Ahmed al-Hasan bukanlah orang pertama yang bersandar pada hadis wasiat
dalam dakwaannya.
Antara peraturan mengenal hujjah ciptaan Ansar
Ahmed ialah kononnya siapa dulu yang membuat dakwaan palsu dengan bersandar pada
hadis wasiat, maka dialah yang empunya urusan.
Maka hujjah ini tidaklah berkesan sedikitpun kerana
hadis wasiat itu dhaif dari segi sanad dan matannya. Lebih-lebih lagi terdapat
hadis wasiat yang lain yang tidak menyebut mahdi-mahdi sedikitpun.
Namun bagi melayani karenah ini, kita dapati ada
keanehan apabila Farhan Al-Ahmedi berkata:
Abuya or sesiapa pun tidak pernah datang menuntut
hadis wasiat ini. Malah hadis ini “tersembunyi” dan tidak dianggap sebagai
hujah oleh sesiapa pun, sehinggalah Ahmed Alhasan mulakan seruan. Jika ada
cubaan keraguan bahawa ada orang lain pernah menuntut, maka keraguan itu tidak
membatalkan fakta bahawa Ahmed Alhasan telah menuntut nas ini.
Pada mulanya dia mendakwa, tidak ada, orang yang
bersandar dengan hujjah ini sehinggalah Ahmed melancarkan propagandanya. Namun
dalam masa yang sama dia berkata kalau ada orang lain terlebih dahulu menuntut
dengan hadis itu, maka itu adalah keraguan dan tidak membatalkan dakwaan Ahmed!
Inilah yang dikatakan teori kitar semula, iaitu
ayam dari telur, dan telur dari ayam yang sama! Tidak ada yang membangunkan kaedah
berhujjah seperti ini kecuali orang yang sudah sakit mental.
Namun bagi menanggapi dakwaan bahawa tidak ada
sesiapa yang menuntut hadis wasiat ini sebelum Ahmed, maka kami membawakan
fakta bahawa sudah ada orang yang menuntutnya sebelum Ahmed melancarkan dakwaannya.
Alireza Peyghan merupakan orang pertama yang
bersandar dengan wasiat dari kitab Ghaybah al-Tusi di kawasan Isfahan dan
beberapa negeri di Iran.
Katanya:
📌💯 و در این زمان ، من ملک سوم خداوند عزوجل ، اسرافیل زمان می باشم و منظور
از آدم ( ع ) ، سید حسینی ( ع ) و قبر امام دوازدهم (ع) میباشد یعنی کسی که این دو
امام را قبول کرد ( اول المومنین )
رسول خدا ( ص ) در این باره فرموده است : برای مهدی ما سه اسم است 1 - محمد
مثل اسم من 2 - احمد و عبدالله مثل اسم پدرم 3- مهدی که او نخستین مومن می باشد
!!!!!!
📒📚 جامع الادله ص 41
Di zaman ini, aku adalah malaikat ke-tiga Allah,
Israfil di zaman ini. Maksud Adam (a.s), ialah Sayid Husaini dan makam imam
ke-dua belas, iaitu orang yang menerima dua imam ini (menjadi orang pertama beriman). Rasulullah bersabda mengenai perkara ini:
Terdapat tiga nama bagi Mahdi kami: 1. Muhammad seperti namaku. 2. Ahmad dan
Abdullah seperti nama bapaku. 3. Mahdi iaitu beliau adalah yang pertama
beriman. Iaitu aku adalah orang pertama beriman dengan Sayid Husaini, meninggal
dunianya beliau dan kubur imam ke-dua belas.
Seperti yang anda saksikan, Alireza merupakan
individu terawal yang bersandar dengan riwayat wasiat ini dan kini Ansar Ahmed
wajib mengangkatnya sebagai mahdi pertama.
Alireza Peyghan merupakan individu yang sesat dan
melancarkan propagandanya di sekitar Iran dan Iraq. Dia pernah meringkuk dalam
penjara pada tahun 6 Mei 1997 di Iraq, dan Isfahan pada tahun 2000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan