Khamis, 27 Oktober 2016

Kekafiran Ahmed bin Isma'il al-Hasan

Ahmed bin Ismail telah dihukum sebagai kafir menurut riwayat Ahlul Bait. Ini disebabkan ia mengaku dakwaan yang tidak dilakukan oleh Yazid, iaitu menisbahkan keturunannya kepada Rasulullah, padahal bukanlah ia berketurunan Rasulullah.

Imam Ali Zainul Abidin di dalam perkarangan istana di Sham mengemukakan hujjah terhadap Yazid. Beliau berkata kepada Yazid:


محمد هذا ص جدي ام جدك يا يزيد ؟؟ فان زعمت جدك فقد كذبت وكفرت

Wahai Yazid! Muhammad ini datukku atau datukmu? Sekiranya engkau berkeyakinan bahawa baginda adalah datukmu, maka engkau telah berdusta dan kafir.


Lihat di sini Imam Zainul Abidin meletakkan kaedah untuk setiap orang yang mendakwa dirinya dengan Nabi adalah pendusta dan kafir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan