Salah satu channel agama di telegram bernama Nedayeshia menyifatkan kumpulan tersebut menjatuhkan imej para pengikut Ahlul Bait (a.s) di mata masyarakat awam setelah media massa tempatan cuba mengaitkan kumpulan ini dengan mazhab Syiah.
Selain itu, channel tersebut turut murka apabila mendapati sebuah akhbar tempatan mendedahkan penemuan senjata logam buku lima dalam serbuan di Telok Mas, sedangkan kebiasaan Husainiyah Syiah Imamiyah menyimpan al-Qur'an dan kitab.
Chennel Nedayeshia menyatakan:
Ansar Ahmed Basri merupakan kumpulan samseng yang berselindung di sebalik Syiah.
Ansar Ahmed Basri menjatuhkan imej Syiah.
Laporan-laporan berita Malaysia menyiarkan gambar Husainiyah Ansar Ahmed Basri yang menyimpan alat senjata membunuh.
Kumpulan Ansar Ahmed Basri adalah samseng yang bertujuan menjatuhkan imej para penanti Imam Zaman (a.f) dengan berselindung di sebalik Syiah.
Senjata logam buku lima yang ditemui dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai menjadi markaz pengikut Ahmed al-Hasan di Telok Mas, Melaka
Kesimpulan:
Penemuan ini menguatkan analisa ilmiah dalam blog ini bahawa kumpulan Ahmed al-Basri adalah menjurus ke arah militan.
Pautan:
[Video] Penemuan senjata di pusat gerakan Ansar Ahmed di Telok Mas, Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan