Rabu, 25 Januari 2017
Nur Muhammad ada kegelapan al-Ana - Ahmed Ismail
Sabtu, 21 Januari 2017
Abdullah Hashem fasiq sebelum menjadi mahdi
Berikut adalah status salah satu akaun Facebook Panji Hitam pengikut Abdullah Hashem, dan terserah pada diri anda untuk menilainya.
status facebook tersebut menyatakan:
"Jawapan kepada kekeliruan bagaimana mungkin Abdullah, Musa dan Zainab adalah orang fasiq sebelum beriman....
Semoga Allah memburukkan wajah orang yang berkata demikian, Allah berfirman: Sesungguhnya Rasulullah didapati berada dalam keadaan sesat dan dihidayahkan... sekarang mahdi-mahdi adalah Hujjah-hujjah, sebelum mereka mengenal diri mereka adalah peminum seperti manusia lainnya, ini adalah gambar lama yang jelas bahawa Zainab tidak mengetahui dirinya berakal. Kerana itu rambutnya keluar seperti mana-mana perempuan. Demikianlah Abdullah dan Musa.... Inilah kebenaran dan kebanyakan orang tidak suka akan kebenaran."
Ahmed Ismail dakwa Imam Husain telah syirik!
Ahmed bin Ismail al-Hasan berkata dalam kitab al-Mutasyabihat: "Imam Husain telah syirik dengan makna ini..."
Ahmed Ismail menimbulkan kemarahan umat Islam dalam satu percubaan menyerang
Ahlul Bait (a.s) sekaligus telah mengeluarkan al-Imam al-Husain (a.s) dari ayat
Tathir dengan tohmahan Musyrik dan Syak. Sedangkan Syak adalah Rijs (al-Ahzab
ayat 33).
Pertamanya, insan mula mengesyaki sesuatu tatkala mempunyai ilmu sedikit
tentang kes tertentu. Sedangkan Ahlul Bait mempunyai ilmu sesuai dengan
ciptaan, maka tidak ada lagi syak di kalangan mereka. Seluruh ilmu mereka
adalah meyakinkan. Apabila kita membaca Ziyārah al-Jāmi‛ah, nescaya kita
menemukan rangkai kata “khazanah ilmu”, “Dialah yang memilih kamu dengan
ilmunya”, maka tidak ada jalan untuk menyifatkan syak ini terhadap imam Husain
selama-lamanya.
Kedua, mengenai syirik, Allah (s.w.t) berfirman:
إن الشرك لظلم عظيم
Sesungguhnya Syirik adalah kezaliman yang besar.
Ayat tersebut tidak berbicara jenis syirik, samada syirik tersembunyi
atau zahir, sehingga membawa kesimpulan bahawa setiap syirik itu adalah
kezaliman, atau setiap syirik berada di bawah kezaliman.
Allah s.w.t berfirman:
Aku jadikan kamu sebagai Imam kepada manusia, imam berkata: Dan daripada
kalangan zuriatku. Allah berfirman:
إني جاعلك للناس إمام قال و من ذريتي قال لا ينال
عهدي الظالمين
JanjiKu ini tidak terkena pada
orang yang zalim.
Berasaskan ayat ini, maka diketahuilah bahawa Imāmah tidak mungkin
disifatkan sebagai zalim dengan apa jua caranya. Dengan kedua-dua ayat tersebut
juga kita tidak mungkin dapat menyifatkan Imām Husain dengan syirik kerana syirik
adalah kezaliman.
Jika kita lihat sekali lagi dalam ziyārah al-Jāmi‛ah, nescaya
kita dapati rangkai kata:
المخلصين في توحيد الله
“Orang yang ikhlas dalam tauhid Allah”
Syirik bertentangan dengan Tawhid, sementara Ahlul Bait telah mencapai
maqam keikhlasan, tidak menyerupai mana-mana syirik.
Malangnya Ahmed Ismail menisbahkan syirik kepada Imam Husain a.s…. Na’uzubillahi
min dzālik
Selasa, 6 Disember 2016
14 anggota penganut ajaran sesat Ahmed al-Hasan ditangkap setelah merancang operasi terrorisme di Dhi Qar.
Tarikh berita 7 Julai 2015
Link: http://www.afadak.com/news/25575
Tarikh Print Screen 07/12/2016
Sumber keselamatan daerah Dhi Qar pada hari Isnin melaporkan, pasukan polis berjaya menahan 14 orang anggota militan sesat Ahmed bin Al-Hasan Al-Yamani yang merancang operasi terrorisme.
Sumber berkenaan berkata, pada hari Isnin, pasukan keselamatan menahan 14 orang yang berkaitan dengan kumpulan ajaran sesat dan militan Ahmed bin al-Hasan al-Yamani selepas mendapat maklumat risikan mengenai komplot mereka yang berhasrat melancarkan operasi militan sempena sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Sumber yang enggan namanya disiarkan berkata, operasi penangkapan berjaya dilaksanakan dengan waran mahkamah mengikut peruntukan Perkara IV Akta Anti Keganasan. Laporan menyebut pihak berkuasa turut menyita kelengkapan sejata, buku, risalah, komputer serta tablet laser. Tindakan undang-undang telah diambil untuk menyeret mereka ke muka pengadilan.

Sabtu, 3 Disember 2016
Faktor perselisihan fatwa di kalangan marja’ Taqlid
- Source : ahkam.porsemani.ir
Antara pertanyaan yang sentiasa menjadi wacana serius di kalangan generasi muda hadi ini ialah perselisihan fatwa mujtahid marja’ agama. Sebelum memasuki perbahasannya, alangkah baiknya kita meneliti punca-puncanya:
Pertama: Dalam isu-isu teori pada setiap bidang, pakar dan cendiakawannya mempunyai perselisihan dalam sebuah masalah. Demikian lah juga pakar fikah dan ijtihad. Para mujtahid perlu berusaha dalam seluruh hukum hakam dan asasnya sehingga ke sebuah noktah fikiran dan ijtihad. Sudah menjadi lumrah dalam ratusan masalah fikah, tidak dapat diharapkan terdapat kesatuan pandangan secara sempurna di kalangan dua atau beberapa orang. Demikianlah ilmu sains empirical seperti jurusan perubatan yang berasaskan pancaindera dan ujian makmal juga mempunyai aneka pandangan dan perbezaan dalam penentuan.
Kedua, mungkin sebahagian orang menganggap punca perselisihan fatwa disebabkan wujudnya beberapa orang marja’ taqlid dan di zaman kita dan faktor-faktornya dapat dikesan di situ sedangkan perkara ini tidak lebih dari khayalan semata-mata. Ini disebabkan urusan di kalangan fuqaha silam juga demikian. Sekiranya seseorang itu membuka lembaran-lembaran kitab-kitab fikah secara ijmal, maka sudah tentu ia mengetahui bahawa perselisihan-perselisihan tersebut sentiasa dalam pandangan-pandangan. Bagi mereka yang ingin meluaskan dimensi pemahaman tentang perselisihan pandangan para mujtahid, sila rujuk kitab: (اللمعة الدمشقية و جواهر الكلام)
Ketiga. Perselisihan fatwa para mujtahid tidak kembali kepada hawa nafsu dan kepentingan peribadi mereka. Bahkan kadang-kadang melibatkan ketaqwaan terhadap suatu batasan. Suatu ketika, seorang marja’ taqlid pernah ditanya: Apakah hokum sesuatu najis terjatuh ke dalam telaga? Sebelum beliau menjawabnya, beliau memberikan arahan supaya telaga di rumahnya dipenuhkan supaya tidak menerangkan hukum menurut hawa nafsunya! Sekiranya marja’ taqlid mengeluarkan fatwa berasaskan kepentingan peribadi, maka luputlah manfaat marja’iyyah daripadanya.
Ke-empat, perselisihan fatwa bukanlah sebuah isu di zaman ini; Bahkan perkara ini juga sudah ada di zaman para imam dan murid-muridnya. Umar bin al-Hanzalah meriwayatkan hadis bahawa Imam Ja’far al-Sadiq memerintahkan masyarakat merujuk kepada fuqaha sebagai penyelesaian terhadap perselisihan pendapat di kalangan ulama dalam agama, iaitu dalam memahami hadis imam. Imam Ja’far al-Sodiq berkata:
قال : الحكم ما حكم به أعدلهما ، وأفقههما ، وأصدقهما ، في الحديث ، وأورعهما ، ولا يلتفت إلى ما يحكم به الآخر
وسائل الشيعة، (كتاب القضاء)، باب 9، ح 1

Hukumlah dengan apa yang dihukumkan oleh yang paling adil, paling faqih, paling benar di antara mereka berdua di dalam hadis, dan yang paling warak di kalangan mereka berdua. Jangan peduli pada apa yang dihukumkan seorang lagi.
Di sini, Imam Ja’far tidak mencela perselisihan di antara pendapat mereka berdua, malah kenyataannya menjelaskan perkara tersebut adalah lumrah.
Kelima, para mujtahid mempunyai kesepakatan di dalam kebanyakan masalah fikah seperti masalah kemestian agama (seperti kewajipan solat, puasa dan hukum hakam wudhu), termasuk juga hukum hakam yang tidak terhitung lagi.
Keenam. Allah (s.w.t) tidak memberikan hukum lebih dari satu, dan para ahli fikah mencari hukum Allah. Sekiranya beberapa ahli fikah tersilap, maka hukum Allah tetap tidak berubah. Namun mujtahid dan muqallid meraih pahala kerana berusaha bersungguh-sungguh dan melaksanakan tanggung jawab mereka.
Dengan mukadimah ini, sekarang kita akan memberikan perhatian tentang perselisihan fatwa iaitu: Ilmu fikah dan ijtihad berasaskan satu silsilah prinsip berfikir, dan perselisihan dalam fatwa berpunca dari perkara tersebut seperti:
Ushul fiqh:
Salah satu asas fikah yang paling penting ialah Ilmu Ushul. Ilmu ini memberi perhatian tentang mengenal masalah seperti perintah, larangan, pemahaman, ijma, khabar wahid dan mutawatir, ta’arudh, istishab, bara’ah dan lain-lain lagi. Mujtahid mencari keputusannya untuk mengistinbat hukum fikah.
Setiap topik ini menaungi berbagai buah fikiran dan ia memberi kesan perselisihan dalam perbezaan pemahaman hukum Allah. Misalannya dalam sebuah masalah, terdapat beberapa riwayat di dalam kitab-kitab hadis yang riwayat mengenainya saling bercanggah: Berasaskan pandangan ulama ia adalah berbeza, seorang mengatakan: Oleh kerana riwayat ini mendahului ke atas riwayat itu; Sedangkan yang lain berkata: Dari sudut lain, riwayat tersebut cenderung kepada kepada riwayat yang lain. Setiap seorang daripada mereka memberikan fatwa berasaskan riwayat dalam perhatiannya. Tidak dapat disangkal lagi, ta’arudh merupakan masalah ushul dan pengantar bagi ilmu fikah.
Kedua: Sastera Arab
Ilmu ini meliputi ilmu saraf, nahu dan mengenal lafaz makna. Ia adalah salah satu daripada mukadimah ijtihad. Kadang kala ia adalah perselisihan ulama fikah merujuk kepada perselisihan dalam masalah nahu dan saraf. Misalannya seorang mujtahid membaca sesebuah kalimah dalam bentuk marfu’ dan menganggapnya sebagai fa’il. Sedangkan seorang lagi menggolongkan kalimah tersebut sebagai mansub dan maf’ul bagi fi’il. Tidak dapat ditolak lagi perselisihan ini membawa kepada perselisihan dalam hukum dan fatwa.
Ketiga:
Kadangkala, perselisihan fatwa berpunca daripada mengenal makna dan pemahaman lafaz. Misalannya mengenai kalimah hari (يوم) yang wujud dalam kebanyakan riwayat. Di kalangan ahli fikah trdapat berbagai pandangan. Sebahagian mengatakan: Bermula sejak terbit matahari sehingga tenggelam matahari. Sementara sebahagian yang lain meluaskan jarak waktu bagi kalimah tersebut iaitu bermula dari terbit fajar. Perselisihan ini memberi kesan dalam kebanyakan dari hukum hakam fikah dan menyebabkan perselisihan dalam fatwa yang mana kami tidak akan menyebutkannya dalam makalah ini.
Keempat: Ilmu rijal
Di zaman imam maksum ilmu mengenal sanad riwayat, para perawi dan penukil hadis tidak terlalu diperlukan. Ini disebabkan hadis-hadis dan hukum hakam dapat ditanya langsung kepada para imam maksum atau kepada perawi kerana dekatnya mereka dengan imam. Namun di zaman berikutnya, hadis-hadis dinukilkan dengan banyak dan sebahagian pihak bertindak memalsukan hadis. Dari sini, di zaman ghaibah kita memerlukan ilmu mengenal para perawi yang sijahtera dan jujur. Berasaskan perkara tersebut, ilmu rijal telah diasaskan. Ilmu ini menganalisa noktah dhaif dan kekuatan para perawi dalam persanadan hadis. Dalam ilmu ini, riwayat digolongkan dalam kategori muktabar dan tidak muktabar. Berasaskan ilmu ini, kadangkala satu riwayat di sisi mujtahid adalah muktabar dan di sisi yang lain adalah dhaif. Perkara ini menjadi faktor yang sangat penting dalam perselisihan fatwa. Sebagai contoh dalam masalah melihat seorang perempuan penduduk kampung yang biasanya tidak menutup kepala. Sebahagian ahli fikah memberi jawapan yang positif dan percaya bahawa riwayatnya sudah mencapai tahap muktabar. Abbad bin Suhaib berkata: Aku mendengar daripada Imam Ja’far al-Sadiq yang berkata:
لا بَأْسَ بِالنَّظَرِ اِلى رُؤُوسِ اَهْلِ تَهامَة و الاَعْراب و اَهْلِ السَّواد و العَلُوج لِاَنَّهُم اِذا نُهُوا لا يَنْتَهُون
Tidak ada masalah melihat kepala warga tahamah, arab badwi, sawwad (pendalaman) dan ‘aluj. Ini disebabkan tidak ada kesan jika mereka dilarang.
Namun sebahagian ahli fikah berkata: Hadis ini digolong dhaif kerana terhadap Abbad bin Suhaib dalam silsilah sanadnya. Beliau tidak ditsiqahkan dalam ilmu rijal. Oleh itu ulama Syiah mengharamkan perbuatan melihat perempuan seperti ini, sekurang-kurangnya sebagai ihtiyat. (Ahkam bulugh wa taqlid, Sayid Mujtaba Husaini, kod: 3/500019)

Sabtu, 26 November 2016
Ahmed al-Hasan bukanlah orang pertama yang bersandar pada hadis wasiat dalam dakwaannya
Ahmed al-Hasan bukanlah orang pertama yang bersandar pada hadis wasiat
dalam dakwaannya.
Antara peraturan mengenal hujjah ciptaan Ansar
Ahmed ialah kononnya siapa dulu yang membuat dakwaan palsu dengan bersandar pada
hadis wasiat, maka dialah yang empunya urusan.
Maka hujjah ini tidaklah berkesan sedikitpun kerana
hadis wasiat itu dhaif dari segi sanad dan matannya. Lebih-lebih lagi terdapat
hadis wasiat yang lain yang tidak menyebut mahdi-mahdi sedikitpun.
Namun bagi melayani karenah ini, kita dapati ada
keanehan apabila Farhan Al-Ahmedi berkata:
Abuya or sesiapa pun tidak pernah datang menuntut
hadis wasiat ini. Malah hadis ini “tersembunyi” dan tidak dianggap sebagai
hujah oleh sesiapa pun, sehinggalah Ahmed Alhasan mulakan seruan. Jika ada
cubaan keraguan bahawa ada orang lain pernah menuntut, maka keraguan itu tidak
membatalkan fakta bahawa Ahmed Alhasan telah menuntut nas ini.
Pada mulanya dia mendakwa, tidak ada, orang yang
bersandar dengan hujjah ini sehinggalah Ahmed melancarkan propagandanya. Namun
dalam masa yang sama dia berkata kalau ada orang lain terlebih dahulu menuntut
dengan hadis itu, maka itu adalah keraguan dan tidak membatalkan dakwaan Ahmed!
Inilah yang dikatakan teori kitar semula, iaitu
ayam dari telur, dan telur dari ayam yang sama! Tidak ada yang membangunkan kaedah
berhujjah seperti ini kecuali orang yang sudah sakit mental.
Namun bagi menanggapi dakwaan bahawa tidak ada
sesiapa yang menuntut hadis wasiat ini sebelum Ahmed, maka kami membawakan
fakta bahawa sudah ada orang yang menuntutnya sebelum Ahmed melancarkan dakwaannya.
Alireza Peyghan merupakan orang pertama yang
bersandar dengan wasiat dari kitab Ghaybah al-Tusi di kawasan Isfahan dan
beberapa negeri di Iran.
Katanya:
📌💯 و در این زمان ، من ملک سوم خداوند عزوجل ، اسرافیل زمان می باشم و منظور
از آدم ( ع ) ، سید حسینی ( ع ) و قبر امام دوازدهم (ع) میباشد یعنی کسی که این دو
امام را قبول کرد ( اول المومنین )
رسول خدا ( ص ) در این باره فرموده است : برای مهدی ما سه اسم است 1 - محمد
مثل اسم من 2 - احمد و عبدالله مثل اسم پدرم 3- مهدی که او نخستین مومن می باشد
!!!!!!
📒📚 جامع الادله ص 41
Di zaman ini, aku adalah malaikat ke-tiga Allah,
Israfil di zaman ini. Maksud Adam (a.s), ialah Sayid Husaini dan makam imam
ke-dua belas, iaitu orang yang menerima dua imam ini (menjadi orang pertama beriman). Rasulullah bersabda mengenai perkara ini:
Terdapat tiga nama bagi Mahdi kami: 1. Muhammad seperti namaku. 2. Ahmad dan
Abdullah seperti nama bapaku. 3. Mahdi iaitu beliau adalah yang pertama
beriman. Iaitu aku adalah orang pertama beriman dengan Sayid Husaini, meninggal
dunianya beliau dan kubur imam ke-dua belas.
Seperti yang anda saksikan, Alireza merupakan
individu terawal yang bersandar dengan riwayat wasiat ini dan kini Ansar Ahmed
wajib mengangkatnya sebagai mahdi pertama.
Alireza Peyghan merupakan individu yang sesat dan
melancarkan propagandanya di sekitar Iran dan Iraq. Dia pernah meringkuk dalam
penjara pada tahun 6 Mei 1997 di Iraq, dan Isfahan pada tahun 2000.
Jumaat, 25 November 2016
Delusi Ansar Ahmed al-Ḥasan mengenai tiada hadis wasiat yang lain
Nāẓim
al-‛Uqayli merupakan orang pertama yang rapat dengan Aḥmed al-Ḥasan bin Ismail
mendakwa mencabar agar membawa riwayat wasiat selain yang disebut dalam kitab
al-Ghaybah al-Ṭūsī sekiranya hadis wasiat itu dianggap dusta! Kemudian cabaran
ini disambung oleh para pengikut tegarnya di Malaysia yang terkenal tidak akan
memihak kepada kebenaran demi menentang Ahlul Bait (a.s).
Sekiranya
mereka mendustakan riwayat ini, maka datangkanlah riwayat lain yang menyebut
nas wasiat Rasulullah (s.a.w) di malam kewafatan baginda. Dan mereka pasti
tidak akan dapat membawanya selama-lamanya. Ini disebabkan riwayat itu hanyalah
satu semata-mata dan perkara ini menyabitkan kesahihan riwayat wasiat
Rasulullah (s.a.w) secara yakin. Ini adalah miṣḍāq (hakikat di alam nyata) yang
satu bagi ayat sebelum ini. - Nazim al-'Qayli, kitab Difa'an 'an al-Wasiyyah, muka surat 16.
Dakwaan
ini menunjukkan betapa dangkalnya Aḥmed al-Hasan dan ansarnya kerana masih
wujud riwayat wasiat yang ditulis pada malam Khamis dengan menceritakan 12 waṣī
sepeninggalan baginda (s.a.w) agar umat tidak sesat.
یَا طَلْحَهُ أَ لَسْتَ قَدْ شَهِدْتَ رَسُولَ اللَّهِ ص حِینَ دَعَا
بِالْکَتِفِ لِیَکْتُبَ فِیهَا مَا لَا تَضِلُّ الْأُمَّهُ وَ لَا
تَخْتَلِفُ فَقَالَ صَاحِبُکَ مَا قَالَ إِنَّ نَبِیَّ اللَّهِ یَهْجُرُ فَغَضِبَ
رَسُولُ اللَّهِ ص ثُمَّ تَرَکَهَا قَالَ بَلَى قَدْ شَهِدْتُ ذَاکَ قَالَ
فَإِنَّکُمْ لَمَّا خَرَجْتُمْ أَخْبَرَنِی [بِذَلِکَ رَسُولُ اللَّهِ ص وَ]
بِالَّذِی أَرَادَ أَنْ یَکْتُبَ فِیهَا وَ أَنْ یَشْهَدَ عَلَیْهَا الْعَامَّهُ
فَأَخْبَرَهُ جَبْرَائِیلُ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَ جَلَّ قَدْ عَلِمَ مِنَ
الْأُمَّهِ الِاخْتِلَافَ وَ الْفُرْقَهَ ثُمَّ دَعَا بِصَحِیفَهٍ فَأَمْلَى
عَلَیَّ مَا أَرَادَ أَنْ یَکْتُبَ فِی الْکَتِفِ وَ أَشْهَدَ عَلَى ذَلِکَ
ثَلَاثَهَ رَهْطٍ سَلْمَانَ وَ أَبَا ذَرٍّ وَ الْمِقْدَادَ وَ سَمَّى مَنْ
یَکُونُ مِنْ أَئِمَّهِ الْهُدَى الَّذِینَ أَمَرَ اللَّهُ بِطَاعَتِهِمْ إِلَى
یَوْمِ الْقِیَامَهِ فَسَمَّانِی أَوَّلَهُمْ ثُمَّ ابْنِی [هَذَا وَ
أَدْنَى بِیَدِهِ إِلَى] الْحَسَنِ ثُمَّ الْحُسَیْنِ ثُمَّ تِسْعَهً مِنْ وُلْدِ
ابْنِی هَذَا یَعْنِی الْحُسَیْنَ کَذَلِکَ کَانَ یَا أَبَا ذَرٍّ وَ أَنْتَ یَا
مِقْدَادُ فَقَامُوا وَ قَالُوا نَشْهَدُ بِذَلِکَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ص
الإحتجاج على أهل اللجاج)، ج1، ص: ۱۵۴
Wahai
Ṭalḥah, tidakkah engkau bersaksi tatkala Rasulullah (s.a.w) menyeru dibawakan
bahu kambing untuk ditulis padanya agar umat tidak sesat dan berselisih? Lantas
berkatalah sahabatmu sesungguhnya Nabi Allah telah nyanyuk. Maka murkalah
Rasulullah (s.a.w) kemudian baginda meninggalkan hasrat untuk menulis? Jawab Ṭalḥah:
Bahkan iya aku bersaksi akan demikian itu! Berkata Imām ‛Alī: Tatkala engkau
keluar, Rasulullah mengabarkan kepadaku apa yang ingin baginda tulis padanya
dan agar disaksikan orang ramai. Lantas Jibra’il pun mengabarkan baginda Allah
telah mengetahui perselisihan dan perpecahan di kalangan umat. Baginda meminta
lembaran dan menulis kepadaku apa yang ingin ditulis pada bahu kambing. Seramai
tiga orang memberikan kesaksian demikian itu, iaitu Salmān, Abā Dzar dan
al-Miqdād. Baginda pun menamakan orang yang menjadi imām-imām al-hudā yang
Allah wajibkan ketaatan kepada mereka sampai hari kiamat. Maka baginda pun
menamakan aku yang pertama daripada kalangan mereka, kemudian anakku ini,
baginda mengisyaratkan tangannya kepada al-Ḥasan, kemudian al-Ḥusayn, kemudian
sembilan anak-anak daripada anakku ini (iaitu Ḥusayn). Demikiankah adanya wahai
Abā Dzar dan wahai al-Miqdād. Lantas mereka pun bangun dan berkata: Kami
saksikan demikian itu ke atas Rasulullah (s.a.w).
Riwayat
di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah menulis wasiat pada hari Khamis
kerana Imām ‛Alī menjelaskan bahawa ‛Umar mengeluarkan kata-kata nyanyuk kepada
Rasulullah (s.a.w) dan baginda mengusir semua orang keluar.
Sebenarnya
terdapat lagi qarā’in yang lain iaitu pada hari Khamis selepas peristiwa
tuduhan nyanyuk dilempar kepada Rasulullah.
وَ عَنْ سُلَیْمِ بْنِ قَیْسٍ،
قَالَ: سَمِعْتُ سَلْمَانَ یَقُولُ سَمِعْتُ عَلِیّاً عَلَیْهِ السَّلَامُ بعد مَا
قَالَ ذَلِکَ الرَّجُلُ مَا قَالَ وَ غَضِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَیْهِ وَ آلِهِ وَ دَفَعَ الْکَتِفَ-: أَلَا نَسْأَلُ رَسُولَ اللَّهِ عَنِ
الَّذِی کَانَ أَرَادَ أَنْ یَکْتُبَ فِی الْکَتِفِ مِمَّا لَوْ کَتَبَهُ لَمْ
یَضِلَّ أَحَدٌ وَ لَمْ یَخْتَلِفْ اثْنَانِ فَسَکَتُّ حَتَّى
إِذَا قَامَ مَنْ فِی الْبَیْتِ وَ بَقِیَ عَلِیٌّ وَ فَاطِمَهُ وَ الْحَسَنُ وَ
الْحُسَیْنُ عَلَیْهِمُ السَّلَامُ وَ ذَهَبْنَا نَقُومُ أَنَا وَ صَاحِبِی أَبُو
ذَرٍّ وَ الْمِقْدَادُ، قَالَ لَنَا عَلِیٌّ عَلَیْهِ السَّلَامُ: اجْلِسُوا. ...، ادْعُ لِی بِصَحِیفَهٍ». فَأَتَى بِهَا.،
فَأَمْلَى عَلَیْهِ أَسْمَاءَ الْأَئِمَّهِ
الْهُدَاهِ مِنْ بَعْدِهِ رَجُلًا رَجُلًا وَ عَلِیٌّ عَلَیْهِ السَّلَامُ
یَخُطُّهُ بِیَدِهِ. وَ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَیْهِ وَ آلِهِ: إِنِّی أُشْهِدُکُمْ أَنَّ أَخِی وَ وَزِیرِی وَ
وَارِثِی وَ خَلِیفَتِی فِی أُمَّتِی عَلِیُّ بْنُ أَبِی طَالِبٍ، ثُمَّ الْحَسَنُ
ثُمَّ الْحُسَیْنُ ثُمَّ مِنْ بَعْدِهِمْ تِسْعَهٌ مِنْ وُلْدِ الْحُسَیْنِ.
کتاب سلیم بن قیس الهلالی، ج2،
ص: ۸۷۷
Diriwayatkan daripada Sulaym bin Qays yang berkata: Aku mendengar bahawa
Salmān berkata, aku mendengar ‛Alī (a.s) berkata: Selepas lelaki itu berkata sehingga Rasulullah (s.a.w) murka
dan tulang bahu kambing diberikan:
Tidakkah kita diminta oleh
Rasulullah mengenai apa yang ingin ditulis pada tulang bahu kambing yang
sekiranya baginda menulisnya, nescaya tidak sesat seorangpun dan tidak
berselisih dua orang pun.
Maka aku diam sehingga orang di dalam rumah bangkit dan yang tinggal ialah
Amīr al-Mu’minīn, Fāṭimah, Ḥasan dan Ḥusayn (a.s). Akū dan dua sahabatku Abū
Dzar dan Miqdād junga ingin bangun lantas ‛Alī (a.s) berkata:
Beliau ingin bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) dan kami mendengar…. Mereka
membawakan lembaran kertas kepada baginda. Nabi (s.a.w) menyatakan satu per
satu nama-nama para imām yang membawa hidayah selepas baginda dan ‛Alī (a.s)
menulis dengan tangannya. Lantas baginda bersabda: Aku bersaksi ke atas kalian bahawa saudaraku, wazīrku, pewarisku dan
khalifahku ke atas umatku, ialah ‛Alī bin Abī Ṭālib, kemudian al-Ḥasan,
kemudian al-Ḥusayn, kemudian Sembilan orang dari anak cucu al-Ḥusayn.
-
Kitāb Sulaym bin Qays al-Ḥilāli, jilid 2 muka surat 877
Sekarang,
amat mudah kita menyabitkan:
Pertama: Hadis penulisan wasiat mengenai urusan hujjah ummat supaya umat tidak tersesat wujud dalam riwayat lain tanpa menyebut wujudnya mahdi-mahdi
Kedua: Dakwaan ansar bahawa terdapat
satu-satunya riwayat wasiat ini terbatal
Ketiga: Dakwaan kononnya Ahmed yang pertama menuntut urusan ke
atas dirinya dengan bersandar kepada hadis wasiat meragukan kerana terdapat
hadis wasiat lain yang tidak menyebut mahdi-mahdi.
إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Sesunguhnya
keraguan tidak memenuhi kebenaran
sedikitpun.
Langgan:
Catatan (Atom)