Salah satu pembohongan Ansar Ahmed al-Basri ialah mereka mengejek ulama di akhir zaman sebagai monyet dan benggali. Oleh yang demikian itu, hari ini kami akan buktikan bahawa ulama yang mereka cerca itu adalah terpuji dan pewaris Nabi serta Ahlul Bait (a.s), manakala dakwaan Ansar Ahmed itu adalah pembohongan belaka.
Yang perlu diingatkan ialah sebelum kemunculan kumpulan ini,
sudah ada para ulama yang menjadi pembimbing umat seperti Imam Khomeini
Rahmatullah ʽAlaih.
Berikut adalah hadis kekhalifahan para ulama:
{ اللهم
ارحم خلفائی ... الذین یأتون من بعدی ویرُون عنّی حدیثی و سنّتی }
خدا
رحمت کند خلفای من را ... کسانی که می آیند بعد از من و حدیث و سنت من را نقل می
کنند . من
لایحضر الفقیه ج ۴ ص ۴۲۰.
Rasulullah
(s.a.w) bersabda: Ya Allah! Rahmatilah para khalifahku... mereka datang setelah
peninggalanku dan meriwayatkan hadis serta sunnah daripadaku… - Man la Yaḥḍuru
al-Faqīh, jilid 4 muka surat 420
Dalam
hadis ini, diketahuilah orang yang menukil hadis daripada Ahlul Bait adalah
ulama yang menjadi khalifah Rasulullah (s.a.w). Berikut adalah hadis pewaris:
عن
ابی عبدالله علیه السلام :ان العلماء ورثه الأنبیاء .
علما
وارثان پیامبران هستند . کافی
ج 1 ص 32
Daripada
Abi Abdillah (a.s): Sesungguhnya ulama pewaris para nabi.
Di
sini dapatlah kita memahami bahawa para ulama adalah pewaris nabi-nabi. Oleh
itu pembohongan lelaki bernama Ahmed bin Ismail benar-benar menjadi lebih
jelas. Berikut adalah hadis Ḥākim.
قال
صادق علیه السلام : ینظر إنّ من کان منکم ممّن قد روی حدیثنا و نظر فی حلالنا
و حرامنا و عرف أحکامنا فلیرضوا به حکماً فإنّی قد جعلته علیکم حاکماً
. کافی ج 1 ص 67
Imam
Jaʽfar al-Ṣādiq (a.s) berkata: Lihatlah, sesungguhnya ada di kalangan kamu yang
meriwayatkan hadis kami mengenal halal dan haram di sisi kami, dan mengenal
hukum hakam kami, mereka rela mengambil ulama untuk memberi hukum. Sesungguhnya
aku menjadikan ulama sebagai hakim ke atas kamu. – Al-Kāfī jilid 1 muka surat
67
Di
dalam riwayat di atas, fuqahā adalah hakim bari masyarakat Muslim, tidak
seperti yang dicanang oleh para pengikut Ahmed al-basri yang mendakwa kita
hanya berhak bertaqlid kepada maksumin semata-mata. Sekarang anda sendiri dapat
menilai betapa besarnya pembohongan golongan ini apabila imam maksum menyuruh
kita menjadikan fuqaha sebagai hakim yang membuat keputusan berasaskan hadis dan
mereka juga telah dilantik oleh maksumin juga.
Hadis
berikutnya adalah mengenai taqlid:
من کان من الفقهاء
صائناً لنفسه و حافظاً لدینه و مخالفاً علی هواه و مطیعاً لأمر مولاه فللعوامّ أن
یقلّدوه و ذلک لا یکون ألاّ بعض فقهاء الشیعة . . وسائل
الشیعه ج ۲۷ ص ۱۳۱
Barangsiapa
daripada golongan fuqafā, mmepertahankan dirinya, menjaga agamanya, menentang
hawa nafsunya, dan taat pada perintah pemimpinnya, maka orang awam hendaklah
bertaqlid kepadanya. Demikian itu hanya terdapat pada sebahagian fuqahā Syiah.
Hadis
ini lebih besar maknanya kerana mengandungi perkataan ulama, orang awam dan
taqlid. Maka taqlid bagi orang awam di sini menjadi sebuah kemestian menerusi
ajaran ajaran Ahlul Bait (a.s). Berikut adalah hadis merujuk kepada hadis:
و
امّا الحوادث الواقعة فارجعوا فیها إلی رواة حدیثنا (أحادیثنا) فإنّهم حجّتی علیکم
و أنا حجّة الله .
.وسائل الشیعه ج 27 ص
140
Adapun
mengenai perkara-perkara yang terjadi, hendaklah kamu rujuk kepada para perawi
hadis kami, sesungguhnya mereka adalah hujjahku ke atas kamu dan aku adalah
hujjah Allah.
Oleh
itu jelaslah di sini para pengikut Ahmed hanya mengemukakan dakwaan tanpa dalil
semata-mata. Hadis di atas jelas menunjukkan betapa perlunya kita merujuk
kepada para perawi hadis.
Berikut
adalah hadis puji pujian kepada ulama akhir zaman:
الإمامُ
الهادیُّ علیه السلام : لَولا مَن یَبقى بَعدَ غَیبَةِ قائمِنا علیه السلام مِنَ
العُلَماءِ الدّاعینَ إلَیهِ ، و الدالّینَ عَلَیهِ ، و الذابّینَ عَن دینِهِ
بِحُجَجِ اللّهِ ، و المُنقِذینَ لِضُعَفاءِ عِبادِ اللّهِ مِن شِباكِ إبلیسَ و
مَرَدَتِهِ ، و مِن فِخاخِ النَّواصِبِ ، لَما بَقِیَ أحَدٌ إلاّ ارتَدَّ عَن دینِ
اللّهِ و لکنهم الذین یمسکون ازمة قلوب ضعفآء الشیعة کما یمسک صاحب السفینة
سکانها ، اولئک هم الأفضلون عند الله عزو جل .
احتجاج،
ج 2 ص 502 بحارالانوار، ج 52 ص 6
Al-Imām
al-Hādī (a.s) berkata: Jika tidak ada lagi setelah keghaiban al-Qā’im kami
daripada kalangan ulama yang menyeru kepada beliau, dan yang berargumen
terhadapnya, dan orang yang meresap dalam agamanya dengan hujjah-hujjah Allah,
menjadi penyelamat golongan dhaif yang beribadah kepada Allah dari tingkap
iblis dan para pemberontaknya, dan daripada perangkap-perangkap nasibi, maka sudah tentu tidak ada yang tertinggal lagi seorang pun melainkan orang
yang murtad daripada agama Allah. Namun mereka yang membela hati lara golongan dhaif Syiah sebagaimana
pemilik bahtera menjaga penumpang kapal , mereka itu orang terutama di sisi
Allah.
Apakah anda membaca apa yang maksumin katakan tentang
peranan ulama setelah keghaibahan al-Qā’im? Sehinggakan jika tidak ada ulama
pasti semua orang sudah murtad? Wahai Ahmed al-Kazzab! Imam jenis apakah kamu
ini yang ingkar dengan perintah maksumin dan tidak nampak riwayat pujian kepada
ulama?
Pautan:
Pautan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan