Isnin, 14 November 2016

Ahmed bin Ismail al-Hasan mengaku sebagai imam ke-13

Walaupun kumpulan Yamani palsu berkali-kali menafikan 12 imam bukanlah 12 mahdi, namun Ahmed bin Ismail al-Hasan sendiri mengaku bahawa dirinya juga adalah imam ke-13! 

Lihat bukunya yang berjudul al-Mutashabihat, jilid ke-empat, muka surat 73:





"Ini disebabkan al-Mahdi pertama daripada kalangan mahdi-mahdi juga terhitung sebagai para imam, sebagaimana dalam riwayat daripada mereka (a.s), yang dianggap sebagai para imam dari dua belas orang anak cucu Ali dan Fathimah (a.s)"

Justeru itu, perbezaan ketara antara Syiah Ja'fari/Imamiyyah dengan aliran Ahmed ini ialah jumlah imam, iaitu Syiah ada 12 imam sementara pengikut ajaran Ahmed ada 24 imam.

Namun apakah hukumnya mendakwa ada imam yang ke 13? Ahlul Bait (a.s) juga telah memberi peringatan murtadnya orang yang mendakwa ada imam ke-13 dan selebihnya! Di dalam kitab al-Ghaybah Sheikh al-Tusi, Imam al-Sadiq (a.s) berkata:


َ قَائِلٍ‏ يَمْرُقُ‏ بِقَوْلِهِ إِنَّهُ يَتَعَدَّى إِلَى ثَالِثَ عَشَرَ فَصَاعِداً
الغيبة (للطوسي)/ كتاب الغيبة للحجة، النص، ص: 170


"orang yang berkata ada imam yang lebih sampai 13 orang dan selanjutnya, hukumnya terkeluar dari agama."

Oleh itu kekafiran Ahmed bin Ismail tidak diragukan lagi, bagaimanakah pula nasib para pengikutnya yang sudah taksub? Apabila mereka berbai'ah, maka hampir tidak ada ruang lagi untuk mereka bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Pautan:

Jumlah para Imam ialah 12 orang, bukan 13 seperti yang didakwa

Imam Mahdi penutup hujjah Allah

Barangsiapa yang membuat dakwaan akan dihimpun bersama iblis dan tenteranya

Ahmed Ismail akan dihimpunkan bersama iblis dan tenteranya

Kekafiran Ahmed bin Isma'il al-Hasan
http://almahdiyoon.blogspot.my/2016/10/kekafiran-ahmed-bin-ismail-al-hasan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan