Khamis, 30 Mac 2017

Pembohongan Ahmed Isma‛il; Imām Ma‛sūm tiada bayang-bayang

Ahmed al-Baṣrī yang mengaku sebagai Mahdi pertama telah menulis di dalam kitabnya ‛Aqā’id al-Islām menafikan kepercayaan Imām tidak mempunyai bayang-bayang dengan membawa dalil-dalilnya.

Dalil Ahmed Isma'il bahawa Nabi (s.a.w) adalah manusia biasa yang ada bayang-bayang dengan bersandar pada ayat al-Qur'an surah al-Kahfi ayat 110.

Kini sudah tiba jawapan untuk tatapan para pengikutnya dengan nas riwayat daripada Ahlul Bait (a.s) termasuk riwayat yang ada dalam laman web rasmi mereka sendiri bahawa al-Imām Mahdī (a.s) mempunyai bayang-bayang! Dengan dalil-dalil ini, maka jelaslah Ahmed Isma‛il dan para pengikutnya telah terpesong. Justeru itu bukanlah semudah itu untuk menipu umat dan mencipta konspirasi Israel dengan memperalatkan hadis-hadis Ahlul Bait (a.s).

Pertama:
Hadis dalam laman web rasmi mereka sendiri. Salah seorang pengikut Ahmed bin Isma‛il telah memuatkan riwayat daripada Imām ‛Alī bin Mūsā al-Riḍā (a.s) bahawa al-Imām al-Mahdī tidak mempunyai bayang-bayang:

تطوى له الارض ولا يكون له ظل وهو الذي ينادي مناد من السماء يسمع له جميع اهل الارض بالدعاء اليه يقول الا ان حجة الله قد يظهر

… bumi diputarkan untuknya, dan beliau tidak mempunyai bayang-bayang…


Rujukan: http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=35912
Print screen pada 30 Mac 2017



Kedua: Kami menambah riwayat daripada al-Imām Ja‛far (a.s) bahawa imām mempunyai 10 karakteristik, antaranya ialah tidak ada bayang-bayang:





عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ ع قَالَ: عَشْرُ خِصَالٍ مِنْ صِفَاتِ الْإِمَامِ الْعِصْمَةُ وَ النُّصُوصُ وَ أَنْ يَكُونَ أَعْلَمَ النَّاسِ وَ أَتْقَاهُمْ لِلَّهِ وَ أَعْلَمَهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَ أَنْ يَكُونَ صَاحِبَ الْوَصِيَّةِ الظَّاهِرَةِ وَ يَكُونَ لَهُ الْمُعْجِزُ وَ الدَّلِيلُ وَ تَنَامَ عَيْنُهُ وَ لَا يَنَامَ قَلْبُهُ وَ لَا يَكُونَ لَهُ فَيْ‏ءٌ وَ يَرَى مِنْ خَلْفِهِ كَمَا يَرَى مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ.

Daripada Imām Abī ‛Abdillah Ja‛far bin Muḥammad (a.s) yang berkata: Ada 10 ciri-ciri imām: Maksum, naṣ, mengajar mereka tentang kitab Allah, menjadi pemilik wasiat yang zahir, mempunyai mukjizat dan dalil, matanya tidur namun hatinya tidak, beliau tidak mempunyai bayang-bayang dan melihat dari belakang sama seperti melihat dari depan.

-       Al-Khiṣāl, jilid 2 muka surat 428


Ketiga: Riwayat daripada al-Imām Bāqir (a.s) menunjukkan tanda-tanda yang dapat dikenal pada imām:


وَ يَرَى‏ مِنْ‏ خَلْفِهِ‏ كَمَا يَرَى‏ مِنْ‏ بَيْنِ يَدَيْهِ وَ لَا يَكُونُ لَهُ ظِل‏
Dan beliau melihat dari belakang seperti melihat dari depannya, dan beliau tidak mempunyai bayang-bayang.

-       Al-Iḥtijāj, jilid 2 muka surat 198

Ke-empat: Shaykh Ṣadūq meriwayatkan hadis daripada Imām ‛Alī bin Musā al-Riḍā (a.s) dengan matan yang sama namun dari sanad yang berbeza:


بِمَ يُعْرَفُ الْإِمَامُ... وَ يُكَلِّمَ النَّاسَ بِكُلِّ لِسَانٍ وَ لُغَةٍ... وَ لَا يَكُونُ لَهُ ظِل‏

Terjemahan pada hadis yang digaris kuning:

Bagaimana caranya mengenal Imām?... Beliau berbicara dengan manusia dengan semua bahasa… dan tidak mempunyai bayang-bayang…
-       Ma‛ānī al-Akhbar, muka surat 102 

Ke-lima: Abil Ḥasan al-Arbā menukilkan riwayat tersebut, bahawa al-Imām tidak mempunyai bayang-bayang:



ولا يكون له ظل
Imām tidak mempunyai bayang-bayang …
-       Kashf al-Ghammah fi Ma‛rifah al-A’immah

Ke-enam: Imām al-Bāqir (a.s) meletakkan 10 dalil untuk mengenal imām, antaranya ialah tiada bayang-bayang. Riwayat ini terdapat dalam kitab al-Ṣirāṭ al-Mustaqīm yang ditulis oleh al-Shaykh ‛Alī al-‛Āmilī al-Nabāṭī al-Bayāḍī, meninggal pada tahun 877 Hijrah:


ولا ظل له ورائحته كالمسك
Beliau tidak ada bayang-bayang, dan aroma bisikannya bagaikan kasturi…
-       Ṣirāṭ al-Mustaqīm, jilid 1 muka surat 108

Ke-tujuh: Ṭabarī al-Shī‛ī juga meriwayatkan hadis bahawa imām tidak ada bayang-bayang:


وَ لَا ظِلَ‏ لَهُ‏، وَ رَأَيْتُهُ‏ يَأْخُذُ الْآسَ فَيَجْعَلُهَا وَرِقاً، وَ يَرْفَعُ طَرْفَهُ نَحْوَ السَّمَاءِ وَ يَدَهُ فَيَرُدُّهَا مَلْأَى لُؤْلُؤ

Imām tidak mempunyai bayang-bayang, dan aku melihatnya mengambil pohon al-Ās dan menjadikannya kertas, beliau mengangkat tepiannya ke arah langit maka tangannya terpantul mutiara yang sarat…
-       Dalā’il al-Imāmah, muka surat 220.

Ke-delapan: Argumentasi Sayyidah al-Labābah al-Anṣāriyyah kepada Abū Bakr yang mendakwa dirinya sebagai imām. Sayyidah berkata bahawa imām tidak mempunyai bayang-bayang. Lantas Abū Bakr menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Sayyidah. 


Apabila beliau berdiri ketika ada matahari atau bulan, maka beliau tidak ada bayang-bayang.
-       Biḥār al-Anwār, jilid 41 muka surat 200

Ke-Sembilan: al-Shaykh al-Kaf‛āmī menukil riwayat di dalam kitab al-Miṣbaḥ daripada al-Imām ‛Alī (a.s) bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak ada bayang-bayang:



Yang tiada bayang-bayang pada baginda tatkala istirehat atau muncul…
-       Miṣbāḥ al-Kaf‛amī, muka surat 842.

Ke-sepuluh: Penulis kitab al-Iḥtijāj menulis riwayat daripada Imām Ja‛far (a.s) bahawa Nabi (s.a.w) tidak mempunyai bayang-bayang: 



ولم یکن له فيء
Baginda tidak pernah ada bayang-bayang.
-        Makārim al-Akhlāq

Selaras dengan riwayat para imām Ahlul Bait (a.s), maka para ulama Imāmiyyah juga mempunyai kepercayaan bahawa Nabi (s.a.w) tidak mempunyai bayang-bayang kerana baginda sendiri merupakan cahaya Nūr Muḥammad walaupun mempunyai beberapa dimensi seperti manusia biasa.


Meskipun Ahmed bin Isma‛il mendakwa Nabi mempunyai bayang-bayang dengan dalil ayat al-Qur’an surah al-Kahfi ayat 110, iaitu Nabi adalah manusia biasa, namun dalam masa yang sama terdapat kepercayaan lain yang bercanggah dengan prinsip manusia biasa pada nabi. Misalannya mereka juga percaya Nabi Khidir (a.s) tidak nampak dipandang:



وانه ليأتي فيسلم فنسمع صوته ولانري شخصه

Baginda datang kepada kita dan memberi salam, maka kita mendengar suara baginda dan kita tidak nampak dirinya.



Demikian juga kepercayaan yang dipegang oleh pengikutnya amat bertentangan dengan propaganda Ahmed Isma‛il ini. Dalam laman web rasminya ada tercatat bahawa kejadian Nabi Muḥammad itu adalah cahaya:


إن نورا كان يضئ عن يمينه حيثما جلس، وعن يساره حيثما جلس، وكان يراه الناس كلهم.

Baginda adalah cahaya, menerangi kanannya tatkala duduk, dan menerangi kirinya tatkala duduk, dalam keadaan baginda dilihat oleh semua manusia.

Kesimpulan:
Dengan dalil yang dikemukakan oleh pengikut Ahmed bin Isma‛il dan dalil-dalil tambahan dalam makalah ini, maka diketahuilah bahawa individu yang mengaku mahdi pertama tersebut adalah pembohong dan kepercayaannya bercanggah dengan ajaran Ahlul Bait (a.s).









Download makalah ini dalam bentuk *.pdf 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan