Jumaat, 18 November 2016

Mimpi bukan dalil dalam akidah



Ahmed bin Ismail dalam buku aqa’id al-Islam berkata, mimpi bukanlah dalil dalam agama Allah samada untuk akidah mahupun syariat.

Kesimpulannya apakah mimpi menguatkan nas atau nas menolak mimpi?

Pejabat dan penyokong Ahmed bin Ismail al-Māriqīn, pengaku Yamani mendakwa salah satu dalil kebenaran seruannya ialah mimpi ketika tidur.

Dalam status facebooknya, Ahmed menakwilkan hal ehwal mimpi seperti berikut:



“Tidak ada seseorang yang memikul tanggungjawab mengikuti khalifah Allah dengan membangunkan takwil dan istinbat hukum hakam fikah atau akidah yang berasal dari mimpi, riwayat, kata-kataku dan nas agamaku. Perbuatan ini adalah sesat dalam kesesatan.”

Barangsiapa yang mendakwa bahawa ia mampu manakwil dan mengenal hukum hakam, atau akidah dari nas agamaku atau dari mimpi atau sepertinya tanpa merujuk kepada kami dan pertanyaan kami, kemudian menyeru manusia untuk mengambil kata-katanya, atau dari jalan bid’ah dari dirinya seperti imam yang diikuti, maka ini adalah kesesatan dari agama Allah, khalifahNya. Hendaklah ia kembali darinya dan mensahihkan jalannya sekiranya ia mukmin dan mengikuti Ahlul Bait.”

Mengenai kedudukan mimpi, katanya lagi:

Kedudukan mimpi dalam agama ialah menegaskan nas ke atas imam dan khalifah yang telah dinaskan ke atasnya (Sebagaimana dalam wasiat Rasulullah Muhammad di malam kewafatan baginda), akidah, hukum hakam syariah, yang diambil daripada khalifah Allah. Bukannya mengambil akidah baru dari mimpi dan bukan juga mengambil hukum hakam fikah yang baru dari mimpi. Barangsiapa yang membawa mimpi kepada kamu dan menginginkan demikian ini, maka tamparlah wajahnya tanpa kasih sayang dan kemuliaan. Demikianlah walau masih ada ruang untuk berbincang samada ia benar atau dusta, atau mimpinya daripada Allah mahupun syaitan, atau daripada hawa nafsu.”

Demikianlah yang anda saksikan dalam ucapan Ahmed Ismail:

  1. Hanya imam maksum yang dapat menakwilkan mimpi tentang perbahasan akidah dan hukum hakam fikah.
  2. Ahmed Ismail menegaskan mimpi untuk dirinya berasaskan nas, andainya kita menerima terdapat nas, maka ia masih memerlukan kemaksuman sehingga dapat menakwilkan mimpinya. Namun hingga kini kita masih belum mempunyai bukti kemaksuman Ahmed!

Oleh itu, mimpi tidak mempunyai tempat untuk menyabitkan dakwaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan