Salah satu perkata penting
yang perlu diteliti dalam kumpulan pengganas Ahmed al-Hasan al-Basri ialah
latar belakang pemimpinnya.
Sebagaimana yang telah
dijelaskan sebelum ini, kumpulan ini telah mempunyai hubungan dengan ejen
perisikan Saddam dan al-Qaeda, melancarkan pemberontakan bersenjata untuk
membunuh ulama Syiah di Najaf pada tahun 2008 sehingga menyebabkan kematian
hampir 80 jiwa, namun bahayanya tidak terhenti di situ jua.
Kini terbongkar pula
identiti seorang pemimpin mereka yang berasal dari kumpulan militan Munafiqin Khalk
(Mujahadeen-e-Khalq/MEK) yang menyelia strategi ilmu dan gerakan kumpulan ini.
Pada mulanya, individu bernama
Isa Mazreavi dan Ali Zulfiqar dikesan telah menyebarkan ajaran Ahmed al-Hasan
di Ahwaz, Iran. Namun hasil risikan mendapati, individu yang bertanggung jawab
menjadi dalang dalam membentuk dan mengatur kumpulan ini di Iran ialah Hossein Mousavi,
seorang warga Sarab, Azerbaijan Timur, Iran. Kewujudan Mousavi menyebabkan
kumpulan ini telah bergerak aktif.
Siapakah Mousavi?
Lelaki ini pernah menuntut
ilmu di Madrasah Hujjatiyah, Qom selama empat tahun. Namun setelah revolusi
Islam Iran mencapai kemenangan, dia secara rasmi bergabung dengan kumpulan
pengganas Khalk.
Dalam satu tempoh yang lama, Hossein Mousavi bergiat aktif dalam kem Ashraf (Pengkalan tentera Khalk di Diyala, Iraq)
dan menjadi penyelidik ilmu serta pengurus harta di sana. Selepas itu, dia dikirim
ke pengkalan pengganas Khakl di Stockholm dan menetap di sana selama 20 tahun
untuk berkhidmat dalam penyelidikan dan pengurus harta.
Pada tahun 1997, dia berjaya
mendapat izin daripada kerajaan Iran untuk kembali ke tanahairnya dan memulakan
proganda terbaru secara rahsia. Namun keluarganya masih berada di Sweden dan
tidak pernah kembali ke Iran.
Pada tahun 2011, Massoud
Rajavi (Presiden MEK) mengarahkannya untuk bergiat aktif dalam kumpulan Ahmed
al-Hasan al-Basri. Dengan itu ia mendapat kedudukan khas dari pejabat al-Yamani
bendera putih di Najaf dan dilantik menjadi pengurus kumpulan ini di Iran.
Pejabatnya di Najaf telah memberikan segala kelengkapan dana dan keperluan lain
untuk melancarkan propaganda.
Mousavi pun bertukar menjadi
orang yang paling penting dan kepala penyelidik kumpulan ini di Iran.
Pada suatu ketika, seorang
anggota militan Yamani bernama Ali Ghuraifi yang menjadi ketua di Najaf
berpaling tadah dan berpihak kepada kumpulan al-Yamani bendera hitam sambil
membongkar skandal pejabat bendera putih di Najaf.
Mousavi pernah ditangkap di
Iran, menjalani hukuman penjara dan sekarang sudah bebas serta masih meneruskan
misinya.
Demikianlah serba ringkas
rekod pengkhianatan Mousavi terhadap Syiah dalam pembabitannya dengan kumpulan
Khakl, sekaligus mengkhianati Islam, Syiah, dan umat.
Pautan:
Pautan:
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan