Sabtu, 12 November 2016

Percanggahan dalam matan riwayat wasiat


Dalam menilai sesuatu hadis, kita akan meneliti sanad dan matannya untuk menentukan kesahihannya sebagai kata-kata imam Ahlul Bait (a.s).

Sekiranya kita menyorot sepintas lalu matan riwayat yang dinamakan sebagai hadis wasiat oleh pengikut Ahmed bin Ismail, dari kitab al-Ghaybah karangan Sheikh al-Tusi, nescaya kita akan dapati percanggahan yang dahsyat dalam hadis yang menjadi tulang belakang ajaran Ahmed bin Ismail ini.

Dalam hadis tersebut, Nabi (s.a.w) bersabda:

فأنت يا علي أول الاثني عشر إماماً سمَّاك الله تعالى في سمائه: عليا المرتضى وأمير المؤمنين, والصدِّيق الأكبر, والفاروق الأعظم, والمأمون, والمهدي, فلا تصح هذه الأسماء لأحد غيرك

Wahai Ali, engkau adalah yang pertama daripada dua belas Imam. Allah menamakanmu di langitNya: Ali al-Murtaḍā, Amīr al-Mu’minīn, Ṣiddīq al-Akbar, Fārūq al-Aʽẓam, Ma’mūn, dan al-Mahdī. Tidak sah nama ini untuk sesiapapun kecuali kamu.

Dalam teks riwayat ini, al-Mahdi adalah gelaran bagi Amirul Mu'minin, dan tidak sah untuk orang lain. Namun tidak semena-mena dalam teks riwayat yang sama ada menyebut mahdi-mahdi:

ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا

Kemudian akan ada setelah daripadaku dua belas orang mahdi. 


Jesteru itu terdapat percanggahan dalam teks riwayat yang sama. Namun pengikut Ahmed bin Ismail akan bermati-matian cuba mempertahankan kesilapan ini melalui takwil mereka kerana inilah tunjang asas pegangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan