Khamis, 16 Mac 2017

Percanggahan Ahmed al-Hasan mengenai ciptaan dan kelahiran Adam (a.s)

Berkata Ahmed al-Hasan mengenai kelahiran Nabi Adam (a.s), bahawa baginda pasti lahir daripada ayah dan ibu. [Kitab Wahmul Ilhad, muka surat 124]

"Ini bermaksud, baginda lahir daripada kedua ayah dan ibu, secara pasti" - Ahmed al-Hasan


Namun lain pula katanya dalam kitab jawab al-Munir, jilid 2 muka surat 55, iaitu Nabi Isa (a.s) lahir dari seorang ibu tanpa bapa, tidak sama dengan Nabi Adam (a.s) yang dicipta tanpa ibu dan tanpa bapa!


"Isa (a.s) lahir daripada ibu tanpa bapa, iaitu baginda berbeza dengan Adam yang dicipta tanpa ayah dan ibu." - Ahmed al-Hasan.

Oleh itu, percanggahan besar ini telah menghancurkan dakwaan kemaksumannya, sekaligus memusnahkan segala ajaran yang dibawa selama ini. Bagi mereka yang telah memberikan bai'at kepada Ahmed, insaflah sekarang, sebelum menjelang ajal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan