Isnin, 17 Oktober 2016

Jawapan terhadap keraguan pengikut Ahmed tentang serban

Para pengikut Ahmed sering mengejek dan berusaha untuk mencalarkan imej para maraji’ para ulama kerana mereka faham, kewujudan ilmuan menyebabkan misi mereka untuk menghapuskan Syiah di atas muka bumi tidak terlaksana.



Antara keraguan yang ditimbulkan dalam rangka mengukuhkan kepercayaan para pengikut mereka ialah:


Kenapa ulama dan para pelajar hawzah Syiah tidak ada lilitan serban yang melingkari bawah dagu?

Keraguan ini sebenarnya mengungkapkan kejahilan jemaah kumpulan ini. Sebagai jawapan, kami menjelaskan:


Pertama: Andainya riwayat yang dikemuka oleh para pengikut Ahmed bin Ismail (akan kami bahaskan nanti), hendaklah kita berkata, ketika membalut serban, para pelajar dan ulama Syiah meninggalkan sedikit lilitan bawah pada serbannya. Selepas itu mereka akan menyisipkannya di keliling serban. Sila lihat gambar berikut:


Selepas selesai membalut serban dan menyisipkan lilitan serban, maka serban mereka berbentuk seperti ini:



Kebanyakan ulama Syiah di zaman ini mengenakan serban seperti cara tersebut. 

Kedua: Hadis-hadis yang digunakan kumpulan pengikut Ahmed mempunyai masalah dari segi sanad dan indikasinya.

Hadis pertama:


وقال النبي صلى الله عليه وآله: " الفرق بين المسلمين والمشركين التلحي بالعمائم ".

Terjemahan: Nabi (s.a.w) bersabda: “Perbezaan antara umat Islam dan musyrikin ialah melilit serban di bawah dagu

Jawapan:
Di sini jemaah Ahmed tidak berani membawakan imbasan/scan kitab walaupun matan Arab penuh hadisnya kepada para pembaca.

Ini disebabkan jikalau mereka melakukannya maka terbongkarlah sebuah aib:


Dihujung hadis tersebut, tertulis kata-kata Sheikh Saduq:
وذلك في أول الاسلام وابتدائه.
من لايحضره الفقيه ،ج1ص266

Demikian itu terjadi di permulaan dan awal kemunculan Islam

Dengan mengamati dan memahami kata-kata Sheikh Saduq itu, maka jelaslah di sini bahawa amalan melilit serban di bawah dagu itu terjadi di zaman awal Islam, dan tidak berkaitan dengan zaman ini.

Hadis kedua:

Mereka juga tidak berani mengimbas imej atau membawa teks penuh hadis ini iaitu:


وروي أن الطابقية عمة إبليس لعنه الله


Diriwayatkan bahawa al-Ṭābiqiyyah adalah ʽamāmah iblis laknatullah ʽalayhi.

Nota kaki hadis ini tertulis:
 ʽAmāmah al- Ṭābiqiyyah ialah serban yang tiada lilitan di bawahnya.

Rujukan yang diberikan mereka ialah Uṣūl al-Kāfī jlid 6, nampaknya mereka tidak tahu bahawa kitab tersebut hanya mempunyai 4 jilid sahaja.

Jawapan:

Pertama: hadis ini disebut tanpa sanad dan hadis tanpa sanad tidak boleh dijadikan hujjah.

Kedua: ʽAmāmah al- Ṭābiqiyyah ialah serban yang tidak mempunyai lilitan bawah, namun kami telah menyabitkan bahawa serban para ulama hari ini mempunyai ekor lilitnya.

Salam ke atas mereka yang mengikuti hidayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan