المرسل منه (ع)، أو الفقـيه الجامع
للشرائط العادل الزاهد في الدنيا في حال عدم وجـود نائب خاص له (ع) من بسط يده على
الحكم من كل حيثية وجهة
Justeru itu,
menjadi kewajipan umat Islam di zaman ghaybah membantu agama dengan adanya nā’ib al-Imām yang
diutus daripadanya atau al-faqīh yang memenuhi segala syarat keadilan yang zuhud di dunia pada masa
ketiadaan nā’ib khāṣ.
Bagaimana mungkin Ahmed yang mengaku maksum ini menyuruh para pengikutnya bertaqlid dengan golongan faqih? Sudah tentu ulama faqih membantu menegakkan agama itu dengan fatwa-fatwa politik, ekonomi, sosial termasuklah hukum hakam syariat!
Maksum belum graduate pelajaran Undang2 di Malaysia. Harap maklum.
BalasPadam