Suatu ketika, mereka amat menentang amalan demokrasi, dan Ahmed bin Ismail sendiri tidak pernah menyertai pilihanraya walau satu kali, meskipun di zaman dia belum melarikan diri selepas memberontak di Najaf.
Kini para pengikut Ahmed Ismail tampil mengajukan surat permohonan untuk duduk dalam parlimen yang dibentuk atas dasar demokrasi!
Ahmed bin Ismail: "Kami tidak sekali-kali pernah menyertai pilihanraya atau bersama pemerintah dalam apa jua bentuk." - al-Jawab Al-Munir, Ahmed al-Hasan, jilid ke 2, muka surat 87.
Surat di bawah, daripada Pejabat Ahmed al-Hasan di Najaf kepada Ketua Dewan Politik Basrah, memohon penerimaan seorang wakil pejabat Ahmed:
Oleh itu kesimpulannya di sini, pengikut Ahmed Ismail sudah mula bersubahat dengan pemerintahan berformat demokrasi di Iraq, sekaligus mendurhakai pemimpin mereka sendiri.
Apabila pejabat rasminya tidak menerima kata-kata Ahmed, apakah kita juga akan mengikuti kata-katanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan