Sabtu, 26 November 2016

Ahmed al-Hasan bukanlah orang pertama yang bersandar pada hadis wasiat dalam dakwaannya

Ahmed al-Hasan bukanlah orang pertama yang bersandar pada hadis wasiat dalam dakwaannya.
Antara peraturan mengenal hujjah ciptaan Ansar Ahmed ialah kononnya siapa dulu yang membuat dakwaan palsu dengan bersandar pada hadis wasiat, maka dialah yang empunya urusan.

Maka hujjah ini tidaklah berkesan sedikitpun kerana hadis wasiat itu dhaif dari segi sanad dan matannya. Lebih-lebih lagi terdapat hadis wasiat yang lain yang tidak menyebut mahdi-mahdi sedikitpun.

Namun bagi melayani karenah ini, kita dapati ada keanehan apabila Farhan Al-Ahmedi berkata:

Abuya or sesiapa pun tidak pernah datang menuntut hadis wasiat ini. Malah hadis ini “tersembunyi” dan tidak dianggap sebagai hujah oleh sesiapa pun, sehinggalah Ahmed Alhasan mulakan seruan. Jika ada cubaan keraguan bahawa ada orang lain pernah menuntut, maka keraguan itu tidak membatalkan fakta bahawa Ahmed Alhasan telah menuntut nas ini.


Pada mulanya dia mendakwa, tidak ada, orang yang bersandar dengan hujjah ini sehinggalah Ahmed melancarkan propagandanya. Namun dalam masa yang sama dia berkata kalau ada orang lain terlebih dahulu menuntut dengan hadis itu, maka itu adalah keraguan dan tidak membatalkan dakwaan Ahmed!

Inilah yang dikatakan teori kitar semula, iaitu ayam dari telur, dan telur dari ayam yang sama! Tidak ada yang membangunkan kaedah berhujjah seperti ini kecuali orang yang sudah sakit mental.

Namun bagi menanggapi dakwaan bahawa tidak ada sesiapa yang menuntut hadis wasiat ini sebelum Ahmed, maka kami membawakan fakta bahawa sudah ada orang yang menuntutnya sebelum Ahmed melancarkan dakwaannya.

Alireza Peyghan merupakan orang pertama yang bersandar dengan wasiat dari kitab Ghaybah al-Tusi di kawasan Isfahan dan beberapa negeri di Iran.


Katanya:

📌💯 و در این زمان ، من ملک سوم خداوند عزوجل ، اسرافیل زمان می باشم و منظور از آدم ( ع ) ، سید حسینی ( ع ) و قبر امام دوازدهم (ع) میباشد یعنی کسی که این دو امام را قبول کرد ( اول المومنین ) 
رسول خدا ( ص ) در این باره فرموده است : برای مهدی ما سه اسم است 1 - محمد مثل اسم من 2 - احمد و عبدالله مثل اسم پدرم 3- مهدی که او نخستین مومن می باشد !!!!!! 

📒📚 جامع الادله ص 41

Di zaman ini, aku adalah malaikat ke-tiga Allah, Israfil di zaman ini. Maksud Adam (a.s), ialah Sayid Husaini dan makam imam ke-dua belas, iaitu orang yang menerima dua imam ini (menjadi orang pertama beriman).  Rasulullah bersabda mengenai perkara ini: Terdapat tiga nama bagi Mahdi kami: 1. Muhammad seperti namaku. 2. Ahmad dan Abdullah seperti nama bapaku. 3. Mahdi iaitu beliau adalah yang pertama beriman. Iaitu aku adalah orang pertama beriman dengan Sayid Husaini, meninggal dunianya beliau dan kubur imam ke-dua belas.

Seperti yang anda saksikan, Alireza merupakan individu terawal yang bersandar dengan riwayat wasiat ini dan kini Ansar Ahmed wajib mengangkatnya sebagai mahdi pertama.

Alireza Peyghan merupakan individu yang sesat dan melancarkan propagandanya di sekitar Iran dan Iraq. Dia pernah meringkuk dalam penjara pada tahun 6 Mei 1997 di Iraq, dan Isfahan pada tahun 2000.

Jumaat, 25 November 2016

Delusi Ansar Ahmed al-Ḥasan mengenai tiada hadis wasiat yang lain

Nāẓim al-‛Uqayli merupakan orang pertama yang rapat dengan Aḥmed al-Ḥasan bin Ismail mendakwa mencabar agar membawa riwayat wasiat selain yang disebut dalam kitab al-Ghaybah al-Ṭūsī sekiranya hadis wasiat itu dianggap dusta! Kemudian cabaran ini disambung oleh para pengikut tegarnya di Malaysia yang terkenal tidak akan memihak kepada kebenaran demi menentang Ahlul Bait (a.s).




Sekiranya mereka mendustakan riwayat ini, maka datangkanlah riwayat lain yang menyebut nas wasiat Rasulullah (s.a.w) di malam kewafatan baginda. Dan mereka pasti tidak akan dapat membawanya selama-lamanya. Ini disebabkan riwayat itu hanyalah satu semata-mata dan perkara ini menyabitkan kesahihan riwayat wasiat Rasulullah (s.a.w) secara yakin. Ini adalah miṣḍāq (hakikat di alam nyata) yang satu bagi ayat sebelum ini. - Nazim al-'Qayli, kitab Difa'an 'an al-Wasiyyah, muka surat 16.

Dakwaan ini menunjukkan betapa dangkalnya Aḥmed al-Hasan dan ansarnya kerana masih wujud riwayat wasiat yang ditulis pada malam Khamis dengan menceritakan 12 waṣī sepeninggalan baginda (s.a.w) agar umat tidak sesat.
یَا طَلْحَهُ أَ لَسْتَ قَدْ شَهِدْتَ رَسُولَ اللَّهِ ص حِینَ دَعَا بِالْکَتِفِ‏  لِیَکْتُبَ فِیهَا مَا لَا تَضِلُّ الْأُمَّهُ وَ لَا تَخْتَلِفُ فَقَالَ صَاحِبُکَ مَا قَالَ إِنَّ نَبِیَّ اللَّهِ یَهْجُرُ فَغَضِبَ رَسُولُ اللَّهِ ص ثُمَّ تَرَکَهَا قَالَ بَلَى قَدْ شَهِدْتُ ذَاکَ قَالَ فَإِنَّکُمْ لَمَّا خَرَجْتُمْ أَخْبَرَنِی [بِذَلِکَ رَسُولُ اللَّهِ ص وَ]  بِالَّذِی أَرَادَ أَنْ یَکْتُبَ فِیهَا وَ أَنْ یَشْهَدَ عَلَیْهَا الْعَامَّهُ فَأَخْبَرَهُ جَبْرَائِیلُ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَ جَلَّ قَدْ عَلِمَ مِنَ الْأُمَّهِ  الِاخْتِلَافَ وَ الْفُرْقَهَ ثُمَّ دَعَا بِصَحِیفَهٍ فَأَمْلَى عَلَیَّ مَا أَرَادَ أَنْ یَکْتُبَ فِی الْکَتِفِ‏  وَ أَشْهَدَ عَلَى ذَلِکَ ثَلَاثَهَ رَهْطٍ سَلْمَانَ وَ أَبَا ذَرٍّ وَ الْمِقْدَادَ وَ سَمَّى‏ مَنْ‏ یَکُونُ مِنْ أَئِمَّهِ الْهُدَى الَّذِینَ أَمَرَ اللَّهُ بِطَاعَتِهِمْ إِلَى یَوْمِ الْقِیَامَهِ فَسَمَّانِی أَوَّلَهُمْ‏  ثُمَّ ابْنِی [هَذَا وَ أَدْنَى بِیَدِهِ إِلَى‏] الْحَسَنِ ثُمَّ الْحُسَیْنِ ثُمَّ تِسْعَهً مِنْ وُلْدِ ابْنِی هَذَا یَعْنِی الْحُسَیْنَ کَذَلِکَ کَانَ یَا أَبَا ذَرٍّ وَ أَنْتَ یَا مِقْدَادُ فَقَامُوا وَ قَالُوا نَشْهَدُ بِذَلِکَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ص‏
الإحتجاج على أهل اللجاج)، ج‏1، ص: ۱۵۴

Wahai Ṭalḥah, tidakkah engkau bersaksi tatkala Rasulullah (s.a.w) menyeru dibawakan bahu kambing untuk ditulis padanya agar umat tidak sesat dan berselisih? Lantas berkatalah sahabatmu sesungguhnya Nabi Allah telah nyanyuk. Maka murkalah Rasulullah (s.a.w) kemudian baginda meninggalkan hasrat untuk menulis? Jawab Ṭalḥah: Bahkan iya aku bersaksi akan demikian itu! Berkata Imām ‛Alī: Tatkala engkau keluar, Rasulullah mengabarkan kepadaku apa yang ingin baginda tulis padanya dan agar disaksikan orang ramai. Lantas Jibra’il pun mengabarkan baginda Allah telah mengetahui perselisihan dan perpecahan di kalangan umat. Baginda meminta lembaran dan menulis kepadaku apa yang ingin ditulis pada bahu kambing. Seramai tiga orang memberikan kesaksian demikian itu, iaitu Salmān, Abā Dzar dan al-Miqdād. Baginda pun menamakan orang yang menjadi imām-imām al-hudā yang Allah wajibkan ketaatan kepada mereka sampai hari kiamat. Maka baginda pun menamakan aku yang pertama daripada kalangan mereka, kemudian anakku ini, baginda mengisyaratkan tangannya kepada al-Ḥasan, kemudian al-Ḥusayn, kemudian sembilan anak-anak daripada anakku ini (iaitu Ḥusayn). Demikiankah adanya wahai Abā Dzar dan wahai al-Miqdād. Lantas mereka pun bangun dan berkata: Kami saksikan demikian itu ke atas Rasulullah (s.a.w).
Riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah menulis wasiat pada hari Khamis kerana Imām ‛Alī menjelaskan bahawa ‛Umar mengeluarkan kata-kata nyanyuk kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda mengusir semua orang keluar.
Sebenarnya terdapat lagi qarā’in yang lain iaitu pada hari Khamis selepas peristiwa tuduhan nyanyuk dilempar kepada Rasulullah.
وَ عَنْ سُلَیْمِ بْنِ قَیْسٍ، قَالَ: سَمِعْتُ سَلْمَانَ یَقُولُ‏ سَمِعْتُ عَلِیّاً عَلَیْهِ السَّلَامُ بعد مَا قَالَ ذَلِکَ الرَّجُلُ مَا قَالَ وَ غَضِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَیْهِ وَ آلِهِ وَ دَفَعَ الْکَتِفَ-: أَلَا نَسْأَلُ رَسُولَ اللَّهِ عَنِ الَّذِی کَانَ أَرَادَ أَنْ یَکْتُبَ فِی‏ الْکَتِفِ‏ مِمَّا لَوْ کَتَبَهُ لَمْ یَضِلَّ أَحَدٌ وَ لَمْ یَخْتَلِفْ اثْنَانِ‏ فَسَکَتُّ حَتَّى إِذَا قَامَ مَنْ فِی الْبَیْتِ وَ بَقِیَ عَلِیٌّ وَ فَاطِمَهُ وَ الْحَسَنُ وَ الْحُسَیْنُ عَلَیْهِمُ السَّلَامُ وَ ذَهَبْنَا نَقُومُ أَنَا وَ صَاحِبِی أَبُو ذَرٍّ وَ الْمِقْدَادُ، قَالَ لَنَا عَلِیٌّ عَلَیْهِ السَّلَامُ: اجْلِسُوا....، ادْعُ لِی بِصَحِیفَهٍ». فَأَتَى بِهَا.، 
فَأَمْلَى عَلَیْهِ أَسْمَاءَ الْأَئِمَّهِ الْهُدَاهِ مِنْ بَعْدِهِ رَجُلًا رَجُلًا وَ عَلِیٌّ عَلَیْهِ السَّلَامُ یَخُطُّهُ بِیَدِهِ. وَ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَیْهِ وَ آلِهِ: إِنِّی أُشْهِدُکُمْ أَنَّ أَخِی وَ وَزِیرِی وَ وَارِثِی وَ خَلِیفَتِی فِی أُمَّتِی عَلِیُّ بْنُ أَبِی طَالِبٍ، ثُمَّ الْحَسَنُ ثُمَّ الْحُسَیْنُ ثُمَّ مِنْ بَعْدِهِمْ تِسْعَهٌ مِنْ وُلْدِ الْحُسَیْنِ.
کتاب سلیم بن قیس الهلالی، ج‏2، ص: ۸۷۷

Diriwayatkan daripada Sulaym bin Qays yang berkata: Aku mendengar bahawa Salmān berkata, aku mendengar ‛Alī (a.s) berkata: Selepas lelaki itu berkata sehingga Rasulullah (s.a.w) murka dan tulang bahu kambing diberikan:

Tidakkah kita diminta oleh Rasulullah mengenai apa yang ingin ditulis pada tulang bahu kambing yang sekiranya baginda menulisnya, nescaya tidak sesat seorangpun dan tidak berselisih dua orang pun.

Maka aku diam sehingga orang di dalam rumah bangkit dan yang tinggal ialah Amīr al-Mu’minīn, Fāṭimah, Ḥasan dan Ḥusayn (a.s). Akū dan dua sahabatku Abū Dzar dan Miqdād junga ingin bangun lantas ‛Alī (a.s) berkata:
Beliau ingin bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) dan kami mendengar…. Mereka membawakan lembaran kertas kepada baginda. Nabi (s.a.w) menyatakan satu per satu nama-nama para imām yang membawa hidayah selepas baginda dan ‛Alī (a.s) menulis dengan tangannya. Lantas baginda bersabda: Aku bersaksi ke atas kalian bahawa saudaraku, wazīrku, pewarisku dan khalifahku ke atas umatku, ialah ‛Alī bin Abī Ṭālib, kemudian al-Ḥasan, kemudian al-Ḥusayn, kemudian Sembilan orang dari anak cucu al-Ḥusayn.
-       Kitāb Sulaym bin Qays al-Ḥilāli, jilid 2 muka surat 877

Sekarang, amat mudah kita menyabitkan:
Pertama: Hadis penulisan wasiat mengenai urusan hujjah ummat supaya umat tidak tersesat wujud dalam riwayat lain tanpa menyebut wujudnya mahdi-mahdi
Kedua: Dakwaan ansar bahawa terdapat satu-satunya riwayat wasiat ini terbatal
Ketiga: Dakwaan kononnya Ahmed yang pertama menuntut urusan ke atas dirinya dengan bersandar kepada hadis wasiat meragukan kerana terdapat hadis wasiat lain yang tidak menyebut mahdi-mahdi.

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Sesunguhnya keraguan tidak memenuhi kebenaran sedikitpun.

Selasa, 22 November 2016

[Video] Penemuan senjata di pusat gerakan Ansar Ahmed di Telok Mas, Melaka



Pautan:
Reaksi dari Iran: Pengikut Ahmed al-Hasan di Malaysia samseng

Reaksi dari Iran: Pengikut Ahmed al-Hasan di Malaysia samseng

Berita serbuan ke atas kumpulan pengikut Ahmed al-Hasan di negeri Melaka mengundang kemarahan berbagai pihak di negara majoriti Syiah, iaitu Iran.

Salah satu channel agama di telegram bernama Nedayeshia menyifatkan kumpulan tersebut menjatuhkan imej para pengikut Ahlul Bait (a.s) di mata masyarakat awam setelah media massa tempatan cuba mengaitkan kumpulan ini dengan mazhab Syiah.

Selain itu, channel tersebut turut murka apabila mendapati sebuah akhbar tempatan mendedahkan penemuan senjata logam buku lima dalam serbuan di Telok Mas, sedangkan kebiasaan Husainiyah Syiah Imamiyah menyimpan al-Qur'an dan kitab.




Chennel Nedayeshia menyatakan: 

Ansar Ahmed Basri merupakan kumpulan samseng yang berselindung di sebalik Syiah.

Ansar Ahmed Basri menjatuhkan imej Syiah. 

Laporan-laporan berita Malaysia menyiarkan gambar Husainiyah Ansar Ahmed Basri yang menyimpan alat senjata membunuh.

Kumpulan Ansar Ahmed Basri adalah samseng yang bertujuan menjatuhkan imej para penanti Imam Zaman (a.f) dengan berselindung di sebalik Syiah.


Senjata logam buku lima yang ditemui dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai menjadi markaz pengikut Ahmed al-Hasan di Telok Mas, Melaka


Kesimpulan: 
Penemuan ini menguatkan analisa ilmiah dalam blog ini bahawa kumpulan Ahmed al-Basri adalah menjurus ke arah militan.

Pautan:
[Video] Penemuan senjata di pusat gerakan Ansar Ahmed di Telok Mas, Melaka

Ahad, 20 November 2016

Pihak berkuasa gempur perhimpunan pengikut Ahmed al-Hasan di Malaysia



Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) menyerbu sebuah homestay Kampung Umbai dan kafe Saiber di Telok Mas yang disyaki menjadi tempat berhimpunnya pengikut gerakan Ahmed al-Hasan dalam sebuah operasi pada pukul 11 malam hingga 3:30 pagi , 29 November lalu.

Dalam serbuan itu, seramai 29 orang dalam lingkungan usia 19 hingga 52 tahun telah ditahan.

Serbuan diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaannya Zurul Iman Zakaria dengan dibantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 



Dalam serbuan itu, pasukan penguatkuasa turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi penyebaran fahaman salah seperti buku berunsur Syiah dan Imam Mahdi, kain rentang, bendera melambangkan syiah, batu karbala, komputer serta keris. 

Kumpulan berkenaan dikatakan telah bergerak aktif mengamalkan fahaman bercanggah dengan Islam sejak setahun lalu. 

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 63 kerana ingkar Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5 ribu atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, individu yang mengaku sebagai Yamani telah mengeluarkan kenyataan rasmi dalam status facebooknya menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf atas tangkapan ini.


Sumber berita: Astroawani, Berita Harian.

Jumaat, 18 November 2016

Mimpi bukan dalil dalam akidah



Ahmed bin Ismail dalam buku aqa’id al-Islam berkata, mimpi bukanlah dalil dalam agama Allah samada untuk akidah mahupun syariat.

Kesimpulannya apakah mimpi menguatkan nas atau nas menolak mimpi?

Pejabat dan penyokong Ahmed bin Ismail al-Māriqīn, pengaku Yamani mendakwa salah satu dalil kebenaran seruannya ialah mimpi ketika tidur.

Dalam status facebooknya, Ahmed menakwilkan hal ehwal mimpi seperti berikut:



“Tidak ada seseorang yang memikul tanggungjawab mengikuti khalifah Allah dengan membangunkan takwil dan istinbat hukum hakam fikah atau akidah yang berasal dari mimpi, riwayat, kata-kataku dan nas agamaku. Perbuatan ini adalah sesat dalam kesesatan.”

Barangsiapa yang mendakwa bahawa ia mampu manakwil dan mengenal hukum hakam, atau akidah dari nas agamaku atau dari mimpi atau sepertinya tanpa merujuk kepada kami dan pertanyaan kami, kemudian menyeru manusia untuk mengambil kata-katanya, atau dari jalan bid’ah dari dirinya seperti imam yang diikuti, maka ini adalah kesesatan dari agama Allah, khalifahNya. Hendaklah ia kembali darinya dan mensahihkan jalannya sekiranya ia mukmin dan mengikuti Ahlul Bait.”

Mengenai kedudukan mimpi, katanya lagi:

Kedudukan mimpi dalam agama ialah menegaskan nas ke atas imam dan khalifah yang telah dinaskan ke atasnya (Sebagaimana dalam wasiat Rasulullah Muhammad di malam kewafatan baginda), akidah, hukum hakam syariah, yang diambil daripada khalifah Allah. Bukannya mengambil akidah baru dari mimpi dan bukan juga mengambil hukum hakam fikah yang baru dari mimpi. Barangsiapa yang membawa mimpi kepada kamu dan menginginkan demikian ini, maka tamparlah wajahnya tanpa kasih sayang dan kemuliaan. Demikianlah walau masih ada ruang untuk berbincang samada ia benar atau dusta, atau mimpinya daripada Allah mahupun syaitan, atau daripada hawa nafsu.”

Demikianlah yang anda saksikan dalam ucapan Ahmed Ismail:

  1. Hanya imam maksum yang dapat menakwilkan mimpi tentang perbahasan akidah dan hukum hakam fikah.
  2. Ahmed Ismail menegaskan mimpi untuk dirinya berasaskan nas, andainya kita menerima terdapat nas, maka ia masih memerlukan kemaksuman sehingga dapat menakwilkan mimpinya. Namun hingga kini kita masih belum mempunyai bukti kemaksuman Ahmed!

Oleh itu, mimpi tidak mempunyai tempat untuk menyabitkan dakwaannya.


Rabu, 16 November 2016

Imam Mahdi atau Ahmed dibai'at antara Rukun dengan Maqam dengan membawa pedang dan baju besi Rasul?


Ahmed bin Ismail berbohong kononnya dirinya adalah al-Mahdi yang akan dibai'at antara Rukun dan Maqam. Padahal yang dibai'at tersebut ialah al-Mahdi yang membawa pedang dan baju besi. Rasulullah (s.a.w). Diriwayatkan daripada Jabir yang berkata:

يا جابر إن لبني العباس راية ولغيرهم رايات فإياك ثم إياك ـ ثلاثا ـ حتى ترى رجلا من ولد الحسين (ع) يبايع له بين الركن والمقام معه سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ومغفر الرسول الله صلى الله عليه وآله ودرع الرسول وسيف الرسول

Imam Baqir (a.s) berkata: "Wahai Jabir, sesungguhnya Bani Abbas mempunyai bendera, dan yang lain pun mempunyai bendera. Berjaga-jagalah, nescaya engkau akan lihat seorang lelaki dari anak cucu Husain (a.s) dibai'at antara Rukun dengan Maqam, besama beliau ialah senjata Rasulullah (s.a.w), topinya, baju besi dan pedang Rasulullah."

Ahmed bin Ismail pula mendakwa yang dibai'at itu adalah dirinya sendiri:



"Di sana terdapat riwayat yang menunjukkan atau mengisyaratkan kewujudan anak Imam Mahdi sebelum kebangkitannya, dan dia menghampar kepimpinan di zaman kezuhuran, antaranya ialah apa yang dikeluarkan oleh Sheikh al-Tusi di dalam kitab al-Ghaybah.. daripada Huzaifah al-yamani yang berkata: Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda dan menyebut al-Mahdi: Sesungguhnya beliau dibai'at di antara rukun dan maqam, namanya Ahmad, Abdullah dan al-mahdi, dan inilah 3 namanya."

Sementara itu Ahmed tidak pernah dibai'at di antara Rukun dan Maqam, tidak pula membawa pedang dan baju besi Rasulullah (s.a.w)? Fikir-fikirlah betapa jahat Ahmed memanipulasi riwayat Ahlul Bait (a.s).

Isnin, 14 November 2016

Ahmed bin Ismail al-Hasan mengaku sebagai imam ke-13

Walaupun kumpulan Yamani palsu berkali-kali menafikan 12 imam bukanlah 12 mahdi, namun Ahmed bin Ismail al-Hasan sendiri mengaku bahawa dirinya juga adalah imam ke-13! 

Lihat bukunya yang berjudul al-Mutashabihat, jilid ke-empat, muka surat 73:





"Ini disebabkan al-Mahdi pertama daripada kalangan mahdi-mahdi juga terhitung sebagai para imam, sebagaimana dalam riwayat daripada mereka (a.s), yang dianggap sebagai para imam dari dua belas orang anak cucu Ali dan Fathimah (a.s)"

Justeru itu, perbezaan ketara antara Syiah Ja'fari/Imamiyyah dengan aliran Ahmed ini ialah jumlah imam, iaitu Syiah ada 12 imam sementara pengikut ajaran Ahmed ada 24 imam.

Namun apakah hukumnya mendakwa ada imam yang ke 13? Ahlul Bait (a.s) juga telah memberi peringatan murtadnya orang yang mendakwa ada imam ke-13 dan selebihnya! Di dalam kitab al-Ghaybah Sheikh al-Tusi, Imam al-Sadiq (a.s) berkata:


َ قَائِلٍ‏ يَمْرُقُ‏ بِقَوْلِهِ إِنَّهُ يَتَعَدَّى إِلَى ثَالِثَ عَشَرَ فَصَاعِداً
الغيبة (للطوسي)/ كتاب الغيبة للحجة، النص، ص: 170


"orang yang berkata ada imam yang lebih sampai 13 orang dan selanjutnya, hukumnya terkeluar dari agama."

Oleh itu kekafiran Ahmed bin Ismail tidak diragukan lagi, bagaimanakah pula nasib para pengikutnya yang sudah taksub? Apabila mereka berbai'ah, maka hampir tidak ada ruang lagi untuk mereka bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Pautan:

Jumlah para Imam ialah 12 orang, bukan 13 seperti yang didakwa

Imam Mahdi penutup hujjah Allah

Barangsiapa yang membuat dakwaan akan dihimpun bersama iblis dan tenteranya

Ahmed Ismail akan dihimpunkan bersama iblis dan tenteranya

Kekafiran Ahmed bin Isma'il al-Hasan
http://almahdiyoon.blogspot.my/2016/10/kekafiran-ahmed-bin-ismail-al-hasan.html

[Video] Kanun mengenal hujjah Allah

Pengikut Ahmed Ismail cuba melancarkan kanun mengenal hujjah ciptaan mereka. Kali ini kami persembahkan kanun mengenal hujjah yang sebenar.

Ringkasnya, Imam akan memperkenalkan hujjah sepeninggalannya dengan nas dan membawa diri hujjah berikutnya di hadapan umat. Bukan dengan cara misteri, terselubung dan penuh keraguan seperti yang sering dicanang oleh kumpulan Ahmed.


 

Ahad, 13 November 2016

Barangsiapa yang membenci Ahmed dihukum sebagai kafir, nasibi dan najis

Anda boleh bertanya apakah hukum mengingkari Ahmed al-Hasan, lihatlah apa jawapannya, iaitu sama mengingkari Ahlul Bait (a.s)

Dalam buku Shara'i al-Islam, karya Ahmed bin Ismail menjelaskan hukum orang kafir dalam jurusan fikah sebagai najis, barangsiapa yang mengingkari kewujudan Allah, dan orang yang termasuk dalam golongan nasibi iaitu membenci salah seorang imam, atau salah seorang mahdi-mahdi, atau pengikut mereka:




Analogi yang dipakainya ialah apabila Ahmed mengaku sebagai sebahagian daripada Ahlul Bait, maka membencinya dihukum sebagai nasibi! Sedangkan Ahlul Bait terhad kepada imam-imam maksumin sahaja! Bukan Ahmed!


Oleh itu kami membuat pengumuman dengan bangganya kami menjulang slogan kebencian terhadap Ahmed bin Ismail dan melaknat syaitan ini, setelah cukup bukti kedurjanaan dan kepalsuannya

Ini disebabkan kami ingin membersihkan jiwa kami dari pengakuan-pengakuan dusta Ahmed dan meraih keridhaan Ahlul Bait (a.s), walaupun dihukum sebagai nasibi dan meskipun kamu telah menghalalkan darah kami.

Pautan:

Setiap bai'ah sebelum kemunculan al-Qa'im dihukum kafir

Bukti kumpulan militan Ahmed al-Hasan mengkafirkan golongan lain

Ahmed al-Hasan dan pengikutnya terkeluar dari agama Allah

Sabtu, 12 November 2016

Percanggahan dalam matan riwayat wasiat


Dalam menilai sesuatu hadis, kita akan meneliti sanad dan matannya untuk menentukan kesahihannya sebagai kata-kata imam Ahlul Bait (a.s).

Sekiranya kita menyorot sepintas lalu matan riwayat yang dinamakan sebagai hadis wasiat oleh pengikut Ahmed bin Ismail, dari kitab al-Ghaybah karangan Sheikh al-Tusi, nescaya kita akan dapati percanggahan yang dahsyat dalam hadis yang menjadi tulang belakang ajaran Ahmed bin Ismail ini.

Dalam hadis tersebut, Nabi (s.a.w) bersabda:

فأنت يا علي أول الاثني عشر إماماً سمَّاك الله تعالى في سمائه: عليا المرتضى وأمير المؤمنين, والصدِّيق الأكبر, والفاروق الأعظم, والمأمون, والمهدي, فلا تصح هذه الأسماء لأحد غيرك

Wahai Ali, engkau adalah yang pertama daripada dua belas Imam. Allah menamakanmu di langitNya: Ali al-Murtaḍā, Amīr al-Mu’minīn, Ṣiddīq al-Akbar, Fārūq al-Aʽẓam, Ma’mūn, dan al-Mahdī. Tidak sah nama ini untuk sesiapapun kecuali kamu.

Dalam teks riwayat ini, al-Mahdi adalah gelaran bagi Amirul Mu'minin, dan tidak sah untuk orang lain. Namun tidak semena-mena dalam teks riwayat yang sama ada menyebut mahdi-mahdi:

ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا

Kemudian akan ada setelah daripadaku dua belas orang mahdi. 


Jesteru itu terdapat percanggahan dalam teks riwayat yang sama. Namun pengikut Ahmed bin Ismail akan bermati-matian cuba mempertahankan kesilapan ini melalui takwil mereka kerana inilah tunjang asas pegangan mereka.

Khamis, 10 November 2016

Berita penangkapan misionaris kumpulan militan Ahmed al-Hasan di Iran

Alangkah dangkalnya pertanyaan anggota kumpulan militan Ahmed bin Ismail di Malaysia, iaitu sekiranya kumpulannya adalah militan, kenapa pejabat Ahmed masih beroperasi di Iraq?

Jawabnya negara Iraq berada di bawah kawalan Amerika, sudah tentu Amerika ingin gerakan skuad pembunuh ulama Syiah ini terus wujud supaya pengikut mazhab Syiah dapat dilemahkan dari dalam. 

Andainya pertanyaan yang diajukan itu ialah mengapa pejabat Ahmed boleh beroperasi di Iran?, maka pertanyaan itu selaras dengan logik akal. Ini disebabkan kalau negara yang mazhab rasminya adalah Syiah Imamiyyah mengiktiraf kumpulan ini tanpa paksaan, atau tidak terikat dengan kuasa asing, maka barulah isu militan yang sering merisaukan kami dapat digugat. Lihat di sini beberapa pautan berita tentang penangkapan misionaris Yamani di Iran:




Tarikh: 24 Julai 2013
Judul Berita: دستگیری 4 نفر از مبلغان جریان مدعي خروج يماني توسط اطلاعات سپاه فجر
4 misionaris gerakan menyeru pemberontakan Yamani ditangkap Agensi Perisikan Sepah Fajr
Pautanhttp://shiraze.ir/fa/news/42406


Tarikh: 11Ogos 2013
Judul berita: دستگیری مبلغان جریان مدعی خروج یمانی
Misionaris Yamani gerakan menyeru pemberontakan Yamani di tangkap
Pautan: http://shabestan.ir/detail/News/281244


Tarikh: 20 Januari 2016
Judul berita: دستگیری 2 مبلغ جریان مدعی خروج یمانی
Penangkapan 2 misionaris gerakan menyeru pemberontakan Yamani
Pautanhttp://www.golestanema.com/%D8%A7%D8%AE%D8%A8%D8%A7%D8%B1/%D8%A7%D8%AE%D8%A8%D8%A7%D8%B1-%D8%AF%D8%A7%D8%AE%D9%84%DB%8C/26336-%D8%AF%D8%B3%D8%AA%DA%AF%DB%8C%D8%B1%DB%8C-2-%D9%85%D8%A8%D9%84%D8%BA-%D8%AC%D8%B1%DB%8C%D8%A7%D9%86-%D9%85%D8%AF%D8%B9%DB%8C-%D8%AE%D8%B1%D9%88%D8%AC-%DB%8C%D9%85%D8%A7%D9%86%DB%8C.html



Rabu, 9 November 2016

Pemimpin spiritual jemaah Ahmad al-Hasan akui terima dana dari UAE untuk kegiatan terrorisme



Agensi Berita Buratha, 
2008-01-20
Pautan berita: http://burathanews.com/arabic/news/34419

Pemimpin spiritual jemaah Ahmad al-Hasan yang sesat lagi menyesatkan mengakui ada pembiyaan dana dari beberapa negara Arab terutamanya UAE. Hasan al-Hamami berkata di hadapan sidang media, kumpulan tersebut berusaha menjadikan maraji' agama di Najaf dan perarakan Asyura sebagai sasaran di hari Asyura.


Hasan al-Hamami

Al-Hamami menambah, "Pasukan jihad yang ingin melancarkan serangan terdiri daripada puluhan ribu anggota dan misinya ialah membunuh maraji', ulama, penjaga keamanan dan kestabilan dalam negara."

Mengenai struktur kumpulan dan pendanaan jemaah Ahmad al-Hasan, al-Hamami menambah, "Ada berbagai pengurus kumpulan ini, antaranya pengurus hebahan media, kewangan, ilmu pengetahuan dan aku adalah pengurus hal ehwal solat Jumaat dan solat jemaah. Tambahnya lagi, pendanaan bermula dari negara asing terutamanya UAE, slogannya ialah bintang Daud dan bintang Israel."

Pemerintah wilayah Najaf telah berjaya memberkas 45 orang penjenayah dari pengikut Ahmad al-hasan dan namanya yang sebenar ialah Ahmad bin Ismail. Antara yang ditangkap ialah 15 orang pemimpin kumpulan ini termasuk Hasan al-Hamami yang menjadi pemimpin spiritualnya.


Jurubicara media daerah Najaf, Ahmad Da'bil berkata, jemaah Ahmad al-Hasan merupakan kesinambungan jemaah Jund al-Sama. Beliau turut mengisyaratkan kewujudan sumbangan dana asing dari negara jiran. Beliau berkata, "Melalui maklumat ini, yang didapati dari pejabat operasi Perdana Menteri dan Pemerintah 3 wilayah (Basrah, Nasiriyah dan Najaf), maka pasukan keselamatan bertindak menyerbu sarang pengganas itu, dan berjaya menangkap 45 pengganas yang mana 15 orang daripadanya ialah pemimpin mereka. Serbuan membawa kepada penemuan dan rampasan beberapa senjata api dan bahan peledak jenis TNT dan C-4, termasuk beberapa kelengkapan bom."

Jurubicara wilayah Najaf menegaskan bahawa jemaah kumpulan sesat lagi menyesatkan Ahmad al-hasan telah terlibat di dalam operasi bersenjata yang di antaranya ialah pengeboman makam sahabat nabi Talhah bin Ubaidillah di kota al-Zubair, Selatan Iraq.

Imbasan berita: 


Berita berkaitan:

Isnin, 7 November 2016

Ajaran Ahmed Ismail angkat dan puji Muawiyah



Ketika sebilangan ulama Ahlusunnah sudah mengkritik keras perbuatan Muawiyah bin Abi Sufyan, sementara Syiah Imamiyah tidak berkecuali melaknat musuh Ahlul Bait tersebut, tiba-tiba ajaran Ahmed bin Ismail yang meresap masuk ke dalam masyarakat Syiah mengajar bahawa pemimpin tersebut adalah baik, diredhai Allah, mempunyai fadhilat dan lain-lain lagi...

Berikut adalah bukti dari laman sesawang Ahmed al-Hasan yang tak dapat disangkal lagi:



Printscreen pada 08/11/2016, url: http://www.nsr313.com/home/archives/28328

Maka pemikiran kumpulan ini cukup dekat dengan Wahabi, dan saling memiliki persamaan, sama-sama ajaran terrorisme.

Video pengakuan kepala militan al-Yamani dalam operasi membunuh ulama Syiah di Najaf 2008


Ahad, 6 November 2016

Ahmed bin Ismail tidak menjawab pertanyaan

Apabila Ahmed bin Ismail yang mengaku sebagai Yamani, maksum, wajah Allah, Rasul Mubin dan bermacam-macam dakwaan tidak menjawab pertanyaan, kini apakah ada alasan lagi bagi bagi para pengikutnya yang buta tuli?

Ketika ditanya mengapakah engkau digelar al-Hasan? Maka Ahmed tidak mahu menjawabnya. Sekiranya dia lupa, maka luputlah kemaksumannya. Sekiranya dia enggan menjawab, maka dia tidak ada dalil kenapa digelar demikian.


Demikianlah yang dapat dilihat dalam buku karyanya, al-Jawab al-Munir, Ahmed lari dari menjawab pertanyaan mengapakah dia dinamakan sebagai al-Hasan.

Khamis, 3 November 2016

Wasiat tidak dituntut melainkan pemiliknya?

Ansar Ahmed bin Ismail berkata, tidak ada yang mengaku dengan wasiat nabi melainkan pemiliknya dan ia terpelihara dari kesesatan. Ini disebabkan barangsiapa yang mendakwa, maka ia adalah pemilik urusan tersebut berasaskan 3 dalil:

Pertama: Hukum akal mengatakan sekiranya orang yang bukan pemilik urusan tersebut membuat dakwaan, maka ini melazimkan nisbah kejahilan bagi Allah. Hakikatnya Allah melalui perantara Rasul menyatakan pemilik urusan itu sudah tentu bebas dari kesesatan.

Kedua: Ayat al-Qur’an menegaskan bahawa sekiranya Rasulullah bersabda secara dusta dengan memperalatkan nama Allah, sudah tentu Allah menyentap nyawa baginda. Dalilnya ialah dari surah al-Haaqah:

[44] Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, - [45] Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, - [46] Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); (surah al-Haaqah)

Ketiga: Matan riwayat maksumin menyatakan: Urusan ini tidak akan dituntut oleh sesiapapun melainkan pemiliknya. Sekiranya tidak, maka Allah akan menyusutkan umurnya sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat al-kafi, jilid 1 muka surat 373

Oleh itu Ahmad bin Ismail adalah pemilik urusan dan wasiat ini.

Jawapan:

Hendaklah kita berkata, sekiranya orang itu tidak ada agama, paling kurang ia akan bebas berkata-kata sedemikian rupa.

Terdapat tiga jawapan yang lebih cerah dari tengahari:

1. Kami nyatakan di sini, paling kurang bacalah dan fahamilah sabda Rasulullah dengan bacaan yang sahih supaya tidak terjebak dalam argumen lucu ini.

Apabila Nabi bersabda berikanlah aku pen dan kertas supaya aku dapat menulis wasiat yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Maknya sabda Nabi cukup jelas, iaitu sekiranya kamu beramal dengan wasiatku secara sahih, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Bukannya kertas dan pen itu yang tidak menyebabkan kamu sesat.

Namun semua orang yang waras pasti mengetahui bahawa kertas tidak memberikan kesan kepada kesesatan.

Kedua: Kedua-dua Syiah dan Sunni menerima fakta bahawa apabila Nabi memerintahkan pen dan kertas dibawa kepadanya, khalifah kedua membantah sehingga wasiat tersebut tidak ditulis. Oleh itu riwayat yang menyatakan Rasulullah menyatakan wasiat adalah dhaif dari segi sanadnya dan tidak boleh dinisbahkan kepada Rasulullah. Dalam kitab Sulaim bin Qais al-Hilali menjelaskan setelah khalifah kedua mencetuskan bantahan itu, semua orang diusir melainkan orang tertentu dan nabi memberikan wasiat kepada mereka ini.

2. Dalil al-Qur’an yang dijadikan alasan mereka sebenarnya menjelaskan bahawa Nabi sentiasa berbicara benar. Perkara ini diterima dan laknat Allah ke atas orang yang memungkirinya. Namun firman Allah ini tidak berkaitan dengan argument pengikut Ahmed bin Ismail.

3. Pendeknya umur orang yang mengaku urusan imamah. Imam Ja’far al-Sadiq berkata:


«إن هذا الأمر لا يدعيه غير صاحبه إلا تبر الله عمره».

Tidak ada yang mendakwa ke atas urusan ini melainkan Allah pendekkan umurnya.

Jawapan pertama: Riwayat ini khusus untuk orang yang mengaku dalam isu Imamah dan tidak ada kaitan dengan dakwaan Yamani dan mahdi-mahdi kecuali Ahmed bin Ismail sendiri mengaku dirinya sebagai imam yang wajib ditaati.

Jawapan kedua: Meskipun demikian, sebenarnya kalimah bahawa Allah memendekkan umur pendakwa dusta sebenarnya menunjukkan tentang azab Allah di dunia ini. Umur pendek itu diibaratkan janji Allah terhadap para rasul yang dikatakan menyeleweng firman Allah (padahal mereka tidak demikian).

 «وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ».

[43] (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [44] Dan kalaulah mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, - [45] Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -  [46] Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya; 

Demikian juga firman Allah:
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا
Demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras.

Ketiga: Sepanjang sejarah terdapat banyak para pendakwa imamah yang mempunyai umur panjang. Sebagai contoh:

1.      Mulla Arashi Kashani pada tahun 850 Hijrah telah mendakwa sebagai Imam Mahdi dan terbunuh pada tahun 880 Hijrah. Beberapa rekod sejarah mencatatkan jasadnya dibakar. Maka ia mempunyai umur selama 30 tahun.
2.      Pada tahun 840 Hijrah, ketua ajaran Mushashi‛iyyah yang diasaskan oleh Sayid Muhammad Mushashi‛ telah berjaya menegakkan kerajaan Musha‛shi‛in dengan membuat pengakuan dalam isu mahdawiyyat. Dia terbunuh dalam tahun 870 Hijrah, dan pengakuan Mahdawiyyatnya selama 30 tahun.
3.      Mirza Ahmad Qadiyani mendakwa mahdawiyyat dalam tahun 1839 Masihi dan menemui ajal pada tahun 1908. Dia mendakwa mahdawiyyat selama 57 tahun.

Hingga kini, sudah ada beberapa individu yang mendakwa Imamah dan turut mempunyai umur yang panjang seperti berikut.

Dalam kurun ke-dua:



   1⃣صالح بن طریف

   2⃣ابو العباس سفاح

3⃣عبد الله بن معاویه

4⃣ابو مسلم امین آل محمد

   5⃣ابن مقنع

Dalam kurun ke-tiga:

   1⃣محمد بن الحسن المهدی

   2⃣ابو محمد عبد الله مهدی

   3⃣ابومحمد شریعی

   4⃣محمد بن نصیر نمیری

Dalam kurun ke-empat:

   1⃣حاکم بامر الله

Dalam kurun ke-enam:

   1⃣ابن تومرت

   2⃣ابو عبد الله مغربی

در قرن هفتم:

   1⃣عباس الریفی

   2⃣محمد قرمانی

Dalam kurun ke-lapan:

   1⃣الرجل الجبلی

   2⃣توزری

   3⃣الرجل الطرابلسی

Dalam kurun ke-sembilan:

  1⃣سید محمد مشعشع

   2⃣الشیخ شمس الدین محمد الفریانی بن احمد المغربی

   3⃣شیخ عبدالقدیر بخارایی

   1⃣میرزا بخلی

   2⃣ملا عرشی کاشانی

Dalam kurun ke-sepuluh:

   1⃣محمد جونپوری

   2⃣سید محمد نوربخش خراسانی

   3⃣سید محمد مشهدی

   4⃣موسی کردی

   5⃣ابو الکرم دارانی

   6⃣شیخ علایی

   7⃣الشیخ المغربی

   8⃣الرجل المصری

   9⃣محمد بن عبدالله نفس زکیه

Dalam kurun ke-sebelas:

   1⃣احمد بن عبد الله محلی

   2⃣عبدالله عجفی

در قرن دوازدهم:

   1⃣بنگالی هندی

   2⃣محمد بن احمد سودانی

   3⃣شیخ سعید یمانی

Dalam kurun ke-dua belas:

   1⃣میرزا غلام احمد قادیانی

   2⃣محمد احمد

   3⃣میرزا طاهر

   4⃣میرزا حسن همدانی

   5⃣سید موسوی

   6⃣سید محمدهمدانی

   7⃣میرزا مشتاق علی شیرازی

   8⃣با یزید ترکمانی

   9⃣یوسف خواجه

   0⃣1⃣محمد امزیان در شمال آفریقا

   1⃣1⃣محمت ترکیه

   2⃣1⃣احمد بارِلوی در هند

Semua ini adalah ringkasan nama-nama pendakwa mahdawiyyat yang bertahun-tahun lamanya menyeru masyarakat ke arahnya.

Barangkali Ahmed bin Ismail berkata, tidak ada daripada kalangan mereka yang tidak membaca wasiat yang boleh mendatangkan bala sekiranya tidak mereka memperalatkan wasiat tersebut. Sebagai jawapan Imam Jafar al-Sadiq tidak mengisyaratkan wasiat dan hanya yang mendakwa urusan imamah akan mendapat bencana. Oleh itu, berasaskan kesaksian sejarah, banyak individu yang mengaku imamah dan mempunyai umur yang panjang.

Tambahan lagi sekiranya kita menerima keraguan pengikut Ahmed ini, iaitu umur pendakwa mahdawiyyat menjadi singkat, maka kita perlu bertanya, dari mana kamu tahu bahawa Ahmed bin Ismail masih hidup? Boleh jadi sekarang ini ada orang lain yang mengaku sebagai Ahmed dan mengeluarkan kenyataan. Lebih-lebih lagi terdapat pergaduhan besar antara pengikut Ahmed gara-gara pejabat Bendera Putih di Najaf masuk campur dalam pernyataan-pernyataan Ahmed di facebook. Ini menunjukkan ada kemungkinan individu lain yang berpura-pura berlakon sebagai Ahmed.