Isnin, 31 Oktober 2016

Pengakuan skandal seks di dalam pejabat White Banner di Najaf

Apabila terjadi pergolakan dalaman kumpulan pengikut Ahmed bin Ismail al-Hasan al-Basri, maka terjadilah laknat sesama mereka dan terbongkarlah berbagai aib termasuk skandal pemaksaan seks di kalangan pengikut mereka. Sila tonton video berikut:



Ahad, 30 Oktober 2016

Setiap bai'ah sebelum kemunculan al-Qa'im dihukum kafir

Terdapat riwayat Ahlul Bait yang menghukum kafir bagi orang yang memberikan bai'at sebelum kezuhuran al-Mahdi (a.s):


Imam berkata: Wahai Mufaddal, setiap bai'at sebelum kezuhuran al-Qa'im adalah kafir, nifaq, dan dusta. Laknat Allah ke atas orang yang melakukan pembai'atan dan laknat Allah ke atas orang yang memberi bai'at. Bahkan wahai Mufaddal, al-Qa'im bersandar ke dinding Kaabah.

Namun Ahmed bin Ismail bercanggah dengan arahan imam ini:


Dalam pernyataan bertarikh 13 Rejab, Ahmed bin Ismail al-Hasan al-Basri berkata:

Setiap orang yang tidak bergabung dengan seruan ini dan mengumumkan bai'ah kepada washi Imam Mahdi (a.s) setelah 13 Rejab 1425 yang bersamaan dengan 29 September 2004, maka ia:

1. Terkeluar dari Wilayah Ali bin Abi Talib (a.s), dengan ini ia masuk ke dalam neraka, seburuk-buruk tempat masuk dan semua amalan ibadahnya batal sama sekali, tidak kira samada haji, solat, puasa, zakat dan wilayahnya.


Rujukan: https://web.archive.org/web/20140821094834/http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=259

Perhatian: Halaman tersebut telah tiada dalam internet, tapi masih boleh dijejak dengan web.archive.org

Kesimpulan:
Ahmed dan kumpulannya telah kafir dan dilaknat oleh Allah!

Jumaat, 28 Oktober 2016

Anggota militan Khalk (MEK) dalam kumpulan pengganas Ahmed al-Hasan



Salah satu perkata penting yang perlu diteliti dalam kumpulan pengganas Ahmed al-Hasan al-Basri ialah latar belakang pemimpinnya.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, kumpulan ini telah mempunyai hubungan dengan ejen perisikan Saddam dan al-Qaeda, melancarkan pemberontakan bersenjata untuk membunuh ulama Syiah di Najaf pada tahun 2008 sehingga menyebabkan kematian hampir 80 jiwa, namun bahayanya tidak terhenti di situ jua.

Kini terbongkar pula identiti seorang pemimpin mereka yang berasal dari kumpulan militan Munafiqin Khalk (Mujahadeen-e-Khalq/MEK) yang menyelia strategi ilmu dan gerakan kumpulan ini.

Pada mulanya, individu bernama Isa Mazreavi dan Ali Zulfiqar dikesan telah menyebarkan ajaran Ahmed al-Hasan di Ahwaz, Iran. Namun hasil risikan mendapati, individu yang bertanggung jawab menjadi dalang dalam membentuk dan mengatur kumpulan ini di Iran ialah Hossein Mousavi, seorang warga Sarab, Azerbaijan Timur, Iran. Kewujudan Mousavi menyebabkan kumpulan ini telah bergerak aktif.

Siapakah Mousavi?
Lelaki ini pernah menuntut ilmu di Madrasah Hujjatiyah, Qom selama empat tahun. Namun setelah revolusi Islam Iran mencapai kemenangan, dia secara rasmi bergabung dengan kumpulan pengganas Khalk.

Dalam satu tempoh yang lama, Hossein Mousavi bergiat aktif dalam kem Ashraf (Pengkalan tentera Khalk di Diyala, Iraq) dan menjadi penyelidik ilmu serta pengurus harta di sana. Selepas itu, dia dikirim ke pengkalan pengganas Khakl di Stockholm dan menetap di sana selama 20 tahun untuk berkhidmat dalam penyelidikan dan pengurus harta.

Pada tahun 1997, dia berjaya mendapat izin daripada kerajaan Iran untuk kembali ke tanahairnya dan memulakan proganda terbaru secara rahsia. Namun keluarganya masih berada di Sweden dan tidak pernah kembali ke Iran.

Pada tahun 2011, Massoud Rajavi (Presiden MEK) mengarahkannya untuk bergiat aktif dalam kumpulan Ahmed al-Hasan al-Basri. Dengan itu ia mendapat kedudukan khas dari pejabat al-Yamani bendera putih di Najaf dan dilantik menjadi pengurus kumpulan ini di Iran. Pejabatnya di Najaf telah memberikan segala kelengkapan dana dan keperluan lain untuk melancarkan propaganda.

Mousavi pun bertukar menjadi orang yang paling penting dan kepala penyelidik kumpulan ini di Iran.

Pada suatu ketika, seorang anggota militan Yamani bernama Ali Ghuraifi yang menjadi ketua di Najaf berpaling tadah dan berpihak kepada kumpulan al-Yamani bendera hitam sambil membongkar skandal pejabat bendera putih di Najaf.

Mousavi pernah ditangkap di Iran, menjalani hukuman penjara dan sekarang sudah bebas serta masih meneruskan misinya.

Demikianlah serba ringkas rekod pengkhianatan Mousavi terhadap Syiah dalam pembabitannya dengan kumpulan Khakl, sekaligus mengkhianati Islam, Syiah, dan umat.

Pautan:



.

Khamis, 27 Oktober 2016

Kekafiran Ahmed bin Isma'il al-Hasan

Ahmed bin Ismail telah dihukum sebagai kafir menurut riwayat Ahlul Bait. Ini disebabkan ia mengaku dakwaan yang tidak dilakukan oleh Yazid, iaitu menisbahkan keturunannya kepada Rasulullah, padahal bukanlah ia berketurunan Rasulullah.

Imam Ali Zainul Abidin di dalam perkarangan istana di Sham mengemukakan hujjah terhadap Yazid. Beliau berkata kepada Yazid:


محمد هذا ص جدي ام جدك يا يزيد ؟؟ فان زعمت جدك فقد كذبت وكفرت

Wahai Yazid! Muhammad ini datukku atau datukmu? Sekiranya engkau berkeyakinan bahawa baginda adalah datukmu, maka engkau telah berdusta dan kafir.


Lihat di sini Imam Zainul Abidin meletakkan kaedah untuk setiap orang yang mendakwa dirinya dengan Nabi adalah pendusta dan kafir.


Ahlul Bait menegaskan khalifah Allah harus tahu semua bahasa

Ahmed bin Ismail al-Hasan al-Basri,  mendakwa tidak ada dalil bahawa khalifah Allah boleh berbicara semua bahasa! 





Sebahagian orang percaya, sifat lazim bagi khalifah Allah di muka bumiNya ialah mengetahui semua bahasa, kepercayaan ini adalah batil dan tiada dalil- Aqaid al-Islam, Ahmed al-Hasan, muka surat 197

Padahal kata-katanya bercanggah dengan riwayat-riwayat Ahlul Bait (a.s)! Sila rujuk di sini:



Bahkan ada kitab khusus yang membawa 40 riwayat Ahlul Bait yang menceritakan bahawa khalifah Allah harus tahu semua bahasa!:


Fakta ini memusnah seluruh kepalsuan konsep kemaksuman Ahmed manakala para pengikutnya hanyalah terdiri daripada golongan jahil dan penentang Ahlul Bait (a.s).

Memang benar, Ahmed berkata demikian untuk mempengaruhi para pendukungnya yang dungu kerana kalau pemimpin militan ini keluar, sudah tentu dia akan diuji untuk bercakap dalam banyak bahasa.



Selasa, 25 Oktober 2016

Ahmed al-Hasan berhujjah dengan Injdil Barnaba yang tidak muktabar menurutnya



Pendustaan dan percanggahan Ahmed bin Ismail terbongkar lagi. Di dalam kitab Ma'a Abd al-Salih, jilid pertama, muka surat ke 64, dia berkata:

في انجيل برنابا فهنام تصريح من عيسى ع انه جاء يبشر بمحمد 
مع العبد الصالح الجزء الاول صفحة 64 

  Di dalam Indjil Barnaba, Fahnam menyatakan daripada Isa (a.s) bahawa ia datang memberikan kabar gumbira tentang nabi Muhammad (s.a.w).

Namun kata-kata Ahmed bin Ismail yang mengaku maksum ini bercanggah dengan kata-katanya di dalam kitab al-'Ijl, muka surat 30:

ان انجيل برنابا المتداول هو انجيل مكذوب مائة بالمائة و لايمكن ان يحتج به مسلم على المسيحيين ... ما يسمى انجيل برنابا مجرد لعبة بخدع بها المتاسلمون انفسهم ولا هو فلا قيمة تاريخية له ولا يمكن ان يحتج به عاقل على المسيحيين فكيف يحتج بكتاب لا اصل له

Adapun sesungguhnya Indjil Barnaba yang dikenali secara meluas ialah Indjil dusta seratus peratus. Tidak mungkin dijadikan argumen oleh Muslim ke atas Kristian... Apa yang dinamakan Injdil Barnaba secara langsung merupakan tipu daya orang yang mengaku Muslim sendiri, bukanlah ia daripada Muslim yang sebenar dan tidak pula Indjil Barnaba ada nilai sejarah, tidak mungkin dapat dijadikan argumen oleh orang yang berakal kepada orang Kristian. Bagaimana mungkin berhujjah dengan kitab yang tidak ada asasnya?

Masih adakah pengikut Ahmed yang waras? Mungkin dana yang besar dari Tel Aviv tampak berkilau di mata mereka sehingga sanggup terkeluar dari Wilayah Ali bin Abi Talib.






Isnin, 24 Oktober 2016

Bukti kumpulan militan Ahmed al-Hasan mengkafirkan golongan lain

Sebelum ini kami telah membongkar bahawa kumpulan militan Ahmed al-Hasan mengkafirkan golongan lain. Lihat bukti di sini: Muslim yang tidak berbai'ah kepada Ahmed al-Hasan adalah kafir

Demikian itu adalah pengkafiran golongan lain dari perspektif ajaran Ahmed al-Hasan, namun mari kita lihat pula pengkafiran golongan lain dari sisi ritual kumpulan ini.

Dalam upacara memberikan bai'at kepada Ahmed al-Hasan, ahli-ahli baru sel militan al-Yamani akan melafazkan kalimah syahadah seperti berikut:



Link (2016/10/25): http://www.eramahdi.net/2014/08/10/cara-berbaiah-kepada-imam-ahmad-al-hasan-al-yamani-a-s/

Tahukah anda, mengucap dua kalimah syahadah itu bermaksud sebelum ini anda telah kafir, setelah berbai'at barulah masuk Islam! Kemudian upacara mandi taubat dilangsungkan, padahal dalam fikah, orang yang baru masuk Islam juga harus mandi seperti mandi wajib!

Ahmed al-Hasan: Aku seorang hamba yang keji dan kafir

Buat pertama kali Ahmad bin Isma'il Kati' berbicara dengan jujur mengenai dirinya. Tatkala memperkenalkan diri, dia berkata akulah hamba yang hina, yang khasis.

Tahukah anda apa makna Khasis? ia bermakna yang hina dina, keji, tidak berguna dan kafir! Secara general, ia membawa maksud yang buruk sehingga ke tahap kafir. Sila rujuk kitab al-Mu'jam al-Wasit.


Rabu, 19 Oktober 2016

Ahmed mengaku dirinya bukan keturunan sayid

Ahmed bin Ismail al-Basri mengungkapkan dakwaan secara berperingkat, dulu bukan imam kemudian anak imam, kemudian mahdi pertama dan kemudian yamani. Contoh yang lain ialah dulu dia mengaku sebagai Sheikh (bukan keturunan sayid) setelah itu barulah mengaku sebagai sayid. Sebab itu risalah-risalah lama mereka menulis gelarannya sebagai Sheikh seperti yang terdapat dalam dokumen ini:


Lihat perkataan yang bergaris itu, "utusannya (utusan Imam Mahdi) Sheikh Ahmad"

Selama ini resam masyarakat awam Syiah Ja'fari ialah memanggil keturunan Nabi sebagai Sayid, namun oleh kerana kumpulan ini adalah rekaan, sudah tentu mereka mempunyai banyak kesilapannya.

Isnin, 17 Oktober 2016

Jawapan terhadap keraguan pengikut Ahmed tentang serban

Para pengikut Ahmed sering mengejek dan berusaha untuk mencalarkan imej para maraji’ para ulama kerana mereka faham, kewujudan ilmuan menyebabkan misi mereka untuk menghapuskan Syiah di atas muka bumi tidak terlaksana.



Antara keraguan yang ditimbulkan dalam rangka mengukuhkan kepercayaan para pengikut mereka ialah:


Kenapa ulama dan para pelajar hawzah Syiah tidak ada lilitan serban yang melingkari bawah dagu?

Keraguan ini sebenarnya mengungkapkan kejahilan jemaah kumpulan ini. Sebagai jawapan, kami menjelaskan:


Pertama: Andainya riwayat yang dikemuka oleh para pengikut Ahmed bin Ismail (akan kami bahaskan nanti), hendaklah kita berkata, ketika membalut serban, para pelajar dan ulama Syiah meninggalkan sedikit lilitan bawah pada serbannya. Selepas itu mereka akan menyisipkannya di keliling serban. Sila lihat gambar berikut:


Selepas selesai membalut serban dan menyisipkan lilitan serban, maka serban mereka berbentuk seperti ini:



Kebanyakan ulama Syiah di zaman ini mengenakan serban seperti cara tersebut. 

Kedua: Hadis-hadis yang digunakan kumpulan pengikut Ahmed mempunyai masalah dari segi sanad dan indikasinya.

Hadis pertama:


وقال النبي صلى الله عليه وآله: " الفرق بين المسلمين والمشركين التلحي بالعمائم ".

Terjemahan: Nabi (s.a.w) bersabda: “Perbezaan antara umat Islam dan musyrikin ialah melilit serban di bawah dagu

Jawapan:
Di sini jemaah Ahmed tidak berani membawakan imbasan/scan kitab walaupun matan Arab penuh hadisnya kepada para pembaca.

Ini disebabkan jikalau mereka melakukannya maka terbongkarlah sebuah aib:


Dihujung hadis tersebut, tertulis kata-kata Sheikh Saduq:
وذلك في أول الاسلام وابتدائه.
من لايحضره الفقيه ،ج1ص266

Demikian itu terjadi di permulaan dan awal kemunculan Islam

Dengan mengamati dan memahami kata-kata Sheikh Saduq itu, maka jelaslah di sini bahawa amalan melilit serban di bawah dagu itu terjadi di zaman awal Islam, dan tidak berkaitan dengan zaman ini.

Hadis kedua:

Mereka juga tidak berani mengimbas imej atau membawa teks penuh hadis ini iaitu:


وروي أن الطابقية عمة إبليس لعنه الله


Diriwayatkan bahawa al-Ṭābiqiyyah adalah ʽamāmah iblis laknatullah ʽalayhi.

Nota kaki hadis ini tertulis:
 ʽAmāmah al- Ṭābiqiyyah ialah serban yang tiada lilitan di bawahnya.

Rujukan yang diberikan mereka ialah Uṣūl al-Kāfī jlid 6, nampaknya mereka tidak tahu bahawa kitab tersebut hanya mempunyai 4 jilid sahaja.

Jawapan:

Pertama: hadis ini disebut tanpa sanad dan hadis tanpa sanad tidak boleh dijadikan hujjah.

Kedua: ʽAmāmah al- Ṭābiqiyyah ialah serban yang tidak mempunyai lilitan bawah, namun kami telah menyabitkan bahawa serban para ulama hari ini mempunyai ekor lilitnya.

Salam ke atas mereka yang mengikuti hidayah.

Ahad, 16 Oktober 2016

Ulama dalam pandangan Ahlul Bait (a.s) + Taqlid



Salah satu pembohongan Ansar Ahmed al-Basri ialah mereka mengejek ulama di akhir zaman sebagai monyet dan benggali. Oleh yang demikian itu, hari ini kami akan buktikan bahawa ulama yang mereka cerca itu adalah terpuji dan pewaris Nabi serta Ahlul Bait (a.s), manakala dakwaan Ansar Ahmed itu adalah pembohongan belaka.

Yang perlu diingatkan ialah sebelum kemunculan kumpulan ini, sudah ada para ulama yang menjadi pembimbing umat seperti Imam Khomeini Rahmatullah ʽAlaih.
Berikut adalah hadis kekhalifahan para ulama:
{ اللهم ارحم خلفائی ... الذین یأتون من بعدی ویرُون عنّی حدیثی و سنّتی }
خدا رحمت کند خلفای من را ... کسانی که می آیند بعد از من و حدیث و سنت من را نقل می کنند . من لایحضر الفقیه ج ۴ ص ۴۲۰. 

Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ya Allah! Rahmatilah para khalifahku... mereka datang setelah peninggalanku dan meriwayatkan hadis serta sunnah daripadaku… - Man la Yaḥḍuru al-Faqīh, jilid 4 muka surat 420

Dalam hadis ini, diketahuilah orang yang menukil hadis daripada Ahlul Bait adalah ulama yang menjadi khalifah Rasulullah (s.a.w). Berikut adalah hadis pewaris:

عن ابی عبدالله علیه السلام :ان العلماء ورثه الأنبیاء
علما وارثان پیامبران هستند . کافی ج 1 ص 32 

Daripada Abi Abdillah (a.s): Sesungguhnya ulama pewaris para nabi.

Di sini dapatlah kita memahami bahawa para ulama adalah pewaris nabi-nabi. Oleh itu pembohongan lelaki bernama Ahmed bin Ismail benar-benar menjadi lebih jelas. Berikut adalah hadis Ḥākim.

قال صادق علیه السلام : ینظر إنّ من کان منکم ممّن قد روی حدیثنا و نظر فی حلالنا و حرامنا و عرف أحکامنا فلیرضوا به حکماً فإنّی قد جعلته علیکم حاکماً
. کافی ج 1 ص 67 
Imam Jaʽfar al-Ṣādiq (a.s) berkata: Lihatlah, sesungguhnya ada di kalangan kamu yang meriwayatkan hadis kami mengenal halal dan haram di sisi kami, dan mengenal hukum hakam kami, mereka rela mengambil ulama untuk memberi hukum. Sesungguhnya aku menjadikan ulama sebagai hakim ke atas kamu. – Al-Kāfī jilid 1 muka surat 67

Di dalam riwayat di atas, fuqahā adalah hakim bari masyarakat Muslim, tidak seperti yang dicanang oleh para pengikut Ahmed al-basri yang mendakwa kita hanya berhak bertaqlid kepada maksumin semata-mata. Sekarang anda sendiri dapat menilai betapa besarnya pembohongan golongan ini apabila imam maksum menyuruh kita menjadikan fuqaha sebagai hakim yang membuat keputusan berasaskan hadis dan mereka juga telah dilantik oleh maksumin juga.

Hadis berikutnya adalah mengenai taqlid:

 من کان من الفقهاء صائناً لنفسه و حافظاً لدینه و مخالفاً علی هواه و مطیعاً لأمر مولاه فللعوامّ أن یقلّدوه و ذلک لا یکون ألاّ بعض فقهاء الشیعة . .  وسائل الشیعه ج ۲۷ ص ۱۳۱ 

Barangsiapa daripada golongan fuqafā, mmepertahankan dirinya, menjaga agamanya, menentang hawa nafsunya, dan taat pada perintah pemimpinnya, maka orang awam hendaklah bertaqlid kepadanya. Demikian itu hanya terdapat pada sebahagian fuqahā Syiah.

Hadis ini lebih besar maknanya kerana mengandungi perkataan ulama, orang awam dan taqlid. Maka taqlid bagi orang awam di sini menjadi sebuah kemestian menerusi ajaran ajaran Ahlul Bait (a.s). Berikut adalah hadis merujuk kepada hadis:

و امّا الحوادث الواقعة فارجعوا فیها إلی رواة حدیثنا (أحادیثنا) فإنّهم حجّتی علیکم و أنا حجّة الله .
.وسائل الشیعه ج 27 ص 140 

Adapun mengenai perkara-perkara yang terjadi, hendaklah kamu rujuk kepada para perawi hadis kami, sesungguhnya mereka adalah hujjahku ke atas kamu dan aku adalah hujjah Allah.

Oleh itu jelaslah di sini para pengikut Ahmed hanya mengemukakan dakwaan tanpa dalil semata-mata. Hadis di atas jelas menunjukkan betapa perlunya kita merujuk kepada para perawi hadis.

Berikut adalah hadis puji pujian kepada ulama akhir zaman:


الإمامُ الهادیُّ علیه ‏السلام : لَولا مَن یَبقى بَعدَ غَیبَةِ قائمِنا علیه ‏السلام مِنَ العُلَماءِ الدّاعینَ إلَیهِ ، و الدالّینَ عَلَیهِ ، و الذابّینَ عَن دینِهِ بِحُجَجِ اللّه‏ِ ، و المُنقِذینَ لِضُعَفاءِ عِبادِ اللّه‏ِ مِن شِباكِ إبلیسَ و مَرَدَتِهِ ، و مِن فِخاخِ النَّواصِبِ ، لَما بَقِیَ أحَدٌ إلاّ ارتَدَّ عَن دینِ اللّه‏ِ و لکنهم الذین یمسکون ازمة قلوب ضعفآء الشیعة کما یمسک صاحب السفینة سکانها ، اولئک هم الأفضلون عند الله عزو جل .
احتجاج، ج 2 ص 502  بحارالانوار، ج  52 ص 6 
Al-Imām al-Hādī (a.s) berkata: Jika tidak ada lagi setelah keghaiban al-Qā’im kami daripada kalangan ulama yang menyeru kepada beliau, dan yang berargumen terhadapnya, dan orang yang meresap dalam agamanya dengan hujjah-hujjah Allah, menjadi penyelamat golongan dhaif yang beribadah kepada Allah dari tingkap iblis dan para pemberontaknya, dan daripada perangkap-perangkap nasibi, maka sudah tentu tidak ada yang tertinggal lagi seorang pun melainkan orang yang murtad daripada agama Allah. Namun mereka yang membela hati lara golongan dhaif Syiah sebagaimana pemilik bahtera menjaga penumpang kapal , mereka itu orang terutama di sisi Allah.


Apakah anda membaca apa yang maksumin katakan tentang peranan ulama setelah keghaibahan al-Qā’im? Sehinggakan jika tidak ada ulama pasti semua orang sudah murtad? Wahai Ahmed al-Kazzab! Imam jenis apakah kamu ini yang ingkar dengan perintah maksumin dan tidak nampak riwayat pujian kepada ulama?

Pautan:

Pengikut durhaka pada Ahmed Ismail, sertai politik demokrasi

Tidak hanya pengikut mazhab Syi'ah Ja'fari/Imamiyah sahaja yang tidak menerima kata-kata Ahmed bin Ismail, malah pengikutnya sendiri mula mendurhaka pemimpin mereka.

Suatu ketika, mereka amat menentang amalan demokrasi, dan Ahmed bin Ismail sendiri tidak pernah menyertai pilihanraya walau satu kali, meskipun di zaman dia belum melarikan diri selepas memberontak di Najaf.

Kini para pengikut Ahmed Ismail tampil mengajukan surat permohonan untuk duduk dalam parlimen yang dibentuk atas dasar demokrasi!


Ahmed bin Ismail: "Kami tidak sekali-kali pernah menyertai pilihanraya atau bersama pemerintah dalam apa jua bentuk." - al-Jawab Al-Munir, Ahmed al-Hasan, jilid ke 2, muka surat 87.

Surat di bawah, daripada Pejabat Ahmed al-Hasan di Najaf kepada Ketua Dewan Politik Basrah, memohon penerimaan seorang wakil pejabat Ahmed:

Oleh itu kesimpulannya di sini, pengikut Ahmed Ismail sudah mula bersubahat dengan pemerintahan berformat demokrasi di Iraq, sekaligus mendurhakai pemimpin mereka sendiri.

Apabila pejabat rasminya tidak menerima kata-kata Ahmed, apakah kita juga akan mengikuti kata-katanya?

Apakah tidur dan mimpi adalah hujjah?

Malangnya, para pengikut Ahmed Ismail mendakwa Allah dan Ahlul Bait cuba memberikan petanda melalui mimpi.

Namun, bagi menyabitkan kegilaan dan kejahilan mereka, cukuplah kami membawa satu riwayat daripada Imam Ja’far al-Sadiq:

۱علی بن إبراهیم، عن أبیه، عن ابن أبی عمیر، عن ابن أذینة، عن أبی عبد الله (علیه السلام) قال: قال: ما تروی هذه الناصبة؟
 فقلت: جعلت فداك فیماذا؟ فقال: فی أذانهم وركوعهم وسجودهم، فقلت: إنهم یقولون: إن أبی بن كعب رآه فی النوم، فقال:
كذبوا فإن دین الله عز وجل أعز من أن یرى فی النوم
فروع الكافی – الشیخ الكلینی –  جلد ۱ – ص ۴۷۷ – کتاب الطهاره باب النوادر 

Imam Ja’far al-Sadiq berkata: Apakah yang nasibi ini riwayatkan?

Aku (perawi) berkata: Jiwaku menjadi korbanmu, apakah ianya? Jawab beliau: Dalam azan, ruku’, dan sujud mereka. Aku berkata: Mereka berkata Ubay bin Kaʽab telah bermimpi sedemikian ketika tidur. Jawab Imam: Mereka berdusta, sesungguhnya Agama Allah terlalu agung dari apa yang mereka mimpikan dalam tidur.

Oleh yang demikian itu, pembohongan Ahmed juga telah disabitkan melalui pengajaran hadis ini! Semoga mereka yang masih berfikir waras dapat menilai isu mimpi ini agar tidak terjebak dalam kebinasaan di hari kiamat.





Selasa, 11 Oktober 2016

Telah muncul foto Ahmed bin Ismail, yang mengaku sebagai Yamani!

Para pengikut al-Yamani palsu sudah tentu merindukan rupa paras sebenar Ahmed bin Isma'il yang bersifat pengecut kerana tidak berani muncul di khalayak ramai untuk dicabar mukjizatnya. Apatah lagi untuk diuji masuk ke dalam kandang singa bagi membuktikan dirinya adalah keturunan Ahlul Bait (a.s).

Berikut adalah foto kenang-kenangan Ahmed bin Ismail ketika masih menuntut di Fakulti Kejuruteraan. 




Tapi foto ini ketika Ahmed seorang muda belia, bukan seperti sekarang yang sudah mengalami proses penuaan.

Tapi, sebagaimana yang anda sedia maklum, seseorang yang dimaksumkan oleh Allah tidak perlu belajar kerana sudah memiliki ilmu hushuli sejak kecil. Mereka mengetahui ketika ingin tahu. Kalau belajar sekalipun, sudah tentu pointernya itu 4.0!


Foto ini telah diakui oleh Abdullah Hashem sebagai asli!




Kumpulan Black Banner turut mengesahkan gambar tersebut:



Sila tonton video ini:



Namun seperti biasa pemimpin kumpulan pengganas ciptaan Israel ini akan bersembunyi di belakang internet seperti Abu Bakar al-Baghdadi kerana khuatir terbongkarnya kelemahan mereka dari sudut akhlak, spiritual, ilmu dan bahasa Arab.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Ahmed al-Hasan umum pemberontakan bersenjata

Jawapan ini ditujukan kepada para pengikut Ahmed yang mendakwa al-Yamani palsu itu telah zuhur (muncul) tapi belum khuruj (keluar berperang).

Semua ini tidak lebih dari pembohongan. Ahmed sendiri pernah mengumumkan pemberontakan atas nama Allah, nabi dan sebagainya, walaupun tidak bersamaan dengan keluarnya al-Khorasani dan al-Sufyani .


Fakta menunjukkan, nyawa yang tidak berdosa menjadi korban, ramai pengikutnya ditangkap dan sengsara, manakala Ahmed lolos melarikan diri ke tempat lain dan mengecapi kehidupan secara bersenang lenang.

Print screen pada 09/10/2016
Link: http://ansaralmahdy.goodforum.net/t71-topic
Link selainnya: https://www.youtube.com/watch?v=Qj51YAi7ces
http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=18502

Terjemahan:


ومن هذا اليوم الجمعة الثالث من شوال 1424هـ . ق. أعلن بداية ثورة الأنبياء والأوصياء ( ع ) على إسم الله والبركات على كل مظاهر الظلم والجور والفساد في هذه الأرض ولن يهدأ لي بال ولن يقر لي قرار حتى أملئها قسطاً وعدلاً 

Pada hari ini, Jumaat, 3 Syawwal 1424 Hijrah Qamari, aku mengumumkan bermulanya pemberontakan para nabi dan para waṣī atas nama Allah dan keberkatan-keberkatan, ke atas setiap penampilan kezaliman, penindasan dan kerosakan di bumi ini. Situasi tidak akan menenangkan aku, ketenteraman tidak menstabilkan aku sehingga aku memenuhi bumi dengan (Qistan) ketiadaan kezaliman dan keadilan.

Oleh itu tidak mustahil kumpulan militan ini sedang bersiap sedia dengan segala alat senjata untuk melancarkan pemberontakan yang pernah mereka lakukan pada tahun 2009 yang silam.

Namun, pakej pemberontakan itu berakhir dengan kekalahan dan Ahmed terpaksa melarikan dirinya ke tempat lain:

Pertanyaan yang diajukan sebagaimana dalam imbasan halaman buku Ahmed al-Hasan tersebut ialah:

Pertanyaan: Tuanku, mengenai pemberontakan, salah seorang daripada mereka memberitahuku al-Qa'im tidak meraih bendera, maka kenapa engkau kalah?

Menarik perhatian di sini, Ahmed tidak menafikan pemberontakannya malah membandingkan situasinya dengan kebangkitan Imam Husain (a.s) yang syahid!

Demikianlah kisah pengumuman pemberontakan Ahmed al-Hasan dan secara tepat kumpulannya hendaklah kita panggil sebagai militan yang akan berpotensi melancarkan pembunuhan bila-bila masa sahaja.