Ansar Ahmed bin Ismail berkata, tidak ada yang mengaku dengan wasiat
nabi melainkan pemiliknya dan ia terpelihara dari kesesatan. Ini disebabkan
barangsiapa yang mendakwa, maka ia adalah pemilik urusan tersebut berasaskan 3
dalil:
Pertama: Hukum akal mengatakan sekiranya orang yang bukan pemilik urusan
tersebut membuat dakwaan, maka ini melazimkan nisbah kejahilan bagi Allah.
Hakikatnya Allah melalui perantara Rasul menyatakan pemilik urusan itu sudah
tentu bebas dari kesesatan.
Kedua: Ayat al-Qur’an menegaskan bahawa sekiranya Rasulullah bersabda secara
dusta dengan memperalatkan nama Allah, sudah tentu Allah menyentap nyawa
baginda. Dalilnya ialah dari surah al-Haaqah:
[44] Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu)
mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, - [45]
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, - [46] Kemudian
sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan
serta-merta); (surah al-Haaqah)
Ketiga: Matan riwayat maksumin menyatakan: Urusan ini tidak akan dituntut oleh
sesiapapun melainkan pemiliknya. Sekiranya tidak, maka Allah akan menyusutkan
umurnya sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat al-kafi, jilid 1 muka surat
373
Oleh itu Ahmad bin Ismail adalah pemilik urusan dan wasiat ini.
Jawapan:
Hendaklah kita berkata, sekiranya orang itu tidak ada agama, paling
kurang ia akan bebas berkata-kata sedemikian rupa.
Terdapat tiga jawapan yang lebih cerah dari tengahari:
1. Kami nyatakan di sini, paling kurang bacalah dan fahamilah sabda
Rasulullah dengan bacaan yang sahih supaya tidak terjebak dalam argumen lucu
ini.
Apabila Nabi bersabda berikanlah aku pen dan kertas supaya aku dapat
menulis wasiat yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.
Maknya sabda Nabi cukup jelas, iaitu sekiranya kamu beramal dengan
wasiatku secara sahih, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Bukannya
kertas dan pen itu yang tidak menyebabkan kamu sesat.
Namun semua orang yang waras pasti mengetahui bahawa kertas tidak
memberikan kesan kepada kesesatan.
Kedua: Kedua-dua Syiah dan Sunni menerima fakta bahawa apabila Nabi
memerintahkan pen dan kertas dibawa kepadanya, khalifah kedua membantah sehingga
wasiat tersebut tidak ditulis. Oleh itu riwayat yang menyatakan Rasulullah menyatakan
wasiat adalah dhaif dari segi sanadnya dan tidak boleh dinisbahkan kepada
Rasulullah. Dalam kitab Sulaim bin Qais al-Hilali menjelaskan setelah khalifah
kedua mencetuskan bantahan itu, semua orang diusir melainkan orang tertentu dan
nabi memberikan wasiat kepada mereka ini.
2. Dalil al-Qur’an yang dijadikan alasan mereka sebenarnya menjelaskan
bahawa Nabi sentiasa berbicara benar. Perkara ini diterima dan laknat Allah ke
atas orang yang memungkirinya. Namun firman Allah ini tidak berkaitan dengan argument
pengikut Ahmed bin Ismail.
3. Pendeknya umur orang yang mengaku urusan imamah. Imam Ja’far al-Sadiq
berkata:
«إن هذا الأمر لا يدعيه غير صاحبه إلا تبر الله عمره».
Tidak ada yang mendakwa ke atas urusan ini melainkan Allah pendekkan
umurnya.
Jawapan pertama: Riwayat ini khusus untuk orang yang mengaku dalam
isu Imamah dan tidak ada kaitan dengan dakwaan Yamani dan mahdi-mahdi kecuali
Ahmed bin Ismail sendiri mengaku dirinya sebagai imam yang wajib ditaati.
Jawapan kedua: Meskipun demikian, sebenarnya kalimah bahawa Allah
memendekkan umur pendakwa dusta sebenarnya menunjukkan tentang azab Allah di
dunia ini. Umur pendek itu diibaratkan janji Allah terhadap para rasul yang dikatakan
menyeleweng firman Allah (padahal mereka tidak demikian).
«وَلَوْ تَقَوَّلَ
عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ ثُمَّ لَقَطَعْنَا
مِنْهُ الْوَتِينَ».
[43] (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [44] Dan
kalaulah mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
[45] Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, - [46] Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya;
Demikian juga firman Allah:
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا
Demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras.
Ketiga: Sepanjang sejarah terdapat banyak para pendakwa imamah yang mempunyai
umur panjang. Sebagai contoh:
1. Mulla Arashi Kashani pada tahun 850 Hijrah telah mendakwa sebagai Imam
Mahdi dan terbunuh pada tahun 880 Hijrah. Beberapa rekod sejarah mencatatkan
jasadnya dibakar. Maka ia mempunyai umur selama 30 tahun.
2. Pada tahun 840 Hijrah, ketua ajaran Musha‛shi‛iyyah yang diasaskan oleh Sayid Muhammad Musha‛shi‛ telah berjaya menegakkan
kerajaan Musha‛shi‛in dengan membuat pengakuan dalam isu mahdawiyyat. Dia
terbunuh dalam tahun 870 Hijrah, dan pengakuan Mahdawiyyatnya selama 30 tahun.
3. Mirza Ahmad Qadiyani mendakwa mahdawiyyat dalam tahun 1839 Masihi dan
menemui ajal pada tahun 1908. Dia mendakwa mahdawiyyat selama 57 tahun.
Hingga kini, sudah ada beberapa individu yang mendakwa Imamah dan turut
mempunyai umur yang panjang seperti berikut.
Dalam kurun ke-dua:
1⃣صالح بن طریف
2⃣ابو العباس سفاح
3⃣عبد الله بن معاویه
4⃣ابو مسلم امین آل محمد
5⃣ابن مقنع
Dalam kurun ke-tiga:
1⃣محمد بن الحسن المهدی
2⃣ابو محمد عبد الله مهدی
3⃣ابومحمد شریعی
4⃣محمد بن نصیر نمیری
Dalam kurun ke-empat:
1⃣حاکم بامر الله
Dalam kurun ke-enam:
1⃣ابن تومرت
2⃣ابو عبد الله مغربی
در قرن هفتم:
1⃣عباس الریفی
2⃣محمد قرمانی
Dalam kurun ke-lapan:
1⃣الرجل الجبلی
2⃣توزری
3⃣الرجل الطرابلسی
Dalam kurun ke-sembilan:
1⃣سید محمد مشعشع
2⃣الشیخ شمس الدین محمد الفریانی بن احمد
المغربی
3⃣شیخ عبدالقدیر بخارایی
1⃣میرزا بخلی
2⃣ملا عرشی کاشانی
Dalam kurun ke-sepuluh:
1⃣محمد جونپوری
2⃣سید محمد نوربخش خراسانی
3⃣سید محمد مشهدی
4⃣موسی کردی
5⃣ابو الکرم دارانی
6⃣شیخ علایی
7⃣الشیخ المغربی
8⃣الرجل المصری
9⃣محمد بن عبدالله نفس زکیه
Dalam kurun ke-sebelas:
1⃣احمد بن عبد الله محلی
2⃣عبدالله عجفی
در قرن دوازدهم:
1⃣بنگالی هندی
2⃣محمد بن احمد سودانی
3⃣شیخ سعید یمانی
Dalam kurun ke-dua belas:
1⃣میرزا غلام احمد قادیانی
2⃣محمد احمد
3⃣میرزا طاهر
4⃣میرزا حسن همدانی
5⃣سید موسوی
6⃣سید محمدهمدانی
7⃣میرزا مشتاق علی شیرازی
8⃣با یزید ترکمانی
9⃣یوسف خواجه
0⃣1⃣محمد امزیان در شمال آفریقا
1⃣1⃣محمت ترکیه
2⃣1⃣احمد بارِلوی در هند
Semua ini adalah ringkasan nama-nama pendakwa mahdawiyyat yang
bertahun-tahun lamanya menyeru masyarakat ke arahnya.
Barangkali Ahmed bin Ismail berkata, tidak ada daripada kalangan mereka
yang tidak membaca wasiat yang boleh mendatangkan bala sekiranya tidak mereka
memperalatkan wasiat tersebut. Sebagai jawapan Imam Ja’far al-Sadiq tidak
mengisyaratkan wasiat dan hanya yang mendakwa urusan imamah akan mendapat
bencana. Oleh itu, berasaskan kesaksian sejarah, banyak individu yang mengaku
imamah dan mempunyai umur yang panjang.
Tambahan lagi sekiranya kita menerima keraguan pengikut Ahmed ini, iaitu
umur pendakwa mahdawiyyat menjadi singkat, maka kita perlu bertanya, dari mana
kamu tahu bahawa Ahmed bin Ismail masih hidup? Boleh jadi sekarang ini ada
orang lain yang mengaku sebagai Ahmed dan mengeluarkan kenyataan. Lebih-lebih
lagi terdapat pergaduhan besar antara pengikut Ahmed gara-gara pejabat Bendera
Putih di Najaf masuk campur dalam pernyataan-pernyataan Ahmed di facebook. Ini
menunjukkan ada kemungkinan individu lain yang berpura-pura berlakon sebagai
Ahmed.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan