Jawapan ini ditujukan kepada para pengikut Ahmed yang mendakwa al-Yamani
palsu itu telah zuhur (muncul) tapi belum khuruj (keluar berperang).
Semua ini tidak lebih dari pembohongan. Ahmed sendiri pernah mengumumkan
pemberontakan atas nama Allah, nabi dan sebagainya, walaupun tidak bersamaan dengan keluarnya al-Khorasani dan al-Sufyani .
Fakta menunjukkan, nyawa yang tidak berdosa menjadi korban, ramai
pengikutnya ditangkap dan sengsara, manakala Ahmed lolos melarikan diri ke
tempat lain dan mengecapi kehidupan secara bersenang lenang.
Print screen pada 09/10/2016
Link: http://ansaralmahdy.goodforum.net/t71-topic
Link selainnya: https://www.youtube.com/watch?v=Qj51YAi7ces
http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=18502
Terjemahan:
ومن هذا اليوم الجمعة الثالث من شوال 1424هـ . ق. أعلن بداية
ثورة الأنبياء والأوصياء ( ع ) على إسم الله والبركات على كل مظاهر الظلم والجور والفساد
في هذه الأرض ولن يهدأ لي بال ولن يقر لي قرار حتى أملئها قسطاً وعدلاً
Pada hari ini, Jumaat, 3 Syawwal 1424 Hijrah Qamari, aku mengumumkan
bermulanya pemberontakan para nabi dan para waṣī atas nama Allah dan keberkatan-keberkatan,
ke atas setiap penampilan kezaliman, penindasan dan kerosakan di bumi ini. Situasi
tidak akan menenangkan aku, ketenteraman tidak menstabilkan aku sehingga aku
memenuhi bumi dengan (Qistan) ketiadaan kezaliman dan keadilan.
Oleh itu tidak mustahil kumpulan militan ini sedang bersiap sedia dengan segala alat senjata untuk melancarkan pemberontakan yang pernah mereka lakukan pada tahun 2009 yang silam.
Namun, pakej pemberontakan
itu berakhir dengan kekalahan dan Ahmed terpaksa melarikan dirinya ke tempat
lain:
Pertanyaan yang diajukan sebagaimana dalam imbasan halaman buku Ahmed al-Hasan tersebut ialah:
Pertanyaan: Tuanku, mengenai pemberontakan, salah seorang daripada mereka memberitahuku al-Qa'im tidak meraih bendera, maka kenapa engkau kalah?
Menarik perhatian di sini, Ahmed tidak menafikan pemberontakannya malah membandingkan situasinya dengan kebangkitan Imam Husain (a.s) yang syahid!
Demikianlah kisah pengumuman pemberontakan Ahmed al-Hasan dan secara tepat kumpulannya hendaklah kita panggil sebagai militan yang akan berpotensi melancarkan pembunuhan bila-bila masa sahaja.
Pautan:
- Pengikut Ahmed al-Hasan ingin mengangkat senjata lagi
- Muslim yang tidak berbai'ah kepada Ahmed al-Hasan adalah kafir
- Seruan Ahmed al-Hasan untuk angkat senjata berperang
- Kumpulan Yamani tuntut pemerintahan Teknokrat
- Saudara laki-laki Ahmed al-Hasan pernah berkhidmat dengan tentera rejim Ba'ath selama 19 tahun
- Menteri Dalam Negeri Iraq: Gerakan al-Yamani berkomplot membunuh agamawan dan tokoh besar negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan